[VIDEO] Apabila Petarung MMA Dirasuk Semangat ‘Stone Cold’

‘Stone Cold’  atau nama sebenarnya Steve Austin adalah penggusti WWE tersohor yang kini sudah bersara dari beraksi di atas gelanggang.

Beliau dianggap tergolong dalam kelompok penggusti WWE terhebat sepanjang zaman, sebaris dengan nama-nama besar seperti Undertaker, The Rock, dan Hulk Hogan.

Stone Cold membuat kemunculan dalam gelanggang MMA ?

Dalam tempoh seminggu dari sekarang, WWE akan menganjurkan event yang paling ditunggu-tunggu setiap tahun peminat iaitu WrestleMania. Bakal memasuki edisi ke-35, WrestleMania dianggap event paling besar dan hebat dengan kemunculan nama-nama besar dalam industri WWE.

Bagi mereka yang tidak tahu, Stone Cold sudah lama bersara dari bergusti dalam gelanggang WWE. Kali terakhir beliau membuat kemunculan dalam WWE adalah ketika event WrestleMania dua tahun lepas, dimana beliau memberi hadiah ‘Stone Cold Stunner’ kepada pemilik francais WWE iaitu Vince McMahon dan Shane McMahon.

Aura hebat yang dimiliki Stone Cold menyebabkan beliau mempunyai ramai peminat dalam kalangan pengikut tegar WWE.

Jadi tidak hairanlah dalam pertarungan Bellator 219 yang berlangsung Jumaat lalu, seorang petarung bernama David Rickels meniru gaya ‘entrance’ Stone Cold ketika bejalan masuk menuju gelanggang octagon.

Tambah menarik, Rickels menggunakan lagu entrance yang sama seperti Stone Cold dan memakai pakaian yang serupa.

Rickels yang diberi jolokan ‘The Caveman’, memperolehi kemenangan ke atas pencabarnya, A.J Matthews menerusi TKO. Matthews mengalami kecederaan di bahagian mata sehingga memaksa pengadil memberhentikan perlawanan dan memberi kemenangan kepada Rickels.

Sebaik sahaja diumumkan sebagai pemenang, Rickels menyambut kemenangannya itu dengan melakukan ‘Stone Cold Stunner’ kepada jurulatihnya.

Dengan kemenangan tersebut, Rickels kini memiliki rekod 25-2 dalam MMA dan ini adalah kemenangan ke-2 berturut-turut beliau sejak tewas kepada Michael ‘Venom’ Page dalam Bellator 200 pada Mei tahun lalu.

BACA:  Selepas Ribuan Pohon Pisang Tumbang, Abang Binjai Akhirnya Dilunyai Petarung MMA