Mesut Ozil telah mendedahkan team fantasy Euro 2020 miliknya dan ia merupakan skuad yang sangat hebat dan boleh menghasilkan mata yang banyak.
Pemenang Piala Dunia 2014 itu, ketika ini sedang beraksi bersama Fenerbahce selepas meninggalkan Arsenal pada Januari lalu.
Beliau yang sudah tidak bersama skuad kebangsaan Jerman untuk Euro kali ini, telah turut sama bermain permainan fantasy dan menunjukkan hasil skuad fantasynya di laman twitter.
🚨SPOILER ALERT🚨
For those waiting for tmrw for James and I to reveal final Euro 2020 squads, Ozil just leaked mine.
I'm copying him. https://t.co/9XeZWp3SWo
— Sujan Shah (@sujanshah) June 10, 2021
Mengikut peraturan tidak boleh memilih lebih dari 3 pemain dari negara yang sama dan menggunakan bajet yang disediakan, bekas bintang Real Madrid itu berjaya menghasilkan sebuah skuad yang dipenuhi dengan pemain berkualiti.
Di posisi penjaga gol, Ozil memilih bekas rakan sepasukannya di Arsenal, Wojciech Szczesny, yang mana penjaga gol Juventus itu merupakan pilihan utama untuk skuad kebangsaan Poland.
Poland di acara Euro 2020 ini telah diletakkan dalam kumpulan E bersama Slovakia, Sepanyol dan Sweden.
Bermain formasi 3-4-3, Ozil memilih gandingan back three yang sungguh menakjubkan dengan membariskan pertahanan veteran, Pepe, Antonio Rudiger dan Oleksandr Zinchenko.
Walaupun di peringkat kelab Zinchenko bermain di posisi back kiri, namun ketika beraksi bersama skuad kebangsaan Ukraine, beliau bermain sebagai midfielder.
My fantasy football team for UEFA @EURO2020. What do you all think? Who’s beating me? 😅⚽️🏆 pic.twitter.com/Lvs9RdpTvP
— Mesut Özil (@MesutOzil1088) June 10, 2021
Pemain kebanggaan England, Phil Foden merupakan satu-satunya pemain Inggeris yang menjadi pilihan Ozil untuk diletakkan dalam team fantasynya.
Beliau juga memilih rakan senegaranya, Leroy Sane dan bintang West Ham United, Tomas Soucek yang bermain bersama skuad kebangsaan Republic Czech.
Beliau turut memilih pemain dari negara asal usulnya, Turki dengan memilih bintang berusia 21 tahun, Halil Dervisoglu.
Halil Dervisoglu telah menghabiskan kempen musim 2020/21 bersama Galatasaray selepas beliau dipinjamkan dari Brentford.
Karim Benzema dan Cristiano Ronaldo merupakan pemain penyerang premium yang ada dalam senarai pemain pilihan Ozil.
Dan beliau memilih Alvaro Morata sebagai penyerang utama dalam skuad fantasy pilihannya untuk aksi saingan Euro 2020.
Tomas Soucek: Czech Republic’s marathon man ready for big stage. By @JanPodrouzek https://t.co/ohNQYk7C4m
— Guardian sport (@guardian_sport) June 6, 2021
Dua lagi pemain Turki berada di bangku simpanan fantasy team Ozil seperti Altay Bayindir yang dipilih sebagai penjaga gol simpanan dan Irfan Kahveci sebagai pemain midfield simpanan.
Pemain terakhir yang dipilih oleh Ozil dalam skuad fantasy Euro pilihannya adalah bintang Hungary, Adam Szalai.
Ozil memuat naik skuad pilihannya itu ke media sosial miliknya dengan menyatakan:
“Team fantasy football pilihan saya untuk UEFA @ EURO2020. Apa kamu semua rasa? Siapa boleh kalahkan saya?”
Ada juga beberapa pemain pilihan Ozil yang boleh ditiru oleh para pemain fantasy yang lain, seperti Zinchenko dan Tomas Soucek.
A stunning strike from Zinchenko 🤩🇺🇦 https://t.co/j8lvbca1yN
— City Chief (@City_Chief) June 7, 2021
Kedua-dua mereka merupakan pemain yang sangat berprestasi di peringkat kelab dan tentunya mereka bakal menggalas tugas yang besar di peringkat antarabangsa ini.
Laluan kedua-dua pasukan seperti Ukraine dan Republic Czech juga tidak begitu sukar dan tentunya ada mata yang boleh dikutip dari kedua-dua pemain tersebut.