Reaksi Messi Seperti Seorang Abah Yang Bangga Melihat Kemenangan Pedri

Lionel Messi pemenang Ballon d’Or buat kali ketujuh telah menunjukkan reaksi wajah yang bangga seperti seorang abah apabila melihat kejayaan Pedri yang dipilih sebagai pemenangan Kopa Trophy 2021.

Pedri yang kini berusia 19 tahun telah mengalahkan saingan hebat dari pemain seperti Jude Bellingham, Jamal Musiala, Nuno Mendes dan Mason Greenwood.

Pemain tengah itu telah bermain 52 perlawanan di musim pertama bersama Barcelona disamping pemain terbaik dunia Lionel Messi yang sebelum itu belum lagi ke PSG.

Bersama pasukan kebangsaan Sepanyol Pedri beraksi di skuad utama EURO 2020 dan meneruskan saingan antarabangsa di sukan Olimpik Tokyo 2020.


Bekas pemain muda Las Palmas itu telah berada dibawah bimbingan Messi di musim terakhirnya dan berterima kasih kepada pemenang 7 kali Ballon d’Or.

“Aku mahu berterima kasih kepada semua orang yang menyokong aku dan aku mahu berterima kasih kepada Messi yang juga berada disini.”

Pemain Argentina itu kelihatan tersenyum puas dan bangga melihat Pedri berada di pentas besar seperti anugerah Ballon d’Or ini dan membawa pulang trofi pula.

Walaupun hanya satu musim Pedri dapat beraksi bersama Messi di Barcelona namun bagi muda itu satu pengalaman yang grande dan tak dapat dilupakan.

“Bila aku berada disebelah Messi aku sangat terkejut.” Ujar Pedri teruja.

“Sebelum ini hanya lihat di TV atau permainan video.. Sangat sukar untuk dipercayai. Bermain dengan Messi sangat mudah kerana bila kau hantar je bola kau akan tahu apa akan jadi.”

Pedri sering dibandingkan dengan legenda Sepanyol dan Barcelona, Andres Iniesta yang merupakan idolanya dan hampir saja membotakkan kepala seperti Iniesta namun dihalang bapanya.

Kopa Trophy

Pedri pemain muda Barcelona dan Sepanyol yang diperah kaw-kwa sepanjang tahun 2021 telah dipilih menjadi pemenang Kopa Trophy 2021 menewaskan 9 calon yang lain.

Tidak dapat dinafikan bahawa sepanjang 12 bulan yang lalu adalah fasa yang menarik buat pemain tengah muda Barcelona dan Sepanyol yang berasal dari Canary Island, Pedri.

Pada 20 Ogos 2020 Pedri tiba di Nou Camp dari kelab divisyen dua Las Palmas dan berjaya menempatkan diri dalam pasukan utama pada usia 17 tahun, dia mendapat pujian daripada ramai rakan pemain termasuk Lionel Messi dan Sergio Busquets.


Lebih manis, musim debut bersama kelab Catalan tersebut disudahi dengan kejayaan menjulang Copa del Rey.

Pada bulan September tahun lalu, dia mendapat panggilan pertama untuk menyarung jersi Sepanyol dengan memperkuatkan pasukan bawah-21 negara tersebut, kemudian dia mendapat kepercayaan daripada Luis Enrique untuk menjadi pemain tonggak skuad senior dalam kempen Euro 2020 di mana dia bermain hampir setiap minit buat pasukan La Furias Rojas, sehingga dinamakan sebagai pemain muda terbaik kejohanan.

Sebaik tamat Euro, Pedri dibawa pula ke Tokyo untuk mewakili pasukan bawah-23 negaranya untuk bertanding dalam sukan Olimpik, dan dia bersama rakan sepasukan berjaya pulang dengan pingat perak.

Cerita perjalanan karier pemain ini sangatlah padu sepanjang tempoh 12 bulan yang lalu dan melayakkanya menjulang trofi ini:

1. Pedri
2. Jude Bellingham
3. Jamal Musiala
4. Nuno Mendes
5. Mason Greenwood
6. Bukayo Saka
7. Florian Wirtz
8. Ryan Gravenberch
9. Jérémy Doku
9. Giovanni Reyna

Anugerah Kopa Trophy adalah satu pengiktirafan dari France Football kepada pemain muda bpla sepak dari seluruh dunia yang bakal menjadi tonggak bola sepak dunia suatu hari nanti.

Trofi ini dinamakan sempena nama pemenang Ballon d’Or tahun 1958, Raymond Kopa yang telah memenangi 3 Europeans Cup dan juga pemain istimewa Real Madrid pada tahun 50-an.

Anugerah ini buat pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 2018 dan Kylian Mbappe yang merupakan juara dunia pada ketika itu menjadi pemenang pertama.

2021 – Pedri
2020 – Batal
2019 – Matthijs de Ligt
2018 – Kylian Mbappe

BACA:  Kepala Messi, Maria dan Paredes Hampir Terlanggar Kabel