Joachim Low Dedah Beliau Terlalu Rindukan Mesut Ozil

Pengurus Jerman, Joachim Low yang ketika ini sedang mengharungi hari-hari terakhir beliau sebagai jurulatih Juara Piala Dunia 2014 itu akhirnya telah membuka mulut tentang perhubungan antaranya dengan Mesut Ozil.

Low sebenarnya sangat kecewa dan terkilan kerana beliau masih belum sempat untuk bersemuka dengan Ozil selepas bekas bintang Arsenal itu memutuskan untuk bersara daripada pentas bola sepak antarabangsa pada tahun 2018 lalu.

Pengurus Jerman itu sebelum ini tidak pernah membuka mulut untuk menceritakan apa-apa hal berkait Mesut Ozil.

Beliau sebenarnya sangat berterima kasih kepada Ozil kerana menjadi pemain perancang terbaiknya ketika membantu Jerman menjuarai Piala Dunia 2014.

Low baru-baru ini mendedahkan yang keputusan Mesut Ozil untuk mengundurkan diri dari skuad kebangsaan Jerman selepas Piala Dunia 2018, merupakan satu hal yang sangat mengecewakan beliau.

Low turut menyatakan yang beliau sebenarnya tidak berpeluang lagi untuk bercakap dengan Ozil pada ketika bintang Fenerbahce itu membuat keputusan untuk bersara secara mengejut.

Mesut Ozil jelas merupakan antara pemain perancang terbaik dalam sejarah karier pengurusan Low bersama skuad kebangsaan Jerman, dan hingga kini masih tiada pemain yang boleh menandingi kebolehan dan kemampuannya.

Bekas bintang Arsenal dan Real Madrid itu merupakan pemain yang paling banyak mencatatkan assists untuk Jerman dan membantu Low dalam membina skuad Juara Dunia.

Low dalam kenyataannya baru-baru ini, beliau telah menyatakan bahawa:

“Mesut memutuskan untuk meninggalkan skuad kebangsaan tanpa berunding dengan saya terlebih dahulu, ia merupakan satu kekesalan terbesar dalam hidup saya.”

“Waktu itu akan tiba juga dan kami akan berjumpa dan berbual bersama. Pada satu masa nanti, ia pasti akan berlaku dan kami akan bercakap serta meluahkan apa sahaja yang kami mahu dan meletak tepi segala masalah yang pernah berlaku.”

Ozil yang merupakan nadi penting dalam skuad Jerman itu sebenarnya berketurunan Turki dan beliau sebelum ini dikatakan telah menjadi mangsa serangan berunsur perkauman yang teruk dari para penyokong Jerman.

Selepas aksi hambar yang dipamerkan oleh skuad Jerman dalam saingan Piala Dunia 2018, penyokong tidak henti-henti menyerang Ozil dan kerana itu beliau memutuskan untuk bersara sahaja dari saingan bola sepak antarabangsa.

Kedudukan Ozil dalam skuad kebangsaan Jerman dipertikaikan oleh para peminat dan ia telah mencetuskan perdebatan yang hangat sesama mereka.

Ozil kemudiannya menulis surat perletakkan jawatan dan bersara terus dari skuad kebangsaan Jerman dek kerana beliau merasakan Persatuan Bola Sepak Jerman juga mempunyai masalah berkait isu perkauman.

“Saya sudah tidak mahu menjadi kambing hitam lagi, ia kerana ketidakcekapan dan ketidakupayaan (Reinhard Grindel) dalam melakukan tugasnya dengan lebih baik.”

Bintang berusia 29 tahun itu turut mendakwa yang Grindel juga sebenarnya bertindak dalam memainkan isu perkauman yang berlaku terhadapnya.

Ozil pada ketika itu telah mengeluarkan kenyataan yang agak beremosi dengan menyatakan:

“Saya seorang rakyat Jerman jika kami menang, tetapi saya adalah pendatang bagi mereka ketika kami kalah.”

Low sebelum ini turut menyatakan yang beliau pernah mencuba untuk bercakap dengan Ozil pada September 2018, yang mana bintang Fenerbahce itu masih beraksi bersama Arsenal.

Namun Low tidak mendedahkan apa yang berlaku ketika itu dan tidak menceritakan apa-apa berkait hal tersebut.

Beliau sebolehnya mahu tetap mendaftarkan nama Ozil ke dalam skuadnya, namun pemain itu sendiri dengan tegas menolak untuk tidak mahu membuat penampilan lagi bersama skuad Jerman.

Ozil merupakan nadi penting ketika membantu Jerman memenangi Piala Dunia 2014 dan Low menganggap beliau merupakan pemain yang terhebat dalam sejarah bola sepak Jerman.

Ozil sebenarnya lebih terkesan dek kerana ada tokoh bola sepak Jerman sendiri yang memperlekehkan beliau terutama sekali Presiden Bayern Munich pada ketika itu, Uli Hoenes.

Sebelum bermulanya Piala Dunia, bekas pengurus pasukan Jerman, Oliver Bierhoff telah mendesak agar Joachim Low menyingkirkan Ozil dari senarai skuadnya.

Hal itu tercetus selepas tularnya gambar Ozil sedang bertemu dengan Presiden Turki ketika kedua-dua mereka bertemu di England.

Ozil jelas berasa kecewa dan mengumumkan persaraan beliau dengan menganggap dirinya sebagai kambing hitam atas kegagalan DFB dalam pengurusan mereka.

Ozil juga jelas tidak gembira dengan segala kritikan yang beliau terima dengan beliau tidak teragak-agak untuk mengakui dirinya merupakan manusia berdarah Turki.

Di kala kebanyakkan peminat terkejut dan berduka dengan berita tersebut, Presiden Bayern Munich itu menyambut hal tersebut dengan penuh kegembiraan.

“Saya gembira sebab akhirnya segala perasaan takut ini akan hilang. Dia bermain seperti sampah dalam beberapa tahun kebelakangan ini.”

“kali terakhir dia membuat bentesan bersih adalah ketika Piala Dunia 2014. Dan kini persembahan dia sangat sampah, dia hanya bersembunyi di sebalik siapa diri dia sendiri.”

“Setiap kali Bayern Munich bertemu Arsenal, kami akan menyerang dari arah dia, sebab kami tahu dia adalah kelemahan utama untuk pasukan dia.”

“Dia ada 35 juta pengikut yang meminati dia, yang tak pernah hidup di bumi nyata dengan mengatakan dia adalah pemain yang bagus.”

“Pembanggunan di negara kita (Jerman) kini merupakan satu malapetaka. Anda perlu kembali kepada asas yang pertama.”

“Dan dari sudut pandangan dalam aspek sukan, Ozil tidak mempunyai tempat dalam pasukan kebangsaan dalam tempoh bertahun-tahun.”

Bak kata pepatah, habis madu sepak dibuang. Ozil telah membuat 92 penampilan bersama skuad Jerman dengan menjaringkan 23 gol sepanjang tempoh tersebut.

Beliau merupakan pemain yang paling banyak memenangi anugerah pemain terbaik Jerman.

“Pada satu ketika nanti, kami akan membincangkan banyak perkara bersama. Kenangan itu juga akan jadi kenangan manis untuk kami.”

Jelas Low yang dilihat begitu sedih mengenangkan hal yang telah dilalui oleh Ozil.

Sumber: Infobae

: Goal

BACA:  Emery: Ozil Mungkin Jadi Kapten Tetap Arsenal