Padang Latihan Liverpool Jadi Saksi Pertemuan Semula Wenger Dan Chamberlain

Padang latihan Liverpool menjadi saksi pertemuan semula Arsene Wenger dengan Oxlade-Chamberlain pada minggu ini, dengan bekas pengurus Arsenal itu hadir untuk melawat dan menyampaikan sesuatu.

Tun Wenger pergi ke padang latihan The Reds untuk menyampaikan anugerah FIFA kepada pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dan beberapa pemain terpilih.

Oxlade-Chamberlain, Trent Alexander Arnold dan Andy Robertson ketika itu sedang berjalan memasuki padang, dengan pemain midfield itu segera pergi ke arah bekas pengurusnya.

Wenger ketika melihat Chamberlain berjalan ke arahnya, beliau segera menunjuk isyarat seolah meminta dipeluk dan kedua-dua mereka dilihat melepaskan rindu masing-masing.

Wenger merupakan individu penting yang menaikkan karier Chamberlain, dengan beliau menandatangani bintang England itu dari Southampton ke Arsenal.

Dalam video yang tular itu juga, individu yang menemani Wenger itu telah memberitahu Chamberlain bahawa bekas pengurusnya itu memerhatikan persiapan beliau menjelang aksi bertemu Chelsea pada hujung minggu ini.

Wenger turut memberitahu pemain berusia 28 tahun itu yang beliau dilihat dalam keadaan baik pada ketika ini dan nampak sudah cukup bersedia untuk diturunkan.

Sangat menakjubkan untuk melihat legenda berusia 71 tahun itu kembali ke padang latihan, dengan beliau ketika ini bertugas sebagai Chief of Global Development untuk FIFA.

Beliau berkunjung ke AXA Training Centre di Merseyside untuk menyampaikan anugerah kepada Alisson Becker, Trent Alexander Arnold, Virgil Van Dijk dan Thiago Alcantara sebagai tanda mereka terlibat dengan 2020 FIFA FIFPro Mens World11.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp pula diberikan anugerah sebagai pengurus lelaki terbaik FIFA untuk tahun 2020.

Oxlade-Chamberlain yang baru sahaja menjadi seorang bapa sangat berharap agar beliau mampu menyumbang sesuatu untuk Liverpool pada musim ini.

Beliau sebelum ini kerap diketepikan kerana sering dibelenggu masalah kecederaan, yang mana beliau turut berdepan masalah sama ketika kariernya bersama Arsenal dari tahun 2011 hingga 2017.

Chamberlain sendiri tentunya teruja dengan dua pengurus terbaik dan paling berpengaruh dalam kariernya berada di padang latihan bersama dengannya.

Oxlade-Chamberlain pernah memenangi tiga kali gelaran FA Cup ketika beraksi di bawah kendalian Arsene Wenger sebelum beliau menyertai Liverpool pada tahun 2017 yang lalu.

Bersama Jurgen Klopp, beliau berjaya memenangi Champions League, Super Cup, FIFA Club World Cup dan terbaru beliau turut berjaya menjulang gelaran Premier League bersama Liverpool.

Chamberlain sebelum ini dibelenggu masalah kecederaan lutut, dan beliau kemudiannya turut berdepan dengan beberapa siri kecederaan lain.

Selepas ketiadaan Wijnaldum, Chamberlain berkemungkinan akan berpotensi untuk kembali tersenarai dalam kesebelasan utama Liverpool.

Ketika aksi bertemu Norwich pada awal pembukaan saingan liga musim ini, Chamberlain telah diturunkan dalam kesebelasan utama Liverpool, sebelum digantikan oleh Fabinho pada aksi babak kedua permainan.

Beliau kemudiannya diketepikan ketika aksi bertemu Burnley pada hujung minggu lalu, dan dijangka akan disenaraikan dalam senarai skuad yang bakal bertemu Chelsea minggu ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Unai Emery Dilantik Menjadi Pengurus Arsenal Yang Baru