Lihat Gambar Pertama Son Heung Min Dalam Latihan Ketenteraan

Gambar Son Heung Min di dalam latihan ketenteraan telah tular semalam. Walau dengan berpakaian seragam lengkap namun masih boleh dikenali penampilannya.

Son dilihat memakai seragam lengkap serta sedang memegang senjata ketika sedang menjalani latihan ketenteraan di Korea Selatan.

Latihan ketenteraan di Korea Selatan telah diwajibkan kepada semua lelaki yang berumur 18 hingga 28 tahun di negara itu.

Korea Selatan telah mula mewajibkan mereka untuk sertai latihan ketenteraan ini sejak dari tahun 1957 lagi. Mereka semua harus menjalani latihan ini selama 21 bulan.

Jika diikut kepada syarat wajib, Son akan menjalani latihan selama 2 tahun dan tidak mungkin dapat mengelak dari perkara wajib di negaranya itu.

Walau bagaimanapun, bintang Spurs itu bersama rakan sepasukannya yang memenangi pingat Emas acara bola sepak di Sukan Asia 2018 telah mendapat kelonggaran dari pemerintah.

Son dan rakan sepasukannya masih perlu menjalani latihan ketenteraan tetapi tidak diwajibkan sehingga 21 bulan. Mereka cuma perlu menjalani latihan itu selama empat minggu sahaja.

Son juga tidak perlu meminta pelepasan dari pihak Spurs memandangkan beliau kini memang di Korea Selatan dan semua saingan liga bola sepak sedang digantung kerana penularan wabak itu.

Berikut adalah gambar pertama pemain berusia 27 tahun itu ketika berada di dalam pusat latihan ketenteraan Korea Selatan.

Son kini sedang menjalani latihan bersama pasukan marin di Pulau Jeju, yang terletak di selatan ibu negara, dan akan menamatkan perkhidmatannya pada hari Ahad, sebelum kembali terbang ke UK.

Waktu yang tepat untuk kembali memandangkan Perdana Menteri UK, Boris Johnson dijangka akan memberi kelonggaran kepada perintah lockdown disana pada hari ahad nanti.

Saingan Premier League juga dijangka akan kembali bersambung dalam masa terdekat ini kerana pihak FA sebelum ini sudah menyatakan mahu memulakan kembali saingan liga pada bulan Mei atau Jun.

Bekas pemain pasukan Bayern Leverkusen itu dijangka akan menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum dibenarkan untuk kembali ke pusat latihan Tottenham.

Yang pasti, beliau akan bersama pasukan Spurs untuk menamatkan saingan liga musim ini dan merebut kedudukan empat teratas dalam saingan liga.

Son dilanda kecederaan ketika Spurs menewaskan Aston Villa 3-2 pada Februari lalu. Selepas menjaringkan dua gol beliau dikeluarkan kerana tangannya patah.

Awalnya beliau dijangka akan terlepas semua baki perlawanan musim ini bersama rakan sepasukannya, Harry Kane.

beliau sudah terlepas enam perlawanan dalam semua pertandingan setakat ini, dan skuad kendalian Jose Mourinho juga sudah terkeluar dari saingan liga Juara-juara dan FA Cup.

Tetapi, memandangkan semua saingan liga sudah diberhentikan sejak Mac lalu dan Son juga sudah sedia untuk kembali beraksi maka beliau akan turun untuk membantu Spurs dalam menghabiskan baki perlawanan liga.

Mourinho turut mendedahkan bahawa Harry Kane juga sudah bersedia untuk diturunkan sekiranya saingan liga kembali bermula 9 Mei ini.

Ini bermakna pasukan Tottenham Hotspur akan turun menghabiskan baki perlawanan liga musim ini dengan kesebelasan terbaik yang mereka ada.

Spurs kini berada dikedudukan kelapan dalam saingan liga, empat mata dibelakang pasukan yang berada dikedudukan kelima dalam saingan liga, Manchester United dan tiga lagi pasukan di kedudukan top four.

Namun seteru utama mereka, Arsenal hanya satu mata dibelakang Spurs dan kekurangan satu perlawanan berbanding mereka.

Son dan Harry Kane sudah bersedia untuk kembali beraksi dan pastinya menarik untuk melihat perebutan empat pasukan yang mahu layak ke saingan Liga Juara-juara musim hadapan.

BACA:  Ini Alasan Mengapa Son Heung Min Memilih Untuk Tidak Berkahwin Sekarang