Media Sepanyol Tidak Mahu Lagi Melihat Morata Beraksi Untuk La Roja

Media Sepanyol tanpa berlapik dan beralas menyatakan hasrat tidak mahu lagi melihat Alvaro Morata turun beraksi dalam kesebelasan utama lagi untuk skuad La Roja.

Kebencian penyokong Sepanyol kepada Alvaro Morata bukan perkara baru lagi, sebelum kejohanan Euro 2020, Morata sudah dimaki hamun dan diboo siap ada lagu lagi.

Ketika perlawanan pemanas badan Sepanyol menentang Portugal lagi Morata dimaki tanpa had kerana Morata seperti biasa mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol.

Menurut laporan dari The Guardian, terdapat segelintir penyokong yang berada di dalam stadium ketika itu telah menyanyikan lagu yang menganjing Morata.

“Morata, betapa teruknya kamu!(bahasa Sepanyol).”

Alvaro Morata sememangnya mempunyai jati diri yang tinggi apabila terus menjadi Alvaro Morata yang terkenal dengan aksi pembaziran peluang keemasan di depan mata.

Pemain penyerang Juventus itu telah dikritik dan dikecam hebat kerana terlepas peluang besar Sepanyol dalam perlawanan pembukaan menentang Sweden yang berakhir dengan keputusan seri 0-0.

Ketika bertemu Poland, Morata telah meletakkan Sepanyol dihadapan pada separuh masa pertama namun Robert Lewandowski menyamakan kembali kedudukan.

Dalam perlawanan menentang Poland, Alvaro Morata banyak kali lagi membazirkan beberapa peluang termasuklah tindakan susulan selepas Gerard Moreno gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Moreno + Morata = Malapetaka buat Sepanyol.

Pengacara rancangan di El Chiringuito, Josep Pedrerol tanpa segan silu telah menempelak Morata dengan kata-kata yang agak sini apabila melabel pemain penyerang itu sebagai pemain yang tidak mampu memberi inspirasi kepada pasukan Sepanyol.

Warga Sepanyol berusia 55 tahun yang juga merupakan seorang wartawan telah berkata:

“Morata tak boleh lagi beraksi bersama Sepanyol bersama pasukan kebangsaan Sepanyol.”

“Morata bukan pemain yang boleh memberi inspirasi kepada pasukan. Dengan melihat permainannya boleh sebabkan bapa dan anak tertidur.”

Sebelum ini Alvaro Morata masih lagi positif dengan segala kritikan, makian dan gelaran pelbagai yang telah dilontarkan kepadanya:

“Aku bercakap tentang segala-galanya. Aku tahu Joaquin Valdes [psikologi sukan Sepanyol] ada di sana untuk aku dan untuk semua rakan sepasukan aku.”

“Aku baik-baik saja, aku mempunyai karier yang panjang untuk bimbangkan apa pendapat orang tentang Aku. Aku tidak mampu membuat semua orang sukakan aku.”

“Apabila ada kritikan, anda hanya perlu menghormatinya dan bekerja, bekerja, bekerja. Aku lebih prihatin dengan pendapat rakan sepasukan aku. Aku fenomena.”

Pengurus Sepanyol, Luis Enrique sebelum ini juga dengan tegas telah mempertahankan Alvaro Morata dan menegaskan bahawa Morata hanya ‘Tidak bernasib baik’ sahaja.

Luis Enrique yang memantau prestasi Morata saban hari mengakui bahawa Morata sebenarnya sudah memberikan usaha terbaik dalam gerakan yang gagal disudahkan.

“Rimas betul aku bila tengok penyokong menyerang pemain aku.”

“Selepas segalanya telah diberikan oleh Morata sepanjang perlawanan, dia masih lagi mampu berlari dengan pantas sejauh 40 meter di minit akhir perlawanan.”

“Morata telah berjaya memperdayakan penjaga gol, cuma Morata tidak bernasih baik kerana rembatannya agak tinggi dan terkena palang pulok.”

“Aku rasa ia sesuatu yang harus dipuji dan dibanggakan, tapi benda ni hanya untuk orang betul-betul faham bola sepak.”

Dua perlawanan, dua kali seri – itulah keputusan yang dicatatkan oleh pasukan bekas juara Euro dua kali berturut-turut, Sepanyol. Selepas dua perlawanan, dengan dua mata, Sepanyol sekadar merekodkan 1 jaringan gol, selepas Alvaro Morata menjaringkan gol ketika menentang Poland.

Kalau ikutkan, dua mata daripada dua perlawanan ni dah kira bagus dah dan pasukan ini masih lagi dalam posisi untuk memburu kelayakan ke pusingan 16-pasukan.

Namun dengan reputasi gah Sepanyol yang berada dalam kumpulan E bersama Slovakia, Sweden dan Poland sepatutnya menjadi jalan mudah buat La Roja.

Tambahan pula, dengan format yang sedia ada, jika Sepanyol berada di tangga ketiga sekalipun, mereka masih berpeluang untuk mara jika menjadi salah satu daripada empat pasukan di tangga ketiga yang terbaik.

Tapi, ini adalah Sepanyol. Bukan Hungary, bukan England, bukan Macedonia Utara.

Sepamyol adalah pasukan yang pernah memegang tampuk sebagai pasukan terhebat di dunia, pasukan yang dikenali sebagai pasukan yang ampuh di segenap posisi, ditambah pula dengan corak permainan tiki-taka yang bisa membuatkan lawan berteka-teki.

BACA:  Belanda Umum 26 Pemain Skuad Rasmi EURO 2020