Cormier Anggap McGregor Hina Ayah Khabib Kerana Beliau Ada Masalah Mental

Bekas rakan sepasukan Khabib Nurmagomedov, Daniel Cormier percaya yang Conor McGregor sebenarnya sudah keterlaluan selepas mengeluarkan komen berkait arwah ayah Khabib.

Awal minggu ini, bekas Juara dunia lightweight UFC itu telah memuat naik status yang menghina arwah ayah Khabib, namun beliau dengan segera memadam status tersebut.

Arwah ayah Khabib, Abdulmanap Nurmagomedov telah meninggal dunia tahun lalu selepas mengalami komplikasi yang disebabkan oleh C0V-19.

Ekoran dari kekalahan di tangan Dustin Poirier di acara kemuncak UFC 264 awal bulan lalu, Khabib telah memberi ucapan tahniah pada petarung Amerika itu sambil turut menganjing McGregor.

Khabib ketika itu menulis:

“Kebaikan akan selalu mengalahkan kejahatan. Sangat gembira untuk kamu @DustinPoirrier saya harap kamu akan memenangi tali pinggang sebelum hujung tahun ini.”

McGregor yang awalnya hanya diam tanpa membalas apa-apa dengan tiba-tiba telah memuat naik status untuk membalas kenyataan Khabib.

“Covid kebaikan dan ayah kejahatan?”

Dek kerana ramai yang merasakan komen itu sudah keterlaluan dan mengecam McGregor, petarung dari Ireland itu dengan segera memadam semula status tersebut.

Kelab penyokong dan para peminat setia McGregor sendiri mengecam beliau dan merasakan tindakan beliau sudah keterlaluan.

Selain itu, legenda UFC, Daniel Cormier turut mengecam komen dari McGregor dan menganggap ia sudah melampau.

Cormier menjelaskan yang beliau segera menghubungi Khabib sebaik membaca komen tersebut, untuk bertanya adakah sahabatnya itu dalam keadaan baik-baik sahaja.

“Saya memang sangat terkejut dan saya rasa ia memang sudah keterlaluan.”

Status McGregor yang telah beliau padam selepas dikecam

Jelas Cormier kepada ESPN show.

“Sebaik melihat itu saya terus hubungi Khabib malam semalam dan saya tanya, ‘awak ok?’ saya bertanya pada dia adakah dia dalam keadaan baik-baik sahaja selepas melihat itu, terutama sekali dia sekarang tak boleh lakukan apa-apa untuk membalas hal tersebut (sebab dah bersara).”

“Dia (Khabib) bercakap dengan anak saya di acara gusti saya sebelum ini dan dia kata dia tak pernah rasa lebih gembira berbanding ketika dia bertarung dengan McGregor sebelum ini. Kerana selepas lama menanti, dia mahu mengajar Conor dan belasah Conor cukup-cukup.”

“Tapi masalahnya sekarang dia sudah tak boleh lakukan itu lagi sebab dia dah bersara dari dunia sukan MMA. Jadi sekarang dia hanya mampu untuk pendam sahaja semua tu. Memang melampau.”

Cormier kemudiannya bercakap lagi tentang hal tersebut, dengan beliau terkejut McGregor akan pergi sampai ke tahap itu.

“Ketika kamu bercakap tentang kematian dan C0VID dan semua hal seperti ini yang kita dah lalui setahun setengah yang lalu, saya rasa ia sudah agak keterlaluan.”

“Kami bercakap tentang isteri dan keluarga itu pun sudah melebihi batas, tapi ketika kamu bercakap tentang orang paling penting dalam hidup dia, ayah Khabib adalah segalanya untuk Khabib. Dan kamu bercakap tentang kematian dia dan wabak yang tengah ganggu kita seluruh dunia, kamu guna itu untuk kepuasan kamu?”

“Dia jelas sekali sudah keterlaluan. Saya rasa ketika hal seperti itu diperkatakan, dia perlukan bantuan.”

“Conor ada segala kemewahan di dunia, dia ada pangkat dan darjat, tapi sekarang ketika kamu menganjing orang sampai tahap macam ni, ia sepertinya seseorang perlu dapatkan McGregor dan bantu dia segarkan semula otak dia dan tumpuan dia dan bawa dia ke tempat lebih tenang untuk ketenangan dia.”

Cormier jelas memaksudkan yang McGregor mempunyai masalah mental dan perlu dibantu supaya beliau tidak ulang kesilapan sama lagi.

Sumber: SB

BACA:  Selepas Ribuan Pohon Pisang Tumbang, Abang Binjai Akhirnya Dilunyai Petarung MMA