Thomas Muller telah mengkritik taktikal bertahan yang diterapkan oleh Joachim Low ketika kempen Euro 2020 yang agak mengecewakan untuk skuad Jerman.
Pemenang Piala Dunia 2014 itu telah tersingkir di pusingan 16 terbaik selepas dikejutkan dengan kekalahan 2-0 di tangan Jerman.
Kekalahan itu merupakan yang pertama dalam sejarah untuk skuad Jerman tewas kepada The Three Lions di pusingan kalah mati sejak dari 1966.
Conservative approach disappointed Thomas Müller: @FCBayernUS star @esmuellert_ criticizes @DFB_Team_EN’s tactics in the wake of @EURO2020 elimination. #FCBayern #GER https://t.co/1LWHvBCO1u
— Bavarian Football Works (@BavarianFBWorks) July 5, 2021
Dari empat perlawanan dalam saingan Euro 2020 ini, Jerman hanya memenangi satu perlawanan dengan mereka mencatatkan tujuh bolos walaupun bermain dengan lima pertahanan setiap permainan.
Muller turut dipersalahkan kerana terlepas peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan ketika Jerman ketika itu ketinggalan 1-0.
Thomas Muller misses the target entirely on a 1-on-1 chance with Jordan Pickford. Unbelievable. pic.twitter.com/7NfhuTYr0Q
— Matchday365 (@Matchday365) June 29, 2021
Beliau dengan terbuka menyatakan bahawa pendekatan yang diguna pakai oleh Jerman dalam kejohanan ini salah dan tidak berguna.
“Usaha kita untuk tidak bolos dengan menggunakan strategy kompak dan defensif sambil hanya tunggu dan lihat adalah punca mengapa kami gagal.”
Tulis bintang Bayern Munich itu di newsletter.
Thomas Müller says Germany's tactics are to blame for the national team's #EURO2020 exit. pic.twitter.com/mkMKrfBfDc
— DW Sports (@dw_sports) July 5, 2021
Di instagram, Muller telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada para penonton kerana beliau telah terlepas peluang keemasan untuk menjaringkan gol ketika bertemu England.
Peluang itu tiba betul-betul selepas Raheem Sterling membuka tirai jaringan untuk The Three Lions mendahului permainan di Wembley.
Muller kemudiannya telah dikeluarkan dan digantikan oleh Jamal Musiala ketika perlawanan masuk ke masa kecederaan dan beliau jelas kelihatan bengang ketika dipanggil untuk meninggalkan padang.
Jerman tewas dalam perlawanan itu, seterusnya mengesahkan bahawa mereka tersingkir dari kejohanan Euro 2020 dengan Muller terus kemarau gol selepas beliau tidak menjaringkan gol dari 15 penampilannya dalam pertandingan ini.
Walau bagaimanapun, Muller menegaskan yang beliau akan gunakan pengalaman negatif tersingkir dari saingan Euro ini untuk ditukarkan kepada aura positif yang akan dibawa ke skuad Bayern Munich musim hadapan.
Experts divided on future with @DFB_Team_EN for @FCBayernUS’s @esmuellert_ and @BlackYellow’s @matshummels https://t.co/zAtz3tXINM
— Bavarian Football Works (@BavarianFBWorks) July 5, 2021
“Saya selalu akan mengubah sesuatu hal yang mengecewakan seperti ini kepada sesuatu tenaga positif untuk saya.”
“Seperti kebiasaannya, saya mahu dan saya perlu buktikan kepada diri saya sendiri. Saya secara am nya mempunyai motivasi dan cita-cita untuk capai kejayaan.”
Jika Muller meletakkan kesalahan di atas taktikal bertahan yang diamalkan oleh Joachim Low, rakan sepasukannya, Toni Kroos pula bising menyalahkan peminat yang tidak menghargai beliau.
Pemain midfield Jerman, Toni Kroos telah ditemu bual buat pertama kali selepas beliau mengumumkan untuk bersara dari saingan bola sepak antarabangsa.
Hal pertama yang beliau bincangkan adalah dengan mengkritik para penyokong Jerman yang tidak pandai menghargai bakat beliau.
BREAKING: 2014 World Cup-winning midfielder Toni Kroos announces his retirement from international football after winning 106 caps for Germany 🇩🇪 pic.twitter.com/4mEt192TZx
— B/R Football (@brfootball) July 2, 2021
Sehari selepas tersingkirnya Jerman dari saingan Euro 2020, bintang Real Madrid itu telah mengumumkan tentang persaraan beliau dari pentas bola sepak antarabangsa.
