Maguire Minta De Beek Jaga Armband Kapten Miliknya Dengan Baik

Pemain midfield Manchester United, Donny Van De Beek telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua pasukan ketika beliau turun beraksi dalam aksi perlawanan pra musim bertemu Brentford awal pagi tadi.

Nemanja Matic telah menyerahkan lilitan kapten kepada Van De Beek ketika beliau dikeluarkan pada aksi babak kedua permainan dalam perlawanan yang dilangsungkan di Old Trafford itu.

Ia merupakan detik yang cukup mengharukan untuk melihat Van De Beek diberi tanggungjawab sebagai ketua pasukan selepas apa yang beliau lalui sebelum ini.

Pemain midfield berusia 24 tahun itu menyertai Manchester United dari Ajax pada musim panas lalu dengan yuran perpindahan bernilai £35 juta.

Beliau dilihat sangat sukar untuk memberikan impak positif kepada skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer dengan bintang Belanda itu lebih kerap memanaskan bangku simpanan sahaja.

Beliau bahkan hanya diturunkan empat kali sahaja sebagai kesebelasan utama dalam saingan premier league setakat ini, sejak menandatangani perjanjian selama lima tahun bersama setan merah.

Van de Beek sering dipuji ketika beliau memberikan impak dalam perlawanan yang beliau mainkan, ketika dimasukkan sebagai pemain gantian.

Dek kerana kekurangan minit permainan, para peminat kebanyakannya menggesa VDB untuk meninggalkan Old Trafford demi kebaikan masa depan beliau.

Namun begitu, ketika beliau diberikan tugas sebagai ketua pasukan dalam aksi seri 2-2 bertemu Brentford, kebanyakkan peminat berkongsi rasa terharu dan gembira melihat insiden tersebut.

Pada minit ke-75 permainan dalam aksi perlawanan persahabatan itu, Van De Beek telah diberikan lilitan ketua pasukan dari pemain berpengalaman United, Nemanja Matic.

Matic sempat berbisik kepada De Beek sebelum menyerahkan lilitan ketua pasukan itu, seterusnya keluar meninggalkan padang.

Van de Beek sebaik memasuki padang, beliau dengan segera memberi semangat kepada para pemain muda dan meminta rakan sepasukannya yang lain supaya mengekalkan tempo permainan.

Memikirkan betapa beliau tidak mendapat minit permainan yang dikehendaki, adalah sangat menggembirakan untuk melihat detik De Beek memakai lilitan ketua pasukan itu.

Selepas tamat perlawanan yang dilangsungkan di Old Trafford itu, laman rasmi Manchester United memberi penghormatan kepada De Beek dengan menulis:

“Sangat gembira melihat kamu kembali di atas padang, Donny.”

Ketua pasukan setan merah, Harry Maguire turut mencuit hati peminat dengan beliau sempat meninggalkan komen yang menyuruh Van De Beek menjaga armband tersebut dengan baik.

Para peminat turut memuji de Beek dan berkongsi kegembiraan melihat beliau menjadi ketua pasukan walau untuk tempoh 15 minit sahaja.

“Walau dia selalu mengharapkan untuk mendapat minit permainan, hari ini dia dapat jadi ketua pasukan terus.”

“Sebaik dia memakai armband itu, karakter dia terus berubah, dia nampak semakin tenang dan bersemangat.”

“Siapa tahu satu hari nanti dia akan galas tanggungjawab itu secara sepenuh masa. Sesuai juga lilitan ketua pasukan itu berada di lengan dia.”

“Kalau Pogba betul-betul meninggalkan kita, tentu De Beek akan lebih berpotensi untuk mendapat minit permainan dan saya yakin dia mampu buktikan kemampuan dia bersama kelab.”

Begitulah komen-komen dari para peminat yang berkongsi rasa gembira melihat Van De Beek dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua pasukan.

Anthony Elanga berjaya membuka tirai jaringan untuk setan merah pada aksi babak pertama permainan dalam perlawanan yang dilangsungkan di Old Trafford itu.

Walau bagaimanapun, Brentford berjaya bangkit seminit selepas itu, menerusi Shandon Baptiste yang cemerlang meledak gol penyamaan untuk ikat kedudukan 1-1.

Nasihat dari kapten sebenar kepada kapten sementara

Pereira yang musim lalu menghabiskan masa dengan dipinjamkan untuk beraksi bersama Lazio dalam saingan Serie A, telah menghantar mesej yang jelas kepada Ole Gunnar Solskjaer bahawa beliau masih boleh lakukan sesuatu di atas padang.

Bermula dengan percubaan Jesse Lingard dari luar kotak penalti yang berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Brentford David Raya.

Ethan Pinnock kemudiannya menanduk keluar bola dari kotak penalti Brentford dan bola itu jatuh betul-betul di hadapan Pereira yang berada di luar kawasan D.

Pereira terus melakukan volley dengan bola rembatan padu beliau terus masuk ke dalam gawang gol Brentford tanpa mampu diselamatkan oleh sesiapa.

Raya cuba bergerak, namun mungkin beliau sedar yang rembatan itu terlalu padu dan mustahil untuk diselamatkan, maka beliau hanya melihat sahaja bola tersebut masuk menerjah jaring gawang golnya.

Para peminat turut terpukau dengan jaringan dari bintang Brazil yang kini berusia 25 tahun itu, bahkan ramai yang menganggap gol tersebut sama persis seperti gol Paul Scholes ketika bertemu Aston Villa pada tahun 2006 lalu.

Walaupun Pereira berjaya menjaringkan gol yang sungguh luar biasa menakjubkan untuk United mendahului perlawanan, namun Brentford sekali lagi berjaya menjaringkan gol penyamaan.

Brentford menyamakan kedudukan selepas Bryan Mbeumo meledak gol untuk memastikan pasukannya berjaya mengikat United 2-2.

Setidak-tidaknya ada peningkatan untuk skuad setan merah selepas mereka sebelum ini dikejutkan dengan kekalahan 4-2 ditangan Queens Park Rangers di Old Trafford.

Setan merah akan meneruskan kempen pra musim mereka selepas ini untuk beraksi bertemu Preston pada 31 Julai sebelum bertemu Everton pada 7 Ogos.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Van De Beek Ludah Cakelat Getah Bengang Lihat Fred dan Lingard Turun Beraksi