Moreno Dan Morata Bergabung Membinasakan Sepanyol

Alvaro Morata dan Gerard Moreno bergabung berganding bahu cuba menjahanamkan Sepanyol secara halus selepas kedua-dua mereka gagal memanfaatkan peluang keemasan, untuk jaringkan gol kemenangan ketika bertemu Poland.

Gerard Moreno ketika bertemu Poland awal pagi tadi, gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti, seterusnya menyebabkan Sepanyol hilang peluang untuk mengutip tiga mata penuh.

Apa yang lebih teruk lagi, bola Moreno yang terbias kembali ke kawasan permainan selepas terkena tiang gol gagal disempurnakan oleh Morata.

Penyerang Juventus itu berjaya membuka tirai jaringan untuk Sepanyol dalam perlawanan ini pada aksi babak pertama permainan.

Beliau sepertinya mahu melupakan kesilapan yang dilakukan ketika aksi bertemu Sweden sebelum ini dengan melepaskan peluang keemasan untuk menjaringkan gol.

Namun sayang sekali untuk Morata, beliau sekali lagi melakukan kesilapan dungu kerana mensia-siakan peluang terhidang untuk menjaringkan gol dalam perlawanan ini.

Beliau gagal membantu Sepanyol untuk mencatatkan kemenangan dalam aksi perlawanan kedua peringkat kumpulan E itu.

Bintang Bayern Munich, Robert Lewandowski kemudiannya berjaya membuka akaun gol beliau dalam pertandingan Euro 2020 pada minit ke-54 permainan, untuk Poland mengikat Sepanyol 1-1.

Tidak lama selepas itu, Sepanyol telah dihadiahkan sepakan penalti selepas VAR mengesan Moreno telah dikasari di dalam kotak penalti Poland.

Penyerang Villarreal itu dipertanggungjawabkan untuk mengambil sepakan penalti tersebut, namun rembatan beliau sekadar terkena tiang gol sahaja.

Namun begitu, bola rembatan Moreno yang terkena tiang gol itu melantun kembali masuk ke kawasan permainan dan tepat menuju ke arah Morata yang ketika itu dilihat seolah-olah memang menanti bola rebound.

Tapi sayangnya, mungkin kerana terlalu gopoh atau memang dungu, Morata telah merembat bola tersebut keluar dari kawasan permainan.

Beliau seolah-olah seperti membantu pemain pertahanan Poland untuk mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya, berbanding menolak masuk bola rebound itu ke dalam gawang gol.

Kedunguan kedua-dua pemain itu telah mengundang kecaman dari para peminat yang sudah hilang sabar melihat aksi mereka yang sering melepaskan peluang keemasan.

Morata kemudiannya dihidangkan dengan satu lagi peluang keemasan di dalam kotak penalti, namun ia telah dinafikan oleh Wojciech Szczesny.

Beliau kemudiannya telah dikeluarkan oleh pengurus pasukan dan digantikan oleh bintang Real Sociedad, Mikel Oyarzabal.

Bercakap ketika sesi sidang media sebelum perlawanan bertemu Poland, Morata telah ditanya tentang kritikan yang beliau terima ketika terlepas peluang keemasan menjaringkan gol bertemu Sweden sebelum ini.

Morata ketika itu mendakwa yang beliau sama sekali tidak terjejas dengan segala komen negatif yang beliau terima dan mahu memberikan komitmen 200% ketika beraksi bersama La Rojo.

โ€œSaya menganggap situasi ini sangat biasa saja.โ€

Jelas Morata menurut Metro.

โ€œSaya sudah bersama skuad kebangsaan sejak usia bawah 17 tahun lagi dan bermain dalam pertandingan seperti ini.โ€

โ€œSaya memang tak boleh buat semua orang suka pada saya. Ketika ada kritikan saya akan hormati mereka yang mengkritik dan masa sama saya akan terus berusaha. Dalam perlawanan, macam-macam boleh berlaku dengan pantas jadi kamu tak ada masa untuk fikir.โ€

โ€œPenjaga gol itu sudah melakukan yang terbaik untuk menutup ruang yang ada dan saya dah cuba untuk mengarahkan bola ke dalam gawang gol.โ€

โ€œSaya tak tahu jika esok bola itu akan masuk ke gawang, tapi saya akan berikan 200% setiap kali saya bermain bersama Sepanyol. Ia merupakan satu hal yang biasa ketika kamu mencatatkan keputusan seri, tapi sebenarnya kamu berhak untuk memenangi perlawanan itu, ia memang memberi tekanan.โ€

โ€œPandangan dan kritikan dari semua orang tak akan ubah mood saya. Jika saya jaringkan gol, saya akan gembira untuk semua orang yang sentiasa ada dengan saya, dan saya yakin saya sudah lakukan yang terbaik.โ€

Morata dikecam teruk selepas mempamerkan aksi dungu dalam perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan dalam aksi perlawanan pembukaan kumpulan E saingan Euro 2020.

Pengurus Sepanyol menegaskan yang Morata telah mempamerkan aksi permainan yang menarik walau terlepas dua peluang keemasan untuk menjaringkan gol.

Enrique ketika temu bual tersebut, beliau telah mempertahankan Alvaro Morata dengan menganggap pemainnya itu mengharungi detik yang hebat di atas padang.

โ€œSaya rasa Alvaro bermain dengan sangat baik.โ€

Jelas Enrique.

โ€œSudah tentu kami semua mahu manfaatkan kesempatan, tapi pemain lain juga ada peluang mereka.โ€

โ€œSaya rasa dia sudah biasa dengan semua kecaman ini, tapi sudah tentu kami mahu lihat dia menerima sokongan dari penyokong.โ€

โ€œItulah lumrah dalam bola sepak, ia memang satu hal yang menarik andai kita dapat dedikasikan kemenangan kepada peminat, kerana mereka selalu berikan yang terbaik kepada kami dalam setiap perlawanan.โ€

BACA:ย  Morata Kena Maki Dengan Penyokong Sendiri Kerana Terlepas Peluang Keemasan Ketika Bertemu Portugal