Milak Dedah Seluar Koyak Punca Beliau Gagal Pecahkan Rekod Dunia

Kristof Milak berjaya memenangi pingat emas Olimpik pertama beliau selepas muncul Juara acara 200 meter kuak kupu-kupu semalam.

Milak mencatatkan rekod 1:51.25 untuk memenangi pingat emas, seterusnya memecahkan rekod Olimpik yang sebelum ini dipegang oleh Michael Phelps dengan catatan 1:52.03 di Olimpik Beijing 2008.

Dalam temu bual selepas tamat acara tersebut, Milak telah mendedahkan yang 10 minit sebelum bermulanya aksi perlumbaan akhir itu, seluarnya telah koyak ketika beliau masih dalam bilik persediaan.

Oleh yang demikian, beliau perlu segera menukar seluar yang baru, dan sedikit sebanyak ia merencatkan sedikit persembahan beliau ketika aksi perlawanan akhir tersebut.

Milak turut mendedahkan yang beliau sudah boleh rasa yang beliau tidak akan dapat memecahkan rekod dunia kerana tumpuannya sedikit terjejas atas masalah tersebut.

“Ia sedikit terkoyak 10 minit sebelum saya terjun ke kolam dan ketika itu saya tahu rekod dunia sudah hilang,” katanya sambil melemparkan pakaian renangnya dengan marah selepas tamat acara.

“Saya hilang fokus dan tahu saya gagal melakukannya… tetapi saya tetap gembira dengan pingat emas.”

Jelas Milak menurut Berita Harian.

Rekod terbaik Milak masih kekal dengan catatan 1:50.73 yang berjaya beliau lakukan ketika kejohanan dunia 2019.

Beliau berjaya memecahkan rekod yang sebelum itu dipegang oleh Michael Phelps selama tempoh 10 tahun dengan legenda Olimpik itu mencatatkan rekod dunia dengan catatan 1:51.51 pada kejohanan dunia pada tahun 2009.

Phelps ketika itu turut berjaya memperbaharui rekod dunia dan rekod Olimpik yang beliau lakukan ketika Olimpik Beijing pada 2008 dengan catatan 1:52.03.

Rekod renangan Milak 1:51.25 dalam perlumbaan akhir semalam merupakan rekod ketiga terpantas di dunia dalam acara 200 meter kuak kupu-kupu.

Apa yang menariknya lagi, empat dari lima rekod terpantas dunia adalah rekod yang berjaya dicatatkan oleh Milak sendiri dengan tiga darinya berjaya dilakukan pada tahun ini.

Ketika aksi peringkat separuh akhir kejohanan Olimpik Tokyo ini, Milak berjaya mencatatkan rekod baru, dengan beliau mencatatkan masa 1:52.22 untuk berada di kedudukan lapan terpantas sepanjang zaman.

Rekod 200 meter kuak kupu-kupu terhebat sepanjang zaman:

All-time 200 Butterfly Performances

1) Kristof Milak (HUN) – 1:50.73 (2019)

2) Kristof Milak (HUN) – 1:51.10 (2021)

3) Kristof Milak (HUN) – 1:51.25 (2021)

4) Kristof Milak (HUN) – 1:51.40 (2021)

5) Michael Phelps (USA) – 1:51.51 (2009)

6) Michael Phelps (USA) – 1:52.03 (2008)

7) Michael Phelps (USA) – 1:52.09 (2007)

8) Kristof Milak (HUN) – 1:52.22 (2021)

Kristof Milak merupakan pemenang paling dominan di kolam renang sepanjang kejohanan Olimpik Tokyo ini, dengan beliau mengatasi perenang yang berada di kedudukan kedua dengan kelebihan 2 saat.

Perenang Jepun, Tomoru Honda memenangi pingat perak dengan beliau mencatatkan catatan masa 1:53.73, diikuti oleh perenang Itali, Federico Burdisso di kedudukan ketiga dengan catatan 1:54.45.

Seluar baru yang terpaksa dipakai selepas seluar kesayangannya koyak

Rakan senegara Milak, Tamas Kenderesi gagal untuk mengakhiri saingan dikedudukan tiga teratas, dengan beliau menamatkan renangan di kedudukan keempat dengan catatan 1:54.45.

Pemenang pingat emas Olimpik 2012, Chad le Clos sekadar mampu menamatkan renangan di kedudukan kelima dengan catatan 1:54.93.

Pingat emas yang dimenangi oleh Milak merupakan yang pertama untuk Hungary dalam acara ini dan ia merupakan kali ke-7 dari 17 temasya Olimpik, acara tersebut tidak dimenangi oleh atlet dari Amerika.

Hungary walau bagaimanapun sebelum ini pernah mengakhiri acara ini dengan satu pingat gangsa yang dimenangi oleh Gyorgy Tumpek pada tahun 1956.

Hungary juga pernah ada wakil yang memenangi pingat perak dalam acara ini di temasya Olimpik 2008, yang dimenangi oleh Laszlo Cseh.

Cseh ketika itu tewas kepada Michael Phelps yang memenangi pingat emas seterusnya memecahkan rekod baru, dan rekod tersebut berjaya dipecahkan semula oleh Kristof Milak.

Bayangkan kalau seluar dia tak koyak? Dah tentu rekod dia lebih baik kan? Setuju? Bincangkan di ruangan komen.

Sumber: Swimswam

BACA:  Richarlison Selamba Panggil Presiden FIFA 'Botak'