Tidak dapat dinafikan bahawa sepanjang 12 bulan yang lalu adalah fasa yang menarik buat pemain tengah muda Barcelona dan Sepanyol, Pedri.
Tiba di Nou Camp dari kelab divisyen dua Las Palmas dan berjaya menempatkan diri dalam pasukan utama pada usia 17 tahun, dia mendapat pujian daripada ramai rakan pemain termasuk Lionel Messi dan Sergio Busquets.
Lebih manis, musim debut bersama kelab Catalan tersebut disudahi dengan kejayaan menjulang Copa del Rey.
Pedri in 2020-21:
5,476mins across 76 games for Spain & Barcelona, including #EURO2020 semi-final & Olympics final.Then he played 90mins in #FCB’s first league game of 2021-22.
Surely it’s time to give the 18yo prodigy a break?
📝 @dermotmcorriganhttps://t.co/D9Y7m881ug
— The Athletic UK (@TheAthleticUK) August 18, 2021
Pada bulan September tahun lalu, dia mendapat panggilan pertama untuk menyarung jersi Sepanyol dengan memperkuatkan pasukan bawah-21 negara tersebut, kemudian dia mendapat kepercayaan daripada Luis Enrique untuk menjadi pemain tonggak skuad senior dalam kempen Euro 2020 di mana dia bermain hampir setiap minit buat pasukan La Furias Rojas, sehingga dinamakan sebagai pemain muda terbaik kejohanan.
Sebaik tamat Euro, Pedri dibawa pula ke Tokyo untuk mewakili pasukan bawah-23 negaranya untuk bertanding dalam sukan Olimpik, dan dia bersama rakan sepasukan berjaya pulang dengan pingat perak.
Cerita perjalanan karier pemain ini sangatlah padu sepanjang tempoh 12 bulan yang lalu.
Tiada pemain yang bermain lebih banyak perlawanan berbanding Pedri sepanjang setahun ini dan tahap permainan yang dipamerkannya juga sangatlah menakjubkan.
Akan tetapi, yang tak eloknya adalah permintaan untuk menggunakan kudrat pemain ini sangatlah tinggi.
Hanya lapan hari selepas musim 2020-21 buat pemain ini berakhir di Tokyo dengan perlawanan selama 120 minit ketika tewas kepada Brazil dalam perlawanan penentuan pingat emas sukan Olimpik, dia sudah memulakan kempen 2021-22 pula.
Vazou pedri fazendo triatlo em Barcelona. https://t.co/FQhzLQNi36
— alcoolismo (@Thiagoitaipava) August 18, 2021
Dalam perlawanan pertama Barcelona menentang Real Sociedad di laman sendiri, Pedri diturunkan sepanjang 90 minit.
Mengikut sumber yang rapat kepada Pedri berkata pemain itu sangat suka bermain dan bersaing di peringkat yang setinggi mungkin, tapi pada masa yang sama mereka yang lebih berpengalaman sepatutnya mengambil langkah menariknya ke belakang demi kebaikan untuk jangka panjang.
“Dia memang suka bermain, dia memang sangat suka bola sepak ni,” ujar sumber tersebut yang elok kita namakannya sebagai Karim (bukan nama sebenar).
“Dia tak pernah minta untuk keluar. Dia suka sangat berada dalam padang.
“Tapi masalahnya, dia tu budak yang baru berumur 18 tahun. Pada tahap fizikal dan mental dia, ada baiknya kalau dia berehat sikit, ye dak?” tambah Karim.
Kalau tengok statistik dia, memang gila.
Pedri telah bermain sebanyak 77 perlawanan sejak September tahun lalu – 56 untuk Barcelona; 38 dalam La Liga, enam dalam Copa del Rey, dua perlawanan dalam Supercopa Sepanyol, tujuh perlawanan Liga Juara-Juara dan tiga perlawanan persahabatan sebelum bermulanya kempen 2020-21.
Kemudian dia bermain 21 perlawanan untuk pasukan kebangsaan – empat untuk perlawanan kelayakan bawah-21 tahun pada musim luruh, 10 perlawanan untuk skuad senior termasuk enam dalam Euro antara Jun dan Julai, kemudiannya tujuh perlawanan uttuk pasukan bawah-23, termasuk kesemua perlawanan di Olimpik.
Dengan layaknya Sepanyol ke perlawanan akhir di Jepun, ini bermaksud Pedri telah muncul sebagai pemain yang paling banyak turun padang sepanjang tempoh 12 bulan, dengan pemain Manchester United dan Portugal, Bruno Fernandes di tempat kedua dengan 72 perlawanan.
Kedua-dua pemain ini diekori oleh pemain England dan Chelsea, Mason Mount di tempat ketiga dengan 70 perlawanan, dan kemudiannya di tempat keempat adalah pemain Barcelona dan Perancis, Antoine Griezmann yang merekodkan 68 perlawanan.
Walaupun Pedri hanya menyertai kelab gergasi Catalan tersebut pada bulan Julai tahun lalu, pengurus baru ketika itu Ronald Koeman terus meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada pemain muda ini.
Dia menamatkan musim pertamanya bersama Barcelona sebagai pemain yang muncul dalam perlawanan kompetitif terbanyak – 52 perlawanan, diikuti Griezmann dan Frenkie de Jong (51), Sergio Busquets (50) dan Jordi Alba (49).
