Kepala Messi, Maria dan Paredes Hampir Terlanggar Kabel

Nyaris-nyaris barai kepala Lionel Messi, Angel Di Maria, Rodrigo De Paul, Nicolas Otamendi dan Leandro Paredes apabila hampir telanggar kabel yang melintang disepanjang jalan dalam perarakan mereka usai tiba di Buenos Aires, Argentina.

Penerbangan skuad Argentina tiba di Buenos Aires dari Qatar pada jam 2.17 pagi selasa waktu tempatan, Lionel Messi dan Lionel Scolani antara yang terawal keluar dengan membawa Piala.

Sebuah bas tanpa bumbung telah menanti para pemain dan staf kejurulatihan pasukan kebangsaan Argentina untuk sesi perarakan Piala Kejuaraan di pagi buta.

Ratusan ribu rakyat Argentina turun bagi telah memenuhi dan membanjiri segenap pelusuk jalan di bandar Buenos Aires yang bakal dilalui bas yang membawa pasukan Argentina.

Sudah menjadi adat geng bas sekolah apabila individu yang popular dan lebih senior akan berada bahagian terpaling belakang bas dan begitu juga dengan skuad Argentina.

Lionel Messi, Angel Di Maria, Rodrigo De Paul, Nicolas Otamendi dan Leandro Paredes serta telah berada di bahagian paling belakang bas tidak berbumbung itu dan duduk dikawasan paling tinggi.

Ketika sampai di satu kawasan bandar yang dipenuhi bangunan dan juga kabel yang merintangi jalan satu tragedi hampir berlaku.

Kepala Lionel Messi, Angel Di Maria, Rodrigo De Paul, Nicolas Otamendi dan Leandro Paredes hampir disapu oleh kabel mujurlah mereka bertiga sempat mengelak dengan menundukkan kepala.

Jika tidak memang berkicap kalau tidak cedera kepala mereka, kemungkinan untuk Lionel Messi, Angel Di Maria, Rodrigo De Paul, Nicolas Otamendi dan Leandro Paredes jatuh dari tempat tinggi agak besar.

Perarakan itu telah disiarkan secara langsung dan pengacara siaran itu jelas terkejut dan menjerit ‘oouuu’ penuh kelegaan kerana pemain kesayangan negara semapat mengelak dan topi dipakai Paredes tersangkut dan jatuh.

Kerajaan Argentina telah mengisytiharkan hari Selasa sebagai cuti kebangsaan untuk meraikan kemenangan Piala Dunia mereka dan sudah pasti, perayaan itu akan berlarutan hingga ke malam.

Pemain penyerang Argentina dan Inter Milan Lautaro Martinez dilihat bermain dram manakala Enzo Fernandez memainkan shaker sambil menyanyikan lagu tentang kejayaan mereka.

Akhirnya, selepas 176,000 orang menjejaki penerbangan mereka di atas talian, skuad Argentina akhirnya tiba dan menaiki bas atas terbuka untuk perarakan Piala Dunia pada jam 3.30 pagi.

Argentina Juara Piala Dunia 2022

Aksi Ajaib Lionel Messi julang Argentina muncul juara Piala Dunia 2022 dalam perlawanan akhir yang digelar final impian menemukan dua pasukan pilihan terkuat.

Perlawanan berlangsung sangat berat sebelah menjadi milik Argentina yang mendahului 2-0 sehinggalah 15 minit terakhir apabila Mbappe menjaringkan dua gol dalam tempoh 97 saat.

Mbappe sekali lagi memadamkan gol pendahuluan dari Messi untuk mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti dan Perancis tewas 3-2.

Maka selepas hampir sebulan bergasak maka perlawanan ke-64 atau perlawanan akhir Piala Dunia yang sentiasa dinanti-nantikan telah tiba menemukan Argentina dan Perancis.

Argentina dan Perancis telah bertemu sebanyak 12 kali sebelum ini dan ini merupakan pertemuan ke-13 mereka dan ini juga pertemuan keempat di Piala Dunia selepas 1930, 1978 dan 2018.

Perancis turun untuk mempertahankan kejuaraan dan Argentina pula mahu menamatkan dominasi Eropah, mana-mana pasukan muncul juara, kejuaraan Piala Dunia ketiga menjadi milik mereka.

Sebelum ini Argentina telah muncul juara Piala Dunia sebanyak dua kali dalam lima perlawanan akhir (1930, 1978, 1986, 1990, 2014) dan pencapaian terbaik mereka ini dicapai pada Piala Dunia 1978 dan 1986.

