Lihat Bagaimana Harry Maguire Selamatkan Gawang AC Milan

Pemain pertahanan Manchester United, Harry Maguire seolah-olah menyelamatkan gawang AC Milan selepas terlepas satu peluang yang terhidang lagi terbuka luas dengan seluas-luasnya.

Entah bagaimana ketua pasukan hebat, Harry Maguire boleh terlepas peluang terbuka lagi terhidang luas yang berpunca daripada sepakan penjuru.

Nampak gayanya. jaringan gol sangat jauh dan susah bagi pemain pertahanan termahal dunia ini untuk mencetak nama selaku penjaring dan terus menjadi bahan jenaka ramai.

Ketikak kejadian bola sampai kepada Harry Maguire dan tiang gol yang statik tidak bergerak sahaja ketika itu, hanya satu tolakan mudah sahaja diperlukan Maguire untuk menghasilkan gol.

Sepakan penjuru Daniel James berjaya ditanduk tipis Bruno Fernandes dan bola melantun kepada Harry Maguire yang langsung tidak dikawal dan ditekan.

Penjaga gol AC Milan, Gianluigi Donnarumma dan Diogo Dalot hanya mampu melihat sahaja detik dan saat Harry Maguire menjaringkan gol.

Namun percubaan Maguire telah terkena tiang yang halus kejadiaannya berbanding gawang yang terbuka luas dan bola melantun ke kawasan permainan sebelum dikeluarkan kembali.

Selepas meneliti kembali kepada kepada situasi tersebut segalanya nampak betul apa yang cuba dilakukan oleh Harry Maguire menyambut peluang yang datang.

Nampak pada pemikirannya bola akan dirembat dengan kaki tetapi cubaan dilakukan dengan tulang keting. Masalah lambat loading dan RAM kecik.

Otak kau dah fikir nak buat macam mana tapi isyarat lambat sampai ke otot untuk melakukan tindakan.

Apa yang dilakukan Maguire ini menjadi jenaka ramai yang mula mempersoalkan tanda harga 80 juta yang dipegang beliau ketika dibeli oleh Manchester United.

Namun harus diingat Maguire dibeli sebagai pemain pertahanan dan tugas menjaringkan gol bukan tugas hakiki beliau jika itu terjadi menjadi satu bonus.

Secara teknikalnya betul dah apa Maguire lakukan iaitu mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dan menghalang gol dari dijaringkan tapi itu gawang lawan.

Kalau berpegang kepada kata-kata legenda bola sepak ‘Kalau bola tak nak masuk buat macam mana pun tak masuk.” mungkin ini akan memberi ketenangan hati kepada Maguire.

Peluang Manchester United belum tertutup rapat dan masih lagi ada satu perlawanan untuk dimainkan pada minggu hadapan.

Jika Manchester United gagal mara ke suku akhir maka ketika itu Maguire akan mengenang kembali kesilapan ini.

Manchester United telah mengikat Harry Maguire pada jendela perpindahan musim panas tahun 2019 dan telah diikat dengan kontrak selama 6 tahun dengan pilihan sambungan boleh dilanjutkan.

Pemain kebangsaan England itu telah menyertai Leicester pada tahun 2017, Bersama Leicester City Maguire telah membuat 76 penampilan dan menjaringkan 5 gol.

Manchester United boleh mendapatkan Maguire dengan harga £50 juta ketika dibawah Jose Mourinho yang sangat berkehendakkan pemain ini namum perpindahan itu gagal kerana Setan Merah tidak sanggup membayar harga tersebut.

Pada ketika itu juga, Harry Maguire memberi alasan kepada kegagalan perpindahan itu kerana beliau terhutang budin dengan Leicester City.

Maguire telah menolak semua tawaran yang tiba untuknya kerana berasa terhutang budi dengan Leicester kerana ‘menyelamatkan’ beliau dari beraksi di liga bawahan bersama Hull City.

Setahun kemudian Maguire menjadi milik Manchester United dan menyelesaikan masalah pertahanan yang dihadapi Setan Merah.

Walaupun secara statistik telah menunjukkan impak dibawa Maguire namun dengan tanda harga yang tinggi dan aksi kelakarnya yang tidak berpenghujung, Maguire menjadi bahan jenaka.

BACA:  Senarai Pencapaian Luar Biasa Harry Maguire Sebagai Kapten Man Utd Yang Tidak Mendapat Pengiktirafan