Maguire Sudah Kembali Cergas Sepenuhnya Dan Menjalani Sesi Latihan Bersama Skuad England

Gareth Southgate akhirnya menarik nafas lega dan bergembira selepas melihat Harry Maguire kembali menyertai sesi latihan England.

Ketua pasukan Manchester United itu sudah cergas sepenuhnya dan kembali menjalani latihan seperti biasa menjelang aksi pembukaan Euro 2020 bertemu Croatia.

Pemain centre-back yang ketika ini berusia 28 tahun itu awalnya sepertinya tidak akan membuat penampilan dalam kejohanan Euro pada musim panas ini.

Namun beliau kini dilihat sudah cergas dan bersedia untuk diturunkan dalam aksi saingan Euro yang akan dilangsungkan beberapa hari sahaja lagi nanti.

Maguire dilihat menjalani sesi latihan bersama rakan sepasukannya pada petang semalam dan beliau tampil dengan ceria dan lebih bersemangat.

Ketua pasukan Manchester United itu sebelum ini telah dibelenggu masalah kecederaan ketika beraksi bertemu Aston Villa dalam saingan Premier League.

Beliau terlepas kesemua lima baki perlawanan terakhir setan merah, termasuk aksi perlawanan akhir Europa League yang mana Man Utd tewas kepada Villarreal.

Sebelum beliau terpaksa diketepikan beberapa minggu dek kerana kecederaan yang dialami, Maguire sebenarnya langsung tak pernah berehat dan sentiasa dimainkan dalam kempen saingan liga untuk United.

Beliau ketika ini nampak sudah pulih dan semakin bersemangat untuk kembali beraksi dengan Gareth Southgate sendiri terdesak memerlukan khidmatnya.

Pengurus England itu sepertinya sudah boleh menyediakan perancangan terakhirnya sebelum sepak mula bertemu Croatia nanti.

Pada awal Mei lalu, Maguire sendiri pernah mendedahkan kebimbangan yang beliau rasakan ekoran dari masalah kecederaan yang beliau alami.

“Ketakutan yang saya rasakan adalah saya takut saya akan terlepas segalanya.”

Jelas Maguire.

“Saya tahu ia merupakan kecederaan yang agak teruk. Ketika saya dapat keputusan scan, saya tahu ia mungkin akan menyebabkan saya terlepas aksi perlawanan akhir Europa League. Tapi kami semua tidak akan menyerah kalah.”

“Saya mahu meletakkan sedikit beban pada pergelangan kaki saya selepas bangun tidur, yang mana saya sendiri mungkin tak pernah lakukannya sebelum ini, dan saya mahu cuba lakukannya untuk melihat adakah di situ masih terasa sakit.”

“Setiap pagi lepas bangun tidur saya berharap kesakitan ini akan hilang. Sayangnya ia tidak berkesan.”

“Saya tahun untuk saya memulakan aksi perlawanan akhir Europa League sepertinya sudah tidak mungkin tapi saya harap saya boleh mainkan peranan lain. Walau bagaimanapun, ia diluar kemampuan saya dan ia mustahil. Menjelang perlawanan akhir, saya masih tak boleh berlari.”

“Tapi sekarang saya rasa ia semakin membaik, jadi saya mahu terus berusaha supaya boleh beraksi dalam saingan Euro nanti.”

Maka kebimbangan yang Maguire alami sebelum ini pun sepertinya sudah tidak perlu difikirkan lagi dengan beliau sudah pulih dan boleh beraksi di kejohanan Euro tahun ini.

Adakah kehadiran Maguire telah menggembirakan para penyokong The Three Lions?

It’s coming home?

BACA:  Maguire Bersungguh-Sungguh Minta Freekick Selepas Bola Terkena Tangan Matic