Mengimbau Kembali Kutukan Dahsyat Selepas Salah Sertai Liverpool

Ketika Liverpool mendapatkan Mohamed Salah bermacam kutukan dan kata-kata yang berpuaka telah dilemparkan kepada pemain yang berasal dari Mesir itu yang dianggap tidak berbaloi.

Sejak tiba di bumi Merseyside dari AS Roma pada bulan Julai 2017, Mohamed Salah telah menunjukkan prestasi yang mengagumkan melebihi dari apa yang diharapkan.

Salah menjaringkan 32 gol dalam 36 penampilan bersama The Reds pada musim pertama sekaligus menjadi penjaring terbanyak Premeir League.

Berita pembelian Salah daripada AS Roma dengan nilai £34.3 juta telah diumumkan oleh Sky Sport melalui laman Twitter rasmi mereka.

Usai berita itu diumumkan pada 23 Jun 2017, agak berkicap juga Salah dikutuk kerana ada menganggap Salah satu pembelian tidak berbaloi.

Selepas hampir 3 tahun perpindahan dengan kontrak 5 tahun itu terjadi kutukan itu masih ada dan belum dipadam walaupun Salah membuktikan mereka salah.

Salah di bawa masuk sebagai pemain sayap namun lain pula terjadi apabila Salah bertukar menjadi mesin pencetak gol berprestasi tinggi made in Afrika.

Berikut antara kutukan mulut puaka:

“Liverpool membeli pemain yang pergi ke Italy kerana gagal di Premier League ???.”

https://twitter.com/TheWillerton/status/877998814858104836

“Kenapa bayar lebih 30 juta untuk pemain yang tidak mampu bersaing dengan kelajuan di Premiership. Sturridge jauh lebih bagus. Aku bertaruh Liverpool akan jual Salah.”

“Kenapa Roma jual? Sebab beliau tahi.”

“Liverpool mengikat seorang lagi Sissoko.”

“Nak letak kat mana beliau ni? Agak mahal untuk lelaki yang kau dah ada pemain dengan qualiti yang sama.”

Setiap kejayaan memerlukan pengorbanan dari segi masa, tenaga serta kehidupan diadun pula dengan kerja keras tanpa mengenal erti putus asa.

Inilah yang dilakukan oleh Mohamed Salah yang kini menjadi antara pemain bintang di Premier League.

Jalan menuju kejayaan sangat berliku dan ada turun naiknya walaupun sekeras mana kau berusaha. Sudah tertulis Liverpool adalah destinasi kemuncak Salah.

Kejayaan dan ketajaman Salah bukan sahaja telah membantu Liverpool bangkit untuk kembali ke puncak gemilang, Mesir juga merasa benda yang sama.

Dua jaringan daripada Mohamed Salah telah membawa Mesir ke Piala Dunia Russia 2018. Ini merupakan kali pertama Mesir layak ke Piala Dunia sejak tahun 1990.

Jaringan penalti Mohamed Salah pada minit ke-94 permainan memberi kemenangan 2-1 Mesir ke atas Congo sekaligus mengesahkan Mesir sebagai juara kumpulan.

Mohamed Salah telah diundi untuk menjadi pemenang anugerah BBC African Footballer of the Year 2017 selepas belum hampir semusim bersama Liverpool.

Salah muncul pemain terbaik benua Afrika dengan mengetepikan pecabarnya yang lain seperti Pierre-Emerick Aubameyang, Naby Keita, Sadio Mane dan Victor Moses untuk meraih anugerah ini buat pertama kali dalam kerjayanya.

BACA:  Jamie Carragher Percaya Mohamed Salah Tidak Dihargai Oleh Peminat Liverpool