Piala Malaysia 2021 Separuh Akhir Kedua : JDT 3-0 Terengganu (Agg. 4-1)

Perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2021 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, menyaksikan Terengganu dan JDT berkongsi jaringan dengan perlawanan berakhir dengan kedudukan terikat 1-1.

Namun JDT mendapat kelebihan untuk separuh akhir kedua selepas membawa bekalan gol di tempat lawan.

Kerana tidak mematuhi SOP dengan memastikan pemakaian pelitup muka yang sempurna dan penjarakan fizikal penonton, pengurusan Terengganu FC Sdn. Bhd. dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) masing-masing dikompaun RM10,000 hari ini.

Kehebatan di tempat lawan Jordan Mintah pasti ditagih oleh Terengganu apabila pemain itu telah menjaringkan 4 gol dan satu assist dalam dua perlawanan terakhir di kubu lawan.

JDT pula sudah diketahui umum kehebatannya dan sangat kebal di kubu keramat mereka, Stadium Sultan Ibrahim apabila tidak bolos dalam 4 perlawanan Piala Malaysia.

Pemain tengah Terengganu FC, Dechi Marcel N’Guessan tidak gentar dengan kelebihan gol tempat lawan dimiliki JDT kerana percaya Terengganu mampu melakar kejayaan.

Sepak mula separuh akhir kedua Piala Malaysia sudah pun bermula yang akan memunculkan pemenang untuk mara ke perlawanan akhir.

Permainan penuh berhati-hati dipamerkan kedua-dua pasukan yang tidak mahu dihukum dengan kegopohan di awal-awal permainan.

Pada minit ke-6, Bergson Da Silva meletakkan JDT dihadapan dengan satu rembatan kencang luar kotak selepas cantik mendada bola.

Ini merupakan gol ke-6 Bergson Da Silva dalam saingan Piala Malaysia setakat ini. Bergson dibiarkan bebas seketika sahaja dan terus menghukum.

Tiada pilihan buat Terengganu yang terpaksa mencari gol penyamaan.

Arif Aiman terlalu liar apabila masuk dari sebelah kiri selepas menerima bola dari Gonzalo Cabrerra yang meneruskan larian ke dalam kotak penalti.

Arif Aiman kemudiannya menghantar bola kepada Afiq Fazail yang terus menolak Bergson Da Silva.

Bergson Da Silva dikawal ketat terus menolak kepada Gonzalo Cabrerra yang datang melakukan larian dari belakang dengan satu penyudah mantap.

Selepas 10 minit permainan JDT mendahului dua gol dengan agregat 3-1. Safiq Rahim berjaya lolos tetapi terlebih dahulu offside.

Sejurus selepas itu Bergson Da Silva menjaringkan gol ketujuh peribadi yang merupakan gol ketiga perlawanan.

Gol berpunca dari kesilapan Terengganu sendiri. Kehebatan JDT sedikit tercalar apabila Safiq Rahim dilayangkan kad merah kerana mengasari Faisal Halim.

Safiq Rahim pada mulanya seperti menyiku Faisal Halim sehingga jatuh dan Faisal bangun tidak berpuas hati lalu telah ditanduk oleh Safiq Rahim.

Kemudian kekecohan berterusan apabila Bergson telah menjirus Faisal Halim dengan air. Menambah kepanasan perlawanan.

Pergaduhan hampir tercetus namun pengadil berjaya mengawal keadaaan, tindakan yang tidak sepatutnya dari Safiq Rahim dan Bergson ketika mereka selesa mendahului.

JDT bermain 10 orang dan memberi kelebihan kepada Terengganu untuk melakukan kebangkitan dan Terengganu mula menyerang.

Jordan Mintah berpeluang merapatkan jurang kedudukan namun entah apa bermain dalam fikiran Mintah yang terlepas peluang mudah.

Gol sudah terbuka luas tanpa pengawal namun Mintah menolak bola menjauhi gawang.

Percubaan demi percubaan dari Terengganu gagal menerjah jaring dan perlawanan babak pertama berakhir dengan JDT masih mendahului 3-0.

