Manchester United Tak Pandai Pakai Donny Van de Beek

Donny Van de Beek tidak bermain di posisi sebenarnya ketika bersama Manchester United dan jurulatih yang melatih beliau sebenarnya langsung tak tahu apa yang beliau lakukan.

Ia merupakan dakwaan yang dilakukan oleh Jaap Stam, yang tidak teragak-agak membantai bekas kelabnya itu kerana tidak melayan Van de Beek dengan betul.

Pemain midfield Belanda itu akan menghabiskan baki musim ini dengan beraksi bersama Everton, selepas beliau berjaya melengkapkan perpindahan menerusi perjanjian pinjaman pada hari terakhir sebelum jendela perpindahan Januari ditutup.

Pemain berusia 24 tahun itu hanya membuat lapan penampilan sahaja dalam saingan Premier League sepanjang musim ini di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer dan Ralf Rangnick.

Beliau sangat berharap untuk membina semula kariernya di Goodison Park selepas mengharungi karier yang mengerikan di Old Trafford sebelum ini.

Bekas pemain pertahanan Manchester United, Stam percaya yang rakan senegaranya itu masih boleh berjaya di Old Trafford sebenarnya.

Namun beliau menghentam bekas kelabnya itu kerana layanan teruk yang mereka berikan kepada Van de Beek sepanjang tempoh bekas bintang Ajax itu beraksi di Old Trafford.

Beliau turut menegaskan yang jurulatih yang melatih Van de Beek sebenarnya langsung tak tahu apa yang sebenarnya beliau perlu lakukan.

Bercakap kepada De Telegraaf, beliau menjelaskan bahawa:

“Kekurangan philosophy atau jurulatih yang kebingungan dan tak tahu apa yang perlu dilakukan merupakan masalah utama di sana.”

“Ia juga sebenarnya menyiksa Van de Beek, kerana dia benar-benar memiliki kualiti untuk berjaya bersama Manchester United untuk jangka masa panjang.”

“Dengan kualiti dia, Donny sememangnya sangat sesuai dengan Ajax dan saingan Eredivisie.”

“Tapi Donny tak boleh menyesuaikan diri dengan cara United bermain. Semoga saja dia akan dipilih untuk beraksi bersama skuad utama Everton.”

Stam kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan bahawa:

“Pengurus perlu membuat pilihan untuk meletakkan dia sebagai salah seorang dari dua pemain defensive midfielder jadi dia boleh bantu untuk lakukan build up dan bermain lebih ke atas. Contohnya, bermain disamping Scott McTominay dan Bruno Fernandes.”

“Ia semuanya bergantung kepada kesempatan yang mereka tunjukkan. Donny bekerja sangat keras, banyak berlari dan dia juga sangat mahir mengawal bola. Kamu boleh berharap pada dia.”

“Dia boleh bantu build up dari bawah dan dia ada kemampuan untuk berperanan box-to-box. Cuma dia tak dapat bermain di peranan itu.”

Van de Beek kini sudah sah menyertai Everton sebagai pemain pinjaman, dan ia jelas merupakan kesempatan emas untuk beliau kembali membuktikan kemampuan sebenarnya.

Beliau sudah tentu akan melakukan yang terbaik dalam usahanya untuk diserap masuk menyertai skuad kebangsaan Belanda, bagi aksi Piala Dunia Qatar nanti.

Van de Beek sejak menyertai Manchester United beliau sering dipinggirkan dan beliau juga sukar untuk mendapat tempat dalam skuad utama.

Bekas bintang Ajax itu sudah beberapa kali meminta kepada pihak kelab agar melepaskan beliau namun hasratnya tidak pernah tercapai sebelum ini.

Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini pernah menggagalkan perpindahan beliau untuk menyertai Everton pada jendela perpindahan musim panas lalu, dan menjanjikan akan menawarkan tempat dalam kesebelasan utama untuknya.

Malang untuk Van de Beek, hal itu sama sekali tidak berlaku dan selepas kelab diambil alih oleh Ralf Rangnick, beliau masih lagi diketepikan dan tidak mendapat tempat dalam skuad utama.

Selepas melihat masa hadapannya semakin kelam, maka Van de Beek memutuskan untuk meninggalkan Old Trafford dan mendapatkan minit permainan bersama pasukan lain.

Beliau sangat diharapkan akan mampu untuk membantu Everton mengelak dari terus berada di zon penyingkiran memandangkan The Toffees melalui awal musim yang sangat teruk pada musim ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Rangkuman Aksi De Beek Bertemu Leeds Buat Penyokong United Maki Kelab Kerana Mengabaikan Bintang Belanda Itu