“Mungkin Kena Tunggu 4000 Tahun” – Liridon Menganjing Andy Penders Yang Ternantikan Stadium Shah Alam Siap

“Tunggulah sampai 4,000 tahun.” Demikianlah komen pemain naturalisasi negara Liridon Krasniqi terhadap perkongsian wartawan bebas dan persendirian, Andy Penders yang ternanti-nantikan Stadium Shah Alam yang baharu siap dibina.

Melalui satu muat naik di media sosial Andy Penders yang juga merupakan seorang producer berkongsi illustrasi artis Stadium Shah Alam yang baharu.

“Ini [stadium] bakal menjadi stadium kegemaran saya sekiranya ia menggantikan [Stadium] Shah Alam,” tulis Andy.

Dengan tidak semena-mena perkongsian tersebut turut disampuk oleh Liridon yang berkata: “Mungkin kena tunggu 4000 tahun.”

Sebelum ini Kompleks Sukan Shah Alam baharu yang dibangunkan oleh Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) dijangka mula dibina antara Februari hingga April ini.

Stadium Shah Alam yang baharu itu adalah antara 35,000 hingga 45,000 penonton, lebih rendah berbanding kira-kira 80,000 penonton sebelum ini.

Bakal menjadi stadium tercanggih di negara ini sekiranya menjadi kenyataan, pelan pembangunan semula membabitkan bahagian perumahan, rekreasi dan komersial, iaitu pusat beli-belah bertemakan sukan dan hotel serta hab transit yang bersambung dengan stesen Aliran Transit Ringan 3 (LRT3).

Stadium baharu itu turut akan menampilkan lapisan seramik etilena tetrafluoroetilena (ETFE) sebagai bumbungnya dan peredaran udara sejuk di bawah tempat duduk yang memberikan kestabilan haba.

Lebih menarik, terdapat juga padang bola sepak boleh alih atau ‘retractable’ bagi memudahkan transformasi daripada arena sukan kepada mod serbaguna untuk acara-acara lain.

Bagaimanapun sehingga kini tidak dapat dipastikan apakah status pembinaan semula stadium tersebut yang sepatutnya sudah bermula.

BACA:  Liridon Dikecam Penyokong Terengganu Selepas Gagal Sempurna Penalti