Liridon Dikecam Penyokong Terengganu Selepas Gagal Sempurna Penalti

Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi menerima kecaman penyokong Terengganu FC selepas pemain kelahiran Kosovo itu gagal menyempurnakan sepakan penalti di dalam aksi menentang KL City di separuh akhir Piala FA  di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada malam tadi.

Perlawanan tersebut terpaksa ditentukan melalui penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan walaupun selepas tamat masa tambahan.

Sepakan Liridon dianggap lemah sehingga   memudahkan bola ditepis oleh penjaga gol KL City, Azim Al Amin.

Walhal sepatutnya pemain yang berstatus pinjaman dari JDT itu sepatutnya memanfaatkan peluang pada ketika itu setelah sepakan penalti pemain import KL City, Marko Zirdum berjaya diselamatkan oleh penjaga gol TFC.

Kegagalan Terengganu menewaskan KL City di tempat sendiri membenarkan lawan mereka itu mara ke perlawanan akhir buat kali ketiga di dalam tempoh tiga tahun setelah turut mara dan muncul juara Piala Malaysia pada 2021, dan perlawanan akhir Piala AFC (2022).

Kali terakhir KL City mara ke perlawanan akhir Piala FA adalah pada 1999 – dan pada ketika itu skuad warga kota turut menundukkan Terengganu melalui penentuan sepakan penalti.

Setelah mengecewakan kira-kira 20,000 penyokong tuan rumah, Liridon turut mendapat cemuhan di media sosial yang tidak berpuas hati dengan prestasi pemain itu.

“Bayor gaji samah mahal kalu tendang tare tu,” tulis seorang pengguna Twitter @ippey27.

“Si bodoh ni lebih pada gaya je,” komen @idinhaluu sambil berkongsi video kegagalan pemain kelahiran Kosovo itu.

Seorang lagi pengguna Twitter, @danielsham berkata: “aku dok ahu la bakpe gi susun bale ni awal awal, mintah ada, faiz nasir ada fresh leg lagi, ayam ni sepak macam ke dok makang setahun 🥴 wohhh serabuk pale tengok bola gini, saje je full house malam ni dok layok final pun.”

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner meluahkan rasa kecewa ketika sidang media selepas perlawanan kerana pemain pasukan itu takut dan mengelak daripada mengambil tugasan penalti.

“Bila saya tanya siapa nak ambil penalti, kebanyakkan mereka kata tidak. Takut. Ini benda yg tak bagus. Kena percaya kepada diri, ambil tanggungjawab & sepak. Saya tanya Jordan Mintah, dia taknak. Saya tanya Faiz Nasir, dia taknak.

Mungkin kerana ketiadaan pemain lain, harapan kemudiannya disandarkan kepada Mat Don. Tapi itulah.

BACA:  "Saya Gembira Dia Sudah Vaksin" - Bojan Gembira Daniel Ting Kembali Ke Liga Super