Pemain Liga Super Pukul Kekasih Ditahan Polis

Selepas tular di media seorang wanita didakwa dipukul sehingga cedera oleh seorang pemain bola sepak tempatan, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan satu tahanan telah dibuat semalam.

Pekara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid melalui laporan Sinar Harian pada malam tadi.

Insiden tersebut didakwa berlaku di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara. Satu laporan polis turut dibuat oleh teman wanitanya itu terhadap pemain tersebut yang disusuli dengan penahanan tersebut

“Hasil maklumat dan risikan berjaya menahan pemain bola sepak terbabit di sebuah hotel di Petaling Jaya untuk membantu siasatan.

“Lelaki berusia lingkungan 30-an itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini seorang wanita dikenali sebagai Dr Hana Rose mendedahkan dirinya dipukul sehingga cedera oleh kekasihnya yang merupakan seorang pemain berstatus pemain skuad kebangsaan.

Jelitawan Sabah itu sebelum ini dipercayai menjalin hubungan dengan bek kanan Sabah FC, Rizal Ghazali.

Malah nama pemain itu turut tidak berada di dalam skuad hari perlawanan ketika Sabah FC tewas 1-0 kepada PDRM FC dalam saingan Liga Super pada malam tadi.

Dr. Hana Rose sememangnya dikenali sebagai jelitawan berasal dari Sabah kerana pernah menyertai pertandingan ratu cantik Miss World Malaysia 2019/2020.

Hubungan kedua-duanya dipercayai mulai terjalin sejak penghujung tahun lalu.

BACA:  Kerana Nyanyi Negaraku, Saddil Geram Dituduh Mahu Tukar Warganegara