JDT seperti tidak terkesan dengan kekurangan pemain dan Terengganu masih lagi bergelut diseparuh masa kedua untuk memecahkan kubu kental JDT.

Pada minit ke-55, Bergson Da Silva hampir menjaringkan gol keempat dalam situasi 2 lawan 5 namun rembatannya sedikit tersasar. Banyak jugak sebenarnya.

Beberapa percubaan Terengganu berjaya menuju ke gawang selepas merobek benteng pertahanan namun Farizal Marlias sebagai benteng akhir masih lagi utuh.

Dengan permainan berbaki 15 minit, Terengganu masih lagi gagal menggunakan kelebihan yang ada.

Pada minit ke-89 satu gerakan cantik telah dilakukan Hairiey Hakim dengan permainan 1-2, 1-2, 1-2 dan lencongan bola dengan kaki kiri sedikit lemah.

Akhirnya wisel penamat tiba dan JDT terlalu unggul buat Terengganu yang menang dengan agregat 4-1.

Perlawanan yang dijangka sengit tidak menjadi kenyataan dan tiga gol awal JDT dalam 15 minit masa permainan terus membunuh perlawanan.

Kad merah yang diterima Safiq Rahim langsung tidak memberi impak kepada JDT. Terengganu hanya mampu menyalahkan diri sendiri.

JDT mara ke perlawanan akhir dan bakal bertemu Melaka United atau Kuala Lumpur yang berlansung lewat kerana gangguan elektrik.

Piala Malaysia 2021 Separuh Akhir Pertama : Terengganu 1-1 JDT

Terengganu FC menanti kunjungan Johor Darul Takzim dalam saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2021 selepas melepasi peringkat suku akhir dengan menewaskan lawan masing-masing.

Terengganu mara ke separuh akhir dengan menewaskan Sarawak United dengan agregat 6-3 selepas mencatatkan kemenangan 2-1 di tempat sendiri sebelum mencapai kemenangan mutlak 4-2 di suku akhir kedua.

JDT pula menewaskan Kedah dengan agregat 1-0 kosong dan kemenangan tipis itu diraih pada suku akhir kedua selepas terikat tanpa jaringan pada perlawanan pertama.

Perlawanan antara JDT dan Kedah Daru Aman FC terlalu panas lantaran perang mulut di media sosial antara Pemilik JDT dan juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Terengganu FC merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya menewaskan JDT dalam saingan Liga Super musim 2021 yang mencatatkan 18 kemenangan dan tiga seri dalam 22 perlawanan.

Gol kemenangan Terengganu FC dalam perlawanan itu telah dijaringkan oleh Hakimi Abdullah.

Terengganu FC bermula dan bermain dengan sangat baik seawal wisel permulaan telah ditiup oleh pengadil perlawanan ditambah pula dengan sokongan penyokong yang hadir di Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium, Terengganu.

Permainan menyerang terus ditunjukkan oleh Terengganu FC.

Seawal minit ke-7 pemain kelahiran Ghanam Jordan Mintah telah menjaringkan gol pembukaan melalui satu sundulan bebas menyudahkan umpanan Andrew Lee Tuck.

JDT terus bertindak balas dengan jaringan tersebut dan terus mahu mencari gol penyamaan. Selepas gol pendahuluan Terengganu lebih kepada permainan bertahan.

Peluang terbaik JDT hadir melalui Bergson Da silva pada minit ke-11 tetapi malanganya percubaannya terkena tiang.

Penjaga gol Terengganu Suhaimi Husin sangat cemerlang, gemilang dan terbilang menjadi penghalang terbesar untuk JDT menyamakan kedudukan.

Percubaan penghujung separuh masa pertama dari Jordan Mintah pula hanya sekadar menggegar jaring sebelah luar.

Kurang lima minit selepas separuh masa kedua bermula, Bergson Da Silva menyamakan kedudukan dengan satu jaringan yang sangat licik disusuli penyudah yang tenang.

Tiada gol tambahan dari Terengganu mahupun JDT sehingga tamat perlawanan. Terengganu FC 1-1 Johor Darul Takzim.

BACA:Β  Berkicap Selangor Dibelasah JDT Dengan 5 Gol Bertaraf Puskas