Barcelona are optimistic that Pedri will get his well deserved rest during the upcoming international break. The decision is in Luis Enrique's hands, but Barça think that he understands the need for the 18-year-old to have rest. [sport]
— barcacentre (@barcacentre) August 18, 2021
Secara totalnya Pedri telah bermain selama 3775 minit buat Barcelona dan kemudiannya 1517 minit bersama kesemua pasukan Sepanyol, menjadikan jumlah minit permainan keseluruhannya menjadi 5476 minit dalam tempoh 314 hari antara 27 September sehingga 7 Ogos.
Jumlah minit ini diatasi sedikit oleh Bruno Fernandes yang merekodkan 5510 minit permainan untuk United dan Portugal, tetapi pada usia yang boleh dikira matang buat fizikal – 26 tahun.
Kenapa Pedri main bola sampai macam ni sekali? Tak ada orang halang ke? Tak ada peraturan ke?
Kalau nak ikutkan, FIFPro – Persekutuan Persatuan Pemain Bola Sepak Professional Antarabangsa telah mencadangkan supaya setiap pemain sepatutnya mengambil rehat wajib sekurang-kurangnya selama empat minggu antara setiap musim, dan pada tahun yang sama para pemain juga perlu sekurang-kurangnya mendapat rehat dua minggu yang fleksibel ketika musim sedang berjalan.
Jika pemain tidak mengambil rehat seperti yang disarankan, mereka dikhuatiri akan mengalami masalah yang serius seperti kecederaan dan juga masalah kesihatan yang lain.
Malah pengkaji di Innovation Hub milik Barcelona sendiri telah mengetengahkan bahawa bermain terlalu banyak perlawanan dalam tempoh yang singkat akan mengancam kesihatan pemain, dan menyeru supaya kesemua pihak supaya mengiktiraf cadangan rehat empat minggu daripada FIFPro tersebut.
Pedri ni budak lagi.
Dia pernah ditanya sama ada dia rasa penat atau tidak dengan jadual padat yang dia hadap sepanjang musim panas tempoh hari. Tapi tu lah, dia mesti lah bagi jawapan yang tak nak cari pasal dengan sesiapa.
“Aku boleh kata yang mustahil untuk bernasib baik macam aku – dapat bermain banyak perlawanan – untuk kelab seperti Barcelona dan pasukan negara aku,” katanya si Pedri ketika di Olimpik.
“Aku rasa bangga boleh berada di sini. Normal lah orang fikir yang aku ni penat, tapi aku pastikan aku sempat rehat sebanyak mungkin dan ikut nasihat darpada doktor persatuan (bola sepak Sepanyol) dan pakar pemakanan supaya aku boleh bermain dengan baik dalam setiap perlawanan dan berikan yang terbaik untuk pasukan.”
Sebagai perbandingan, pemain yang turut bersama Pedri di Tokyo – Martin Zubimendi, Mikel Merino dan Mikel Oyarzabal turut bermain dalam kesebelasan utama buat Sociedad ketika pasukan mereka bertemu di Nou Camp.
Pedri, Eric Garcia & Mikel Oyarzabal:
✅ EURO 2020
✅ Olympic 2020
✅ La Liga 2021/22GASPOL!! #LaLiga pic.twitter.com/fi30C2TsNT
— MedioClubID (@medioclubID) August 15, 2021
Oyarzabal yang turut bermain dalam kempen Euro pada musim panas, didapati tidak mempamerkan permainan yang memberangsangkan sehinggalah dia menjaringkan gol menerusi sepakan percuma yang cantik dari jarak 25-ela.
Akan tetapi, pemain lain yang turut bermain dalam Euro dan Olimpik mempunyai nasib yang berbeza berbanding mereka di Sociedad dan Barcelona.
Sebaik tiba dari Tokyo, pemain Villareal Pau Torres terus terbang ke Belfast untuk perlawanan Piala Super Eropah menentang Chelsea, tetapi kini dia diberikan tempoh bercuti oleh kelabnya dan dijangka tidak akan bermain sehingga tamat tempoh perlawanan antarabangsa pada bulan September.
Pemain RB Leipzig, Dani Olmo, langsung tidak berada di bangku simpanan buat kelab Jerman tersebut dalam dua perlawanan pertama pasukannya.
Athletic Bilbao pula telah memberikan cuti kepada Unai Simon, dan memberikan debut kepada penjaga gol muda Julen Agirrezabala ketika menentang Elche.
“Kami ada sembang dengan Simon dan dia mengambil keputusan untuk berehat,” ujar jurulatih Bilbao Marcelino Garcia Toral.
“Aku tak tahu sama ada dia akan rehat lama-lama, tapi yang penting cukup lama untuk dia kosongkan kepala dia semula.
“Bila dia dah sedia, dia akan kembali berlatih. Bila kami rasa dia dah ada match-fitness, dia akan kembali dengan pasukan.”
Berbalik kepada cerita Pedri.
Buat masa ini mungkin pemain ini tidak mengalami sebarang kecederaan sepanjang tempoh perlawanan yang padat, tetapi bagi sesiapa yang menonton perlawanannya, sisi kreatif yang ditunjukkannya dalam Euro tempoh hari sudah tidak berapa ada.
Pedri mungkin patut belajar daripada seorang pemain muda di Malaysia yang pernah digunakan dalam kesemua perlawanan buat pasukan negeri, pasukan bawah-23 kebangsaan dan juga skuad senior dalam tempoh tidak sampai setahun.
Hari ini, jarang dapat tengok pemain muda ini bermain seperti mana yang pernah ditonjolkannya suatu masa dahulu.
Dalam kes Pedri, jika tiada siapa yang memaksanya untuk bercuti dan putuskan hubungan daripada bola sepak buat seketika, tak mustahil nasibnya akan menjadi seperti pemain muda Malaysia tersebut.
Sumber artikel : The Athletic