Morata Bingung Dan Tidak Sedar Jaringkan Gol Ketika Rebah

Alvaro Morata nyata bingung dan langsung tidak menyedari serta menyangka dia telah menjaringkan gol ketika sudah terbaring ke padang selepas melakukan percubaan.

Situasu ini terjadi dalam kemenangan 2-0 Atletico Madrid menentang Elche ketika dia terjatuh di atas lantai akibat kecederaan – yang membawa pasukan Diego Simeone naik ke tempat ketiga dalam La Liga.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu menggandakan pendahuluan Atletico selepas rembatan kaki kirinya melencong ke atas penjaga gol Edgar Badia untuk menggandakan kedudukan selepas tandukan Joao Felix menjadi gol pembukaan.

Tetapi Morata tidak menyedari bola itu telah berakhir di jaring kerana dia telah jatuh ke tanah berikutan cabaran daripada pemain Elche, Carlos Clerc ketika dia melakukan percubaan.

Menerima hantaran dari Antoine Griezmann, Alvaro Morata dengan segera dirapati Pedro Bigas tetapi Morata berjaya melakukan gelecekan dan menghantar Pedro Bigas
ke tanah.

Morata terus mara secara solo dan berjaya menemui ruang untuk melepas rembatan yang pantas dicabar oleh Carlos Clerc dan rembatan Morata telah tertampan kaki Omar Mascarell.

Bola kemudiannya melambung tinggi melepasi jangkauan penjaga gol Elche yang sudah melayangkan badan, Edgar Badia yang bersama rakan sepasukan hanya mampu melihat bola menjunam ke dalam gawang.

Paling setan Morata yang terbaring di padang pantas bangun meraikan jaringan itu selepas menyedari gol telah terhasil, nampak sangat berlakon.

Morata pantas berlari ke arah Antoine Griezmann dan Morata mula bingung apabila Griezmann serta Sergio Reguilon datang untuk mengucapkan tahniah.

Dia seperti tidak percaya lalu bertanya kepada Griezmann, ‘Siapa? Aku?’ sambil menunjukkan jari ke dirinya sendiri masih tidak percaya selepas mendapat jawapan dari si kepala pink.

Selepas perlawanan, bekas penyerang Chelsea itu – yang terus dikaitkan dengan perpindahan pinjaman ke Manchester United – memberitahu Movistar:

“Saya berada di padang dan saya fikir ia adalah gol untuk Griezmann.”

“Saya fikir selepas melantun, dia telah menjaringkan gol. Ia adalah penting untuk menang. Terutama di stadium kami, kami mahu penyokong mempunyai penghujung tahun yang baik. Kami berterima kasih kepada mereka atas sokongan kami.”

Ia adalah pertembungan La Liga yang huru-hara dan penuh dengan drama apabila tiga pemain dibuang padang di Stadium Metropolitano kerana mengutip kad merah.

Pemain pertahanan Elche, Gonzalu Verdu dilayangkan kad merah pada masa kecederaan separuh masa pertama selepas mengheret Morata di luar kotak penalti sebelum pertahanan Atletico Mario Hermoso kemudian menerima kad merah minit ke-53 kerana kad kuning kedua.

Skuad Elche terus menyusut kepada sembilan pemain pada minit ke-90 apabila Domingos Quina menerima tempahan kedua untuk cabaran ke atas Morata.

Antoine Griezmann menjadi nadi Atletico Madrid dalam kemenangan ini apabila telah mencipta assist untuk kedua-dua gol dari Jaoa Felix dan Alvaro Morata.

Musim ini, Morata telah menjaringkan enam gol dalam 21 perlawanan untuk Atletico Madrid dan semuanya datang dalam perlawanan La Liga.

Penyerang itu menjaringkan tiga gol dalam empat perlawanan untuk Sepanyol semasa Piala Dunia di Qatar sebelum negaranya tersingkir mengejut kepada Maghribi pada peringkat 16 terakhir.

Manchester United berpegang kepada pasaran pinjaman pada Januari ini – disebabkan ketidaktentuan mengenai penjualan kelab itu – dan Morata telah sebut-sebut sebagai pilihan.

Erik ten Hag terlepas Cody Gakpo selepas Liverpool merampas perjanjian itu dan bos United itu mengesahkan bahawa kelab itu berada dalam pasaran untuk No 9.

Alvaro Morata merupakan pemain pinjaman berprofil tinggi dan sudah ke merata kelab gergasi.

BACA:  Media Sepanyol Tidak Mahu Lagi Melihat Morata Beraksi Untuk La Roja