Selepas ketinggalan 3-1 pasukan Terengganu berjaya melakukan comeback of the year dalam Liga Super Malaysia.
Paling tidak pun mungkin dalam top 3 comeback of the year. Sebab masih ada banyak lagi baki perlawanan selepas ini. Sang Penyu berjaya bangkit daripada 3-1 dan berjaya menang 3-4.
Terengganu terlebih dahulu di hadapan menerusi Dominique Da Sylva pada minit kedua perlawanan. Ifwat melakukan keeper error lalu gagal menghadang tandukan itu.
12' | GOL DA SYLVA!@FCTerengganu kini mendahului @official_kfa melalui gol Dominique Da Sylva. #CIMBLigaSuper2020#KEDTER #MFLLive pic.twitter.com/izt00wWJ0k
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 7, 2020
Namun pasukan Kedah bangkit membalas dengan tiga gol selepas itu.
Kedah membuka tirai jaringan melalui gol minit ke-19 oleh Renan Alves. Jaringan ini juga berpunca dari keeper error melibatkan penjaga gol Terengganu.
19' | GOL RENAN ALVES!@official_kfa 1-1 @FCTerengganu #CIMBLigaSuper2020#KEDTER#MFLLive pic.twitter.com/l2NIqooBrM
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 7, 2020
Kpah Sherman kemudian meletakkan Kedah di hadapan pada minit ke-22. Gerakan serangan balas yang sangat kemas dan disudahkan dengan finishing rendah yang cantik.
22' | GOL KPAH SHERMAN!@official_kfa 2-1 @FCTerengganu #CIMBLigaSuper2020#KEDTER#MFLLive pic.twitter.com/LlnAjYCvTK
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 7, 2020
Perlawanan babak pertama tamat dengan keputusan Kedah mendahului Terengganu 2-1.
Bersambung babak kedua perlawanan, Kedah menambah satu lagi gol menerusi Kipre lalu meletakkan Kedah mendahului 3-1.
61' | GOL KIPRE!
Tchetche Kipre menggandakan kelebihan @official_kfa di Alor Setar.#CIMBLigaSuper2020 #KEDTER#MFLLive pic.twitter.com/P1Ut3cjrCn
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 7, 2020
Kedah dilihat sudah selesa dan mampu untuk mendapatkan tiga mata pertama mereka dalam perlawanan ini.
Dominique Da Sylva kemudian merapatkan jurang gol pada minit ke-64. Ifwat gagal untuk menangkap kemas bola itu lalu terlepas masuk melalui celah ketiak beliau.
64' | GOL DOMINIQUE DA SYLVA!@official_kfa 3-2 @FCTerengganu #CIMBLigaSuper2020 #KEDTER#MFLLive pic.twitter.com/tKmgbXjkJL
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 7, 2020
Dominique Da Sylva mencetak hatrik beliau pada minit ke-81. Malam yang gemilang untuk pemain import Terengganu ini.
81' | GOL DA SYLVA!
Jaringan hatrik dari Dominique Da Sylva.@official_kfa 3-3 @FCTerengganu #CIMBLigaSuper2020 #KEDTER#MFLLive pic.twitter.com/7rpC8HMnna
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 7, 2020
Dominique Da Sylva menyempurnakan malam cemerlang beliau dengan berjaya menjaringkan gol kemenangan pasukan Terengganu serta gol keempat peribadi beliau.
84' | GOL DA SYLVA!
Dominique Da Sylva menjaringkan gol ke-4 untuk @FCTerengganu @official_kfa 3-4 @FCTerengganu #CIMBLigaSuper2020 #KEDTER#MFLLive pic.twitter.com/PFG0WIFbGF
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 7, 2020
Bukan selalu nak tengok game dengan kebangkitan luar biasa hebat seperti dilakukan oleh pasukan Terengganu ini.
Kedah bangkit dengan 2 gol selepas ketinggalan 0-1. Kemudian Terengganu bangkit untuk menang 3-4 selepas ketinggalan 3-1.
Ini merupakan kekalahan kedua pasukan Kedah selepas dua perlawanan. Dan Terengganu berjaya bangkit daripada kekalahan perlawanan pertama.
Comeback yang cantik menarik tertarik dari pasukan Terengganu lalu mencatat kemenangan pertama yang penuh bergaya untuk musim ini.
Dominique Da Sylva bakal menjadi topik perbualan hangat seluruh umat Terengganu selepas berjaya mempamerkan aksi luar biasa hebat dalam perlawanan malam ini.