Manchester United Sanggup Bayar £10 Juta Supaya Maguire Berambus

Manchester United dilaporkan sanggup membayar Harry Maguire sebanyak £10 juta (RM57.98 juta) untuk pemain pertahanan itu meninggalkan Setan Merah bagi merealisasikan perpindahan yang dirancang ke West Ham.

The Red Devils secara dasarnya telah bersetuju dengan perpindahan £30 juta dengan kelab timur London itu dan terma peribadi sedang dibincangkan antara Harry Maguire dan The Hammers.

West Ham United kekal optimistik mengenai langkah itu, dengan David Moyes bersedia untuk menawarkan bintang England itu lilitan kapten selepas pemergian Declan Rice pada awal musim panas.

Bekas kapten Hammers itu menyertai Arsenal dengan bayaran rekod Britain £105 juta pada Julai lalu dan West Ham masih belum mengumumkan kapten pengganti tetap dengan permulaan kempen Liga Perdana mereka bakal berlangsung dlam masa terdekat.

Khidmat Harry Maguire tidak lagi diperlukan dan perlu berpindah dari Old Trafford dijendela perpindahan musim panas ini selepas gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama Erik ten Hag.

Tetapi seperti yang dilaporkan oleh Mail Sport pada Mei, Man United perlu menawarkan Maguire gula-gula sebagai pemanis untuk mengukuhkan perpindahan itu, kerana West Ham tidak bersedia untuk membayar gaji penuh pemain pertahanan itu yang setinggi £190,000 seminggu.

Sebaliknya, menurut Sun, gaji pemain berusia 30 tahun itu akan dikurangkan kepada £120,000 seminggu sahaja. Gula-gula sebanyak £10 juta (RM57.98 juta) boleh dianggap sebagai pampasan kepada Maguire kerana sanggup pergi.

Maguire bergelut untuk memenuhi tanda harga setinggi £80 juta, yuran pemain pertahanan termahal dunia yang masih belum ditandingi oleh mana-mana pemain pertahanan Liga Perdana – walaupun Man City yang baru menandatangani Josko Gvardiol dengan harga £78 juta.

Tanda terakhir bahawa masa Maguire di Old Trafford telah hampir berakhir menyaksikan pemain antarabangsa England itu dilucutkan jawatan kaptennya semasa jelajah pramusim Man United pada Julai dan jawatan itu kini dipegang oleh Bruno Fernandes.

Pemain itu berharap bahawa perpindahan ke West Ham mewakili permulaan baru untuk prestasinya dan membolehkan dia menambah masa bermain untuk memastikan dia kekal di puncak senarai pengurus antarabangsa Gareth Southgate untuk disenaraikan dalam barisan belakang Three Lions.

Selepas permulaan yang tenang – menyelamatkan situasi apabila kehilangan pemain bintang mereka, Declan Rice- West Ham mula merekrut pemain baru.

Kelab itu telah bersetuju dengan bayaran £30 juta untuk James Ward-Prowse dari Southampton dan menandatangani Edson Alvarez dari Ajax dengan harga £35 juta.

Pada tahun 2019, Manchester United telah memecahkan rekod perpindahan apabila membayar £80 juta untuk menjadikan Harry Maguire sebagai pemain pertahanan termahal di dunia dari Leicester City dan kini perpisahan adalah jalan terbaik.

Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua

BACA:  Tutup Mulut Pengkritik! - Harry Maguire Jaringkan Gol Bersejarah Untuk Man Utd Ketika Aksi Bertemu Leeds