Perancis telah muncul juara Piala Dunia sebanyak dua kali dalam tiga perlawanan final (1998, 2006, 2018) dan pencapaian terbaik mereka ini dicapai pada Piala Dunia 1998 dan 2018.

Szymon Marciniak yang berusia 41 tahun mencipta sejarah apabila menjadi warganegara Poland pertama yang diberi tugas sebagai pengadil perlawanan akhir Piala Dunia.

Sebelum ini dia juga menjadi pengadil Poland pertama yang merasmikan perlawanan separuh akhir utama Eropah, setelah mengawasi kemenangan Liverpool ke atas Villarreal di Liga Juara-Juara.

Olivier Giroud dan Raphael Varane yang dilaporkan tidak cergas bermula dari kesebelesan utama dan Angel Di Maria juga bermula untuk Argentian.

Separuh Masa Pertama

Argentina terus garang usai wisel sepak mula dibunyikan oleh pengadil dari Poland, Szymon Marciniak. Kubu Perancis terus diasak seboleh mungkin.

Cantik lambungan Rodrigo De Paul mencari untuk dirembat Julian Alvarez namun mudah diselamatkan oleh Hugo Lloris dan Alvarez pula sudah offside.

Alexis MacAllister pula mencuba pada minit ke-5 dengan rembatanderas jarak jauh yang selesa di dakap Hugo Lloris.

Selepas 15 minit perlawanan, ternyata Argentina mengasak Perancis dengan serangan bertali arus tanpa kesudahan dan Perancis hanya mencuba sekali melalui Kylian Mbappe.

Theo Hernancez berjaya mendapatkan sepakan percuma dan sepakan Antoine Griezmann ditanduk tajak Giroud ke atas gawang dan telah dipersalahkan kerana memanjat Angel di Maria.

Ousmane Dembele mengundang padah dengan satu tindakan tidak berakal apabila membentes lembut kaki Angel Di Maria dari belakang di dalam kotak penalti.

Walaupun lembut tapi cukup untuk pengadil memberikan sepakan penalti yang terus disempurnakan Lionel Messi pada minit ke-23 dengan tendangan ke kanan dan menghantar Lloris ke kiri.

Pada minit ke-36 Angel Di Maria menggandakan kedudukan melalui satu gerakan serangan balas pantas yang indah lagi menarik.

Lionel Messi memulakan gerakan dengan melepaskan bola dari kawasan padat dengan satu hantaran kepada Julian Alvarez.

Kemudian Julian Alvarez menolak kepada Alexis MacAllister yang meneruskan larian yang tidak dapat dikejar disebelah kanan.

Angel Di Maria hadir dengan satu larian dari sebelah kiri yang langsung tidak dikawal untuk menerima hantaran Alexis MacAllister.

Satu sentuhan penyudah bijak lagi tenang ditunjukkan oleh Angel Di Maria dengan satu sungkitan yang cantik menewaskan Hugo Lloris buat kali kedua.

Didier Deschamps membuat dua pertukaran segera mengeluarkan Olivier Giroud dan Ousmane Dembele, untuk Randal Kolo Muani dan Marcus Thuram.

Final Piala Dunia impian ramai sepertinya tidak kesampaian di separuh masa pertama dengan Perancis langsung tidak melawan.

Separuh Masa Kedua

Besambung babak kedua, Messi dan rakan-rakan meneruskan rentak penguasaan permainan mereka dan terus mencari gol ketiga ketika Perancis masih terkapai-kapai.

Julian Alvarez mencuba lagi dengan rembatan kaki kiri yang memaksa Hugo Lloris membuat tepisan dipenjuru bahaw gawang.

Memasuki minit ke-70 tiada tanda-tanda Perancis mampu untuk bangkit dan Mbappe hadir dengan satu rembatan ke langit biru dan putih yang menjadi tema Argentina.

Pada minit ke-78, Nicolas Otamendi telah mengasari Randal Kolo Muani untuk sepakan penalti, tanpa Antoine Griezmann yang sudah keluar, Mbappe mengambil tanggungjawab.

Sepakan ke sebelah kiri menjadi arah sepakan Mbappe dan Emiliano Martinez membuat bacaaan tepat namun rembatan Mbappe terlalu deras.

97 saat perbezaan masa antara gol pertama Mbappe dan gol penyamaan. Mbappe tiba-tiba muncul dalam perlawanan ketika berbaki 10 minit.

Kingsley Coman berjaya menewaskan Messi dalam perebutan bola lalu melancarkan gerangan dengan menolak bola kepada Marcus Thuram.

Hantaran cantik Marcus Thuram berjaya menemui Mbappe yang langsung tidak dikawal lalu telah melepaskan satu rembatan deras menewaskan Martinez.

Skrip sama ketika Argentina menentang Belanda terjadi lagi dan apa kesudahannya.

Skrip sama ketika Argentina menentang Belanda terjadi lagi dan apa kesudahannya dan masa kecederaan 8 minit akan menjadi penentu kejuaraan jika tidak akan dibawa ke masa tambahan.

Rembatan Andrian Rabiot selepas menerima hantaran Camvinga berjaya diselamatkan Lloris. Dan Perancis tiba-tiba pandai bermain bola.

Lionel Messi hampir menamatkan perlawanan dengan rembatan deras namun tepat perginya ke arah Lloris dan perlawanan di bawa ke masa tambahan.

Masa Tambahan

Kylian Mbappe telah menjadikan perlawanan akhir ini kembali menjadi perlawanan akhir impian ramai dengan dua jaringan lewat untuk mengikat kedudukan.

Di masa tambahan perlawanan menjadi agak seimbang dan permainan lebih cermat dipamerkan kerana kedua-dua pasukan mahu menyimpan tenaga bermain sehingga 120 minit.

Andrian Rabiot dikeluarkan selepas terjadi perlanggaran dan Fofana masuk mengganti. Argentina melakukan dua pertukaran lagi mengeluarkan bodyguard Messi, Rodrigo De Paul dan Julian Alvarez dan Lautaro Martine serta Paredes masuk

Hantaran cantik Messi gagal disudahkan Lautaro Martinez dan rembatan susulan Montiel pula dihadang. Dihujung separuh masa pertama, Lautaro Martinez sekali lagi membazirkan peluang dari hantaran cantik Acuna.

Bersambung permainan, Messi melakukan rembatan yang ditepis keluar Lloris. Selepas itu Argentina kembali di depan dan Messi lah si penjaring selepas menolak mudah bola muntah rembatan Lautaro Martinez.

Pengadil mengesahkan jaringan itu walaupun tampak sangsi sama ada Martinez offside atau tidak dan akhirnya gol itu sah.

Berbaki lima minit Mbappe mencetak hatrik apabila rembatannya terkena tangan Gonzalo Montiel untuk penalti. Mbappe menembak ke arah yang sama, gagal dibaca oleh Martinez. Hatrik final pertama sejak 1966.

Hantaran lawa Mbappe gagal disentuh oleh tanduk Randal Kolo Muani dan Lautaro Martinez sekali lagi membazirkan peluang mujur offside.

Randal Kolo Muani mengikut jejak Martinez apabila merembat ke badan Emiliano Martinez sebelum Lautaro Martinez terus membazir dengan tandukan lemah.

Segala pembaziran dari Lautaro Martinez dan Randal Kolo Muani yang sama naik membawa perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Penentuan Sepakan Penalti

Apabila perlawanan dibawa ke penentuan sepakan penalti boleh dikatakan sebagai satu anti klimak apabila pemenang lebih ditentukan oleh nasib.

1. Kylian Mbappe masuk walaupun Martinez berjaya menyentuh, Lionel Messi tiada masalah menewaskan Lloris dengan satu sepakan jahat. 1-1

2. Kingsley Coman gagal ditepis Martinez dengan leher, Paulo Dybala dengan sepakan berisiko namun berjaya. 1-2

3. Aurelien Tchouameni pucat lesi dan turut gagal dengan sepakan menjauhi tiang. Martinez terus membuat bacaan tepat. Leandro Paredes merembat deras gagal diselamatkan Loris. 1-3.

4. Randal Kolo Muani dengan rembatan deras ketengah gagal dibaca Martinez. Gonzalo Montiel mengesahkan Argentina sebagai Juara Piala Dunia 2022. 2-3

FT | Argentina (4) 3–3 (2) France

Argentina: Emiliano Martinez, Molina, Romero, Otamendi, Tagliafico, Di Maria, De Paul, Fernandez, Mac Allister, Messi, Alvarez.

Pemain Simpanan: Armani, Foyth, Montiel, Paredes, Pezzella, Acuna, Rulli, Palacios, Correa, Almada, Gomez, Rodriguez, Dybala, Lisandro Martinez, Lautaro Martinez.

France: Lloris, Kounde, Varane, Upamecano, Theo Hernandez, Tchouameni, Rabiot, Dembele, Griezmann, Mbappe, Giroud.

Pemain Simpanan: Pavard, Disasi, Guendouzi, Muani, Fofana, Veretout, Mandanda, Saliba, Coman, Areola, Konate, Camavinga, Thuram.

Referee: Szymon Marciniak (Poland).

BACA:  Ronaldo Beri Amaran Pada PSG, Yang Messi Bukan Jaminan Menang Champions League