Zhafri Yahya Berjaya Jaringkan Gol Yang Sungguh Dasyat Bertemu Penang FC

Pemain penyerang KL City FC, Zhafri Yahya berjaya menjaringkan gol yang sungguh luar biasa dasyat ketika aksi bertemu Penang FC malam semalam.

Tidak dinafikan lagi yang gol tersebut sememangnya sungguh cantik dan luar biasa dasyat.

Gol itu turut berjaya membantu KL City FC mencatatkan kemenangan 3-2 menewaskan Penang FC, seterusnya meletakkan mereka di kelompok lima teratas dalam carta saingan Liga Super musim ini.

KL City FC ketika ini sedang mengumpul 12 mata selepas mengharungi lapan perlawanan dan jelas sekali mereka pada musim ini mahu berusaha sehabis baik untuk mengakhiri saingan musim ini di kedudukan terbaik.

Penang FC sementara itu terus bergelut di kedudukan tercorot dalam carta saingan liga dengan mereka pada ketika ini hanya mampu mengumpul tiga mata sahaja.

Zhafri Yahya berjaya menjaringkan gol pada minit ke-78 permainan, seterusnya membantu KL City FC untuk mendahului perlawanan dengan keputusan 3-0.

Harus diakui yang gol tersebut sememangnya mempunyai kualiti tersendiri dan ia jelas sekali antara gol tercantik sepanjang musim ini.

Bermula dengan sepakan penjuru dari Paolo Josue yang kemudiannya ditumbuk keluar oleh Khatul Anuar, bola tersebut tiba betul-betul di depan muka Zhafri Yahya.

Pemain penyerang KL City FC itu kemudiannya terus melepaskan rembatan dengan teknik voli scissors kick dari luar kotak penalti untuk menggegar jaring gawang gol Penang FC.

Tidak dinafikan yang gol itu layak dianggap sebagai gol berkelas dunia dan berkualiti tinggi dan ia sememangnya layak dicalonkan sebagai calon penerima anugerah gol tercantik musim ini.

Teknik yang super mantap itu berjaya digunakan dengan sempurna oleh Zhafri Yahya dan harus diakui gol itu sememangnya sungguh luar biasa dasyat.

Para peminat jelas sekali sangat teruja melihat gol tersebut dengan kebanyakkan dari mereka tampil menghamburkan pujian menggunung kepada Zhafri Yahya atas kejayaan beliau meledak gol yang cantik dan menakjubkan itu.

“Kalau ada anugerah “puskas malaysia” nice jugak”

“Sememangnya layak diberi peluang untuk menyarung jersi Malaysia !”

“Submit puskas. Belajar english sesiap martt”

“Goal of the season”

“Mcm biasa camera x cukup angel utk tgk goal cantik mcm tuuu”

KL City FC berjaya membuka tirai jaringan mereka dalam perlawanan ini pada minit ke-43 permainan menerusi J.Partiban.

Dek kerana berlakunya keadaan huru-hara di hadapan gawang gol Penang FC, Partiban berjaya memanfaatkan kesempatan tersebut untuk menewaskan Khatul Anuar seterusnya menjaringkan gol pertama KL City FC.

Penang FC jelas sekali berada di tahap yang agak tidak baik pada ketika ini apa lagi selepas mereka baru sahaja kehilangan Thomas Trucha yang dipecat oleh pihak kelab sebelum ini.

Trucha dipecat oleh pimpinan kelab selepas anak-anak buahnya mempamerkan aksi persembahan yang sangat teruk dari enam perlawanan awal mereka musim ini.

Manzoor Azwira yang kini merupakan pengendali kelab telah membuat perubahan ketara dengan beberapa pemain utama di bawah kendalian Trucha dilihat tiada dalam kesebelasan utama.

Ada antara mereka yang terpaksa diketepikan kerana dibelenggu masalah kecederaan seperti Casagrande dan Rafael Vitor selain Christian Rotini turut terpaksa diketepikan kerana beliau kini terlibat dengan Sukan Sea di Vietnam.

Hal itu jelas sekali memberi kesan kepada perancangan Manzoor Azwira seterusnya menggagalkan usaha beliau mahu meraih kemenangan dalam perlawanan tersebut.

Gol kedua KL City dalam perlawanan ini berjaya dijaringkan oleh Romel Morales pada minit ke-55 permainan untuk bantu KL City FC mendahului 2-0.

Penang FC walau bagaimanapun hampir sahaja melakukan comeback dalam perlawanan ini namun malangnya mereka hanya mampu meledak dua gol sahaja sebelum wisel penamat dibunyikan.

Endrick dos Santos dan Hilal El-Helwe berjaya menjaringkan gol pada minit ke-80 dan 87 permainan untuk mengubah kedudukan menjadi 3-2.

Sumber: MFL

BACA:  Liga Super 2021: Penang FC 0-3 JDT