Legenda UFC Hentam Petarung Transgender Yang Bertarung Dengan Wanita Tulen

Legenda UFC hentam petarung Transgender yang bertarung dengan wanita tulen dan turut mengatakan ia sesuatu hal yang langsung tak boleh diterima.

Michael Bisping percaya petarung Transgender sepatutnya langsung tidak dibenarkan untuk bertarung dalam standard petarung wanita dalam dunia sukan MMA.

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut selepas Alana McLaughlin berjaya menewaskan Celine Provost menerusi keputusan submission di pusingan kedua pertemuan mereka di Combate Global: Perev vs Roa Jumaat lalu.

McLaughlin menjadi petarung transgender (sah) kedua yang bertarung dalam dunia sukan MMA selepas Fallon Fox melakukannya pada 2014 yang lalu.

Bisping baru-baru ini membahaskan tentang perjalanan karier McLaughlin dan beliau turut menegaskan yang beliau tidak mempertikaikan tentang jantina atau keputusan petarung transgender itu.

Namun beliau merasakan tidak adil untuk petarung wanita bertarung dengan petarung transgender yang masih mempunyai kekuatan seorang lelaki.

“Saya disini bukan untuk bercakap tentang hak transgender, kamu boleh anggap apa saja kamu mahu anggap.”

Jelas Bisping menurut Low Kick MMA.

“Tapi saya masih percaya jika kamu seorang wanita yang terperangkap dalam badan lelaki, sebenarnya ada benda atau sesetengah kelebihan yang kamu sepatutnya lupakan.”

“Jika badan kamu seorang lelaki, bertarung dengan seorang wanita, dan ketika kamu gunakan badan kamu untuk tewaskan seseorang, itulah benda yang perlu kamu korbankan.”

“Jika kamu mahu bermain bola tampar, bola sepak, kamu boleh jadi tetamu saya. Tapi dalam sukan yang kamu boleh buat seseorang pengsan atau cedera, ia tak sepatutnya dibenarkan. Ia sangat tak adil untuk sukan MMA wanita.”

Pencabar untuk kejuaraan welterweight UFC, Jake Shields turut menghentam McLaughlin kerana bertarung dengan wanita di laman media sosial miliknya.

Dalam satu ciapan beliau di laman twitter, Jake menulis:

“Ini sangat tidak masuk akal untuk mana-mana fight show atau pertubuhan yang membenarkan transgender bertarung dengan seorang wanita.”

“Ini merupakan petarung ‘wanita’ MMA yang mereka baru sahaja izinkan untuk membelasah wanita sebenar di Florida, jadi dia dengan berani melakukan transisi dan berimpian untuk membelasah wanita sebenar.”

Beliau kemudiannya berkongsi muat naik Fox dengan menulis:

“Di sini ada dua orang transgender meraikan kejayaan mereka memukul dan menewaskan wanita sebenar, ini sangat menyakitkan dan jauh terpesong dari kenyataan sebenar. Hal ini akan jadi semakin teruk kalau kita semua sekadar diam diri dan menganggap hal ini remeh.”

McLaughlin walau bagaimanapun tetap yakin dan berbangga dengan kariernya dengan beliau turut memberi pesanan pada para pengkritiknya di laman instagram miliknya.

“Selamat pagi, kawan, penyokong dan semuanya! Saya terima banyak mesej menyeramkan yang memanggil saya penipu seolah saya langsung tak kena pukul dalam pertarungan yang berlangsung selama satu pusingan setengah itu.”

“Kamu semua perlu tunjukkan rasa hormat pada (Celine Provost) dan bawa budaya mengejek kamu ke tempat lain. Dia hampir rewaskan saya sekali, dan mengikut kiraan mata, saya yakin pusingan pertama dia menang.”

“Ini akan jadi satu-satunya muat naik yang akan saya buat tentang hal ini. Kebencian kamu terhadap saya sebenarnya membuat saya semakin kuat.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Selepas Ribuan Pohon Pisang Tumbang, Abang Binjai Akhirnya Dilunyai Petarung MMA