Terbaru, Kroos telah ditemu bual oleh BILD dan beliau telah menjelaskan tentang mengapa dirinya membuat keputusan untuk meninggalkan skuad kebangsaan Jerman.
sepanjang kariernya di pentas bola sepak antarabangsa, Kroos telah membuat 106 penampilan dalam tempoh 11 dan membantu negaranya untuk memenangi gelaran Piala Dunia pada tahun 2014.
Walau bagaimanapun, Kroos percaya kebanyakkan peminat tidak sedar betapa bagusnya beliau dan tidak pandai menghargai bakat pemain.
Dalam temu bual tersebut, Kroos mendedahkan bahawa:
🎙| Toni Kroos: “I don't want to accuse anyone in Germany because there are many fans who appreciate me, but sometimes I had the feeling that some did not appreciate what I did in my 11 years. In Spain it’s different, everyone is grateful since my first game in the last 7 years.”
— Madrid Xtra. (@MadridXtra) July 3, 2021
“Saya tak mahu tuduh sesiapa di Jerman kerana ramai antara mereka yang menghargai saya, tapi ada masa saya rasa macam axa yang tak menghargai perjuangan saya selama 11 tahun ini.”
“Di Sepanyol ia berbeza, semua orang berbangga dengan saya sejak perlawanan pertama saya 7 tahun lalu.”
🎙️ | Toni Kroos: "I don't want to accuse everyone in Germany because there are many fans who appreciate me, but sometimes I had the feeling that some don't appreciate what I did during my 11 years with Germany. In Spain it's different, everyone is grateful from my first game." 🇩🇪 pic.twitter.com/IiRDF5kQlh
— Blancos Central (@BlancosCentral) July 3, 2021
Kroos mengumumkan keputusannya itu menerusi satu muat naik yang menyentuh hati di media sosial dengan menyatakan:
“Saya beraksi bersama Jerman sebanyak 106 kali. Tapi selepas ini tidak akan ada lagi.”
“Saya ada pengharapan yang tinggi, dan saya sudah memberikan segalanya, saya sepatutnya akan habiskan karier antarabangsa dengan 109 perlawanan dan memenangi Piala yang besar, European Championship, yang sepatutnya jadi penamat kepada karier saya.”
Germany had been trash for 3 years but yea let’s blame Thomas Muller for everything cos missed one chance. Lol the same Muller they so badly forced to play through injury to help them draw Hungary. Lol https://t.co/q7nUHgkPqz
— Nii-Meliodas (@Certified_RNA) July 5, 2021
“Saya sudah buat keputusan untuk berhenti selepas kejohanan ini sejak lama dahulu lagi. Ia sangat jelas untuk saya terangkan, yang mana saya tidak akan terlibat dengan Piala Dunia 2022 di Qatar.”
“Terutama sekali kerana saya mahu beri tumpuan pada matlamat saya bersama Real Madrid untuk tempoh beberapa tahun ke depan. Sebagai tambahan, bermula sekarang saya boleh membiasakan diri saya untuk tidak terlibat dengan skuad kebangsaan selepas 11 tahun saya melakukan hal tersebut.”
A legend checks out of the international game 👏
– 106 caps
– 17 goals
– World Cup winnerToni Kroos calls time on his Germany career 🇩🇪 pic.twitter.com/Ltohq0CRo0
— Football on BT Sport (@btsportfootball) July 2, 2021
“Dan tambahan pula, sebagai suami dan seorang ayah, saya juga mahu sentiasa ada bersama isteri dan tiga anak saya.”
“Ia merupakan satu kebanggaan kepada saya untuk memakai jersi ini dalam tempoh yang cukup lama. Saya lakukannya dengan bangga dan bersemangat.”
“Terima kasih kepada semua peminat dan penyokong yang ada dan terus menyokong saya dengan tepukan dan sorakan. Dan terima kasih atas semua kritikan yang diberikan kerana ia memberi motivasi kepada saya.”
Bekas pengurus RB Leipzig, Julian Nagelsmann yang kini baru berusia 33 tahun akan menjadi pengurus baharu untuk skuad Bayern Munich musim hadapan.
Bierhoff: "Hansi Flick will have a free hand. It's up to him to choose players and choose a strategy. He's someone who also likes to incorporate young players and develop them. He will have the opportunity to present his philosophy and tactics in concrete terms when we meet." pic.twitter.com/aD2O1I5iHT
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) June 30, 2021
Beliau dilantik sebagai pengurus Bayern selepas Hansi Flick dipilih untuk menggantikan, Joachim Low sebagai pengurus skuad kebangsaan Jerman yang baru.
Hansi Flick akan menjadi pengurus baharu Jerman dan beliau kini mahu memberi tumpuan untuk mempersiapkan skuadnya bagi menghadapi saingan Piala Dunia 2022 di Qatar nanti.
Sumber: SB