Gaya Permainan Liridon Memang Macam Tu – Razman Roslan

Aksi longlai tidak meyakinkan pemain legenda Kedah, Liridon Krasniqi antara topik yang menjadi perbincangan dikalangan peminat bola sepak tanah air selepas Kim Pan Gon mencatatkan kemenangan dalam debutnya.

Malaysia mempamerkan aksi penuh meyakinkan dan sangat menarik untuk ditonton terutamanya dibabak pertama dan tempoh 10 minit awal permainan teramat menarik dengan gol terhasil pada minit ketiga.

Dua gol terhasil dalam tempoh 24 minit permainan dan kedua-dua jaringan dari Akhyar Rashid itu kekal hingga tamat perlawanan dan seakan memberi sinar baru kepada bola sepak Malaysia.

Liridon Krasniqi masuk pada separuh masa kedua menggantikan pemain tengah terpower ketika ini, Safiq Rahim bersama dua lagi pertukaran yang lain secara serentak.

Permainan untuk tempoh 45 minit kedua tidaklah selancar pada separuh masa pertama walaupun Harimau Malaya terus menekan Filipina.

Peluang tetap ada dan dicipta namun gagal disudahkan dengan jaringan gol. Kerana masuk menggantikan Safiq Rahim, sudah pasti Liridon Krasniqi akan dibandingkan.

Liridon masih Liridon yang dulu kala, gemar memegang bola dengan sentuhan yang berlebihan, gentel sana-sini yang membuatkan serangan terbantut.

Ditambah pula dengan hantaran-hantaran yang kelaut dan tidak menemui rakan yang berada di atas.

Selepas perlawanan pengulas Astro Arena yang menjemput Razman Roslan dan Asmawi Bakiri telah membincangkan topik ‘Kemasukan Liridon tidak bawa perubahan.’

Razman Roslan telah ditanya oleh Keesh yang juga dikenali sebagai Mat Stats:

“Aku sebenarnya ada soalan nak tanya kat Razman. Razman dulu pernah bermain bersama Liridon, satu team di Melaka kan? Berdasarkan Razman kenal Liridon berdasarkan perwatakan dia, kebolehan dia sebagai seorang pemain, Wajar atau tidak Kim Pan Gon ataupun kita masih lagi ada masa untuk Liridon ubah style permainan dia atau pun dengan umur dia, benda tu sebenarnya dah tak logik untuk kita harap?”

Razman Roslan dengan jujur dan selambanya menjawab:

“Sebenarnya cara permainan dia memang macam tu. Memang style dia macam tu. Tapi masa di Melaka, dia bermain dengan Safik Rahim, jadi mungkin cara permainan mereka, Safik mungkin ada forward run tapi cara permainan, teknik mereka sama. Mereka selesa dengan bola.”

“Tapi Liridon ni jenis, yelah macam, mesti nak tarik, mesti nak beat orang dan itu yang menyebabkan dia tak sesuai saya rasa, dia tak sesuai dengan kelajuan ataupun pemain-pemain yang laju yang kita ada dalam national team.” Ujar Razman lagi.

Gaya permainan dipamerkan Liridon Krasniqi adalah sama seperti mana beliau beraksi di Kedah suatu ketika dahulu dan Abang Botak juga menyatakan sedemikian juga.

Asmawi Bakiri sambil memicit dahi turut memberi pandangan beliau mengenai Liridon yang menyentuh isu hantaran yang tak jadi.

“Kalau part Liridon ni, kita tengok tadi. Yang menjadi isu dan ada masalahnya apabila dia ada bola, mengawal bola, dia punya last hantaran tu semua sebenarnya tak jadi tadi.”

“Semua tak jadi, mungkin 6, 7, 8 tu hantaran dia yang ke depan ke depan tu seolah-olah macam Razman cakap tadi, kenapa nak pergi hantar, tak payah la hantar buat la passing.”

Razman kemudian mencelah:

“Kita tertunggu apa dia punya kesilapan yang dia nak buat.”

Asmawi kemudian menambah:

“Saya rasa benda ni betul, cuma pendekatan, corak permainan sahaja yang dia kena ubah, selalunya benda itu dekat dia nak dribble tu nak buat lari bola.”

“Tapi kali ini,benda tu (dribble) kurang tapi yang dia buat mistake tu, dia ambil bola dia buat hantaran tu tak jadi, tak sampai tak jadi.”

Bagi Asmawi itu merupakan kesilapan individu yang ada dilakukan Liridon dan tidak berkait dengan corak permainan pasukan dan kerjasama berpasukan.

Dengan kata lain permainan dari Liridon tidak menjadi, sedaya upaya Liridon cuba kurangkan bergelek sana-sini seperti biasa dan memilih untuk membuat hantaran namun tidak menjadi.

Mungkin corak permainan pantas yang diterapkan oleh Kim Pan Gon tidak sesuai dengan Liridon yang gemar melakukan sentuhan berlebihan yang memperlahankan permainan.

Atau mungkin juga ada arahan daripada Kim Pan Gon untuk mengurangkan intensiti permainan diseparuh masa kedua kerana sudah mendahului dua gol.

Tidak salah untuk Kim Pan Gon menurunkan Liridon kerana ini perlawanan persahabatan yang menjadi medan sesuai untuk bereksperementasi dan bukan di perlawanan sebenar.

BACA:  Kelayakan Piala Asia 2023: Turkmenistan 1-3 Malaysia