Mudah Bigetron Muncul Juara Dunia PMCO Fall Split Global Final 2019 Di PWTC

Pasukan dari Indonesia Bigetron Red Aliens(BTR) mudah untuk bergelar juara dunia Player Unknown’s Battle Grounds(PUBG) Mobile Club Open(PMCO) – Fall Split Global Finals 2019 yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur.

Bapak ah panjang betul nama sebenar kejohanan.

Bigetron Red Aliens(BTR) yang telah menggegar dunia PUBG ini dianggotai oleh 4 bocah atau anak muda iaitu pasangan kembar Zuxxy, Luxxy, Ryzen dan Microboy.

1. Zuxxy – Made Bagas Pramudita, 16 tahun (In-Game Leader, Scout)
2. Luxxy – Made Bagus Prabaswara, 16 tahun (Sniper, Grenadier, Supporter)
3. Ryzen – Muhammad Albi (Rusher), 17 tahun
4. MiCROBOY – Nizar Lugatio, Umur Rahsia (Rusher, Supporter)

Dengan kejayaan bergelar juara dunia ini, Bigetron Red Aliens(BTR) membawa pulang wang tunai sebanyak $180,000 bersamaan RM751,770 kalau dalam rupiah gini la digitnya IDR2,535,453,000 terus jadi billionaire.

Secara keseluruhannya Bigetron Red Aliens(BTR) membawa pulang wang kemenangan $205,000 dicampur dengan 5 kali Winner Winner Chicken Dinner yang menawarkan wang tuna $5,000 bagi setiap kemenangan.

Jumlah wang kemenangan $205,000 bersamaan duit Malaysia RM856,182.50 juga bersamaan dengan duit Indionesia IDR2,887,599,250. Hampir 3 bilion.

Kejohanan yang berlangsung selama 3 hari di Putra World Trade Centre(PWTC) berlangsung pada 29 November sehingga 1 Disember 2019 di mana kesemua 16 pasukan bertanding telah mengharungi 16 perlawanan.

Pada hari kedua Bigetron Red Aliens(BTR) sudah jauh meninggalkan pasukan di tempat kedua dan hampir mustahil untuk pasukan lain mengejar dan perlawanan pada hari terakhir sekadar perlawanan pelengkap jadual bagi Bigetron Red Aliens(BTR).

Sementara itu Zuxxy telah dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan(MVP) apabila mencatatkan kill tertinggi dalam kejohanan ini. Luar biasa.

Pasukan dari Asia Tenggara sangat menonjol dan mendominasi PUBG Mobile Club Open(PMCO) – Fall Split Global Finals 2019 apabila mencatatkan sekurang-kurangnya satu Winner Winner Chicken Dinner kecuali pasukan dari Malaysia Yoodoo GANK.

Wakil Malaysia, Yoodoo GANK menampilkan permainan agak menarik dan kurang bernasib baik dalam membaca circle yang membuatkan mereka sering terciduk awal untuk berada di kedudukan ke-11 dengan 105 mata.

Perebutan tempat kedua sangat sengit antara dua pasukan Thailand ILLUMINATE The Murder, Mega Esports dan pasukan dari China TOP Esports yang akhirnya menjadi milik pasukan dari China itu dengan kemenangan pada perlawanan terakhir.

ILLUMINATE The Murder berada di kedudukan terbaik untuk meraih tempat kedua namun terkeluar awal pada perlawanan terakhir, TOP Esports pula berjaya menyingkirkan Mega Esports untuk mendapat Winner Winner Chicken Dinner.

Dua pasukan Thailand di potong tang konar oleh pasukan China di saat akhir. TOP Esports membawa pulang $90,000 dan Mega Esports ditempat ketiga meraih $45,000 je.

Player Unknown’s Battle Grounds(PUBG) Mobile Club Open(PMCO) – Fall Split Global Finals 2019 menawarkan hadiah keseluruhan $2.5 juta dan untuk tahun 2020 hadian digandakan menjadi $5 juta.

Untuk menghadapi kejohanan dunia ini, Bigetron Red Aliens(BTR) telah melantik Boyka dari pasukan AROV yang terkenal dengan aksi bar-bar(merusuh) tanpa otak ketika perlawanan.

Dengan sentuhan Boyka atau nama sebenarnya Khairunnazri bin Masli, Bigetron Red Aliens(BTR) nyata berada ditahap yang lain dengan kecekapan kebijaksaan yang ada pada mereka.

Untuk tahun 2019 sahaja Bigetron Red Aliens(BTR) telah mengumpul hadiah wang kemenangan sebanyak $282,333 lebih kurang RM1.2 juta sahaja.

Umur 16-17 tahun dah kumpul RM1.2 juta bagi tahun 2019.
BACA:  PMPL SEA Grand Final: Yoodo GANK Ke Global League Mengiringi Team Secret