Minamino Turun Berlatih Buat Kali Pertama Bersama Liverpool

Pemain sensasi Jepun, Takumi Minamino telah menyertai Liverpool selepas mempamerkan aksi cemerlang di Champions League ketika menentang pasukan bimbingan Jurgen Klopp.

Liverpool dilaporkan membayar klausa pelepasan sebanyak £7.25 juta untuk pemain tersebut yang mereka rasakan bernilai lebih £20 juta.

Dengan kualiti yang ada pada Minamino harga £7.25 juta sangat berbaloi-baloi dan murah, kalau tak menjadi pun tak rugi.

Hari pertama Minamino di Melwood bertemu pasukan barunya dan Minamino menerima santunan yang terbaik daripada kelab terbaik di dunia ketika.

Kehadiran Minamino disambut mesra, Sadio Mane, Xherdan Shaqiri, Chamberlain dan para petugas.

Minamino kemudian berbual dengan Jurgen Klopp mungkin berborak pasal visi dan misi mereka.

Takumi Minamino menjalani latihan pertamanya bersama rakan sepasukan baru beliau di Liverpool di Melwood dengan penuh riang gembira.

Minamino dengan girangnya bermain timang-timang bola bersama Sadio Mane.

Takumi Minamino sebelum ini berjanji mahu membantu pasukan Liverpool menjuarai EPL dan Liga Juara-Juara Eropah.

“Sasaran saya adalah untuk memenangi EPL dan UCL. Saya juga mahu memberikan sumbangan terbaik untuk pasukan ini.”

Jurgen Klopp turut teruja kerana berjaya mendapatkan Takumi Minamino di dalam pasukannya.

Liverpool dilaporkan telah menewaskan beberapa kelab lain untuk mendapatkan Minamino. Ini termasuk Manchester United yang dikatakan tidak tahu pemain ini ada klausa pelepasan murah.

Takumi Minamino dijangka akan membuat debut untuk Liverpool dalam aksi Piala FA menentang Everton pada Januari nanti.

Selain daripada penyokong Liverpool, para penyokong Samurai Biru juga meraikan kejayaan pemain mereka menyertai juara Eropah.

BACA:  Rangkuman Aksi Debut Takumi Minamino Bersama Liverpool