Manchester United Sedia Jual Lelong Maguire, Bek Tengah Termahal Dunia

Perkhabaran duka tiba dari Old Trafford. Di mana, bek tengah suka ramai iaitu Harry Maguire kini berada dalam senarai untuk dijual oleh Manchester United.

Manchester United akan mempertimbangkan untuk menanggung kerugian menjual pemain bek termahal dalam sejarah iaitu Harry Maguire.

Man United sedia mendengar tawaran untuk Harry Maguire musim panas akan datang.

The Guardian melaporkan bahawa, pengurus, Erik ten Hag berhasrat menjual kaptennya itu. Di mana dana itu boleh membantu membiayai pembelian pemain baharu, dalam usahanya untuk melakukan rombakan berterusan skuad itu.

Maguire sebelum ini dibeli dengan harga £80 juta. Dan selepas beberapa tahun bersama kelab tersebut, Man United  menyedari bahawa mereka mungkin perlu menerima kerugian yang besar untuk menjualnya.

Berita itu datang beberapa hari sebelum kempen Piala Dunia England 2022 bermula di Qatar, di mana Maguire dijangka menjadi pilihan pertama untuk Gareth Southgate.

Bagaimanapun, nilai pemain berusia 29 tahun itu telah jatuh dengan ketara di United.

Setelah menjadi kapten di bawah Ole Gunnar Solskjær, yang menandatanganinya dari Leicester pada Ogos 2019, dia hanya memulakan satu perlawanan Liga Perdana di bawah Ten Hag sejak berada dalam kesebelasan utama dalam kekalahan 2-1 kepada Brighton dan kekalahan 4-0 di Brentford dalam dua perlawanan pembukaan musim ini.

Kini dia berada dalam kedudukan pilihan keempat dari kalangan pemain pemain bek tengah pasukan utama kelab.

Gandingan bek tengah No. 1 Ten Hag ialah Raphaël Varane dan Lisandro Martínez. Kemudian Victor Lindelöf lebih disukai berbanding Maguire untuk bergandingan dengan Martínez dalam perlawanan Piala Liga, di mana United menang 3-1 ke atas Aston Villa.

Maguire menandatangani kontrak enam tahun yang mempunyai pilihan untuk dilanjutkan hingga 2026. Sepanjang tempoh perjanjiannya, gajinya kira-kira £190,000 seminggu di kelab tersebut.

Dia kemudian mengalami kemerosotan prestasi secara berterusan bersama United. Walaupun dia seringkali cemerlang bersama England.

Ini pasti akan membuatkan United sedar bahawa, mereka pasti tak akan dapat balik sekurang kurangnya £80 juta daripada penjualan pemain itu.

Laporan yang sama turut menyebut bahawa, Erik Ten Hag mengagumi profesionalisme pemain tetapi menganggap Maguire ada masalah dengan tempo permainan pantas kerana gerakannya perlahan.

Aspek itu dianggap sebagai satu masalah utama Maguire untuk bermain dalam sistem garisan pertahanan tinggi.

Ten Hag sedia mencari bek tengah baharu untuk memberikan persaingan sebenar untuk Varane dan Martínez dan meningkatkan kualiti pertahanan mereka.

Sebelum ini United dikaitkan dengan Jurrien Timber dari Ajax.

Ada juga berpendapat bahawa, Maguire mungkin akan bangkit semula bersama dengan pasukan pasukan lebih kecil berbanding di United. Di mana tekanannya berbeza. Lebih lebih lagi dia bergelar kapten salah satu kelab terbesar di dunia itu.

Pengurus itu juga sedang bersedia untuk melepaskan Fred apabila kontrak pemain tengah itu tamat pada bulan Jun. United mempunyai pilihan untuk melanjutkan perjanjiannya selama 12 bulan lagi tetapi buat masa ini, Ten Hag dikatakan tidak menunjukkan sebarang minat untuk mengaktifkan klausa tersebut.

Ten Hag telah kagum dengan aplikasi Fred dan etika pasukan tetapi berminat untuk merombak bahagian tengah dan menandatangani pemain berkelas dunia.

Misalnya Casemiro, pemain yang dianggap paling layak beraksi di tengah untuk pasukan seperti Manchester United sebagai pemain utama.

Siapakah pemain yang akan menggantikan Maguire jika benar pemain itu dijual kelak?

Maguire kini menumpukan fokusnya kepada Piala Dunia 2022. Di mana dia masih menjadi pemain penting kepada Three Lions.

Sumber: Axello.net

BACA:  Aksi Kelakar Pertahanan Manchester United dan Harry Maguire Hadiahkan Liverpool Empat Gol