Baru beberapa bulan menerima kerakyatan Singapura, Song Ui-Young berjaya memukau para peminat di benua Asia selepas beliau dilihat menyanyikan lagu kebangsaan negaranya dengan penuh semangat.
Pemain kelahiran Korea Selatan itu merupakan bintang naturialisasi untuk kem Singapura di kejohanan AFF Suzuki Cup kali ini.
Tidak seperti pemain naturialisasi yang lain, Song Ui-Young telah menunjukkan yang beliau menerima kerakyatan Singapura sememangnya atas kehendak beliau sendiri dan kerana beliau juga mencintai negara tempat beliau kembangkan bakatnya itu.
Naturalisasi K-Pop, Song Ui-Young Menyanyikan Lagu Singapura Dengan Penuh Semangat https://t.co/vO23Wksxgt
— MakanBola 🎖 (@makanbolaplus) December 6, 2021
Ketika aksi perlawanan pembukaan yang menyaksikan Singapura menewaskan Myanmar 3-0, Ui-Young telah mencuri perhatian ramai kerana dilihat telah menyanyikan lagu kebangsaannya dengan penuh semangat.
Langsung tak nampak seperti beliau pemain naturialisasi, dengan Ui-Young bahkan menunjukkan reaksi seolah-olah beliau merupakan anak jati Singapura ketika menyanyikan lagu kebangsaan.
Tidak dinafikan ramai pemain naturialisasi yang membuat penampilan di kejohanan AFF Suzuki Cup kali ini, namun belum ada antara mereka yang menunjukkan semangat patriotik seperti Ui-Young.
Singapura bertuah kerana memiliki pemain naturialisasi yang benar-benar mahu bermain demi lencana di dada dan turut menunjukkan rