Liga Super 2021: Penang FC 0-3 JDT

Perlawanan yang menarik minggu ini di Liga Super sudah tentu antara JDT yang kembali mendapat rentak kemenangan bertemu pendatang baru Liga Super, Penang FC dengan corak permainan berdisiplin tinggi.

Perlawanan ini berlangsung di Stadium Bandaraya Pulau Pinang menyaksikan tiket habis dijual dalam tempoh yang singkat seperti pisang goreng panas tapi tidak sepanas hati Casagrande.

Penang FC diselebungi kontroversi selepas admin laman muka buku rasmi Penang FC telah membabikan seorang pengomen yang melontarkan komen yang kuran sopan.

Safawi Rasid membuka tirai permainan di Stadium Bandaraya pada minit ke-15 selepas melakukan penyudah yang tenang apabila menerima hantaran gelembung buaya.

Anak kelahiran Terengganu ini kembali menemui sentuhan gol selepas kembali dari kecederaan.

Dua minit sebelum tamat permainan separuh masa pertama Bergson Gustavo Silveira da Silva telah melakukan satu turn cantik menyudahkan hantaran S. Kunalan untuk gol kedua.

Mohamadou Sumareh hanya memerlukan enam minit dipadang masuk dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol ketiga JDT dengan satu rembatan padu.

Gol berpunca daripada rembatan deras Bergson Gustavo Silveira da Silva dari luar kotak penalti yang ditepis lemah oleh penjaga gol Penang, Bryan See Tian Keat lalu disambar Sumareh.

Ketinggalan tiga gol Penang FC masih tampak tenang dan yakin memegang bola dengan penuh berdisiplin sambil merencanakan serangan demi serangan.

Sheriddin Boboev telah melakukan satu rembatan lencong yang sangat cantik dari ruang sempit namun terkena tiang rembatan susulan pula berjaya dihadang oleh Farizal Marlias.

Itulah serangan terbaik yang dilakukan Penang FC dalam perlawann ini.

Berpunca dari sepakan penjuru Endrick dos Santos Parafita cantik ditanduk masuk oleh Casagrande yang mungkin boleh menjadi gol kebangkitan.

Namun gol tersebut dibatalkan oleh pengadil perlawanan kerana di mata pengadil ada kekasaran. Agak pelik dan meragukan keputusan pengadil.

Keputusan pengadil adalah muktamad dan Casagrande dilayangkan kad kuning kerana membantah keputusan itu.

Sambil tenang meminum air ketika pemain JDT mengalami kecederaan entah apa yang disembangkan Casagrande dengan pengadil sehingga dilayangkan kad kuning kedua.

Kad merah untuk Casagrande dan serta merta diarahkan keluar padang.

Perlawanan terus panas dan kali ini ‘Jurgen Klopp Penang Mari’ dari Republik Czech, Tomas Trucha yang merupakan jurulatih Penang FC dilayangkan kad merah.

Perlawanan terus panas dengan aksi kekasaran dan keputusan pengadil nyata mengoyakkan mental pemain Penang FC.

Akhirnya perlawanan tamat dengan kedudukan 3-0 kekal hanya layangan kad merah dan kad kuning yang bertambah-tambah.

Keputusan pengadil nyata merencatkan perlawanan minit-minit akhir yang pada mulanya semakin menarik.

Tiga mata penuh dibawa pulang JDT untuk terus menjarakkan kedudukan dipuncak liga dengan enam mata dan boleh dikurangkan jarak mata itu oleh Kedah Darul Aman FC dan Terengganu FC.

BACA:  JDT Semakin Hampir Untuk Tandatangani Penjaring Terbanyak Liga Thailand Musim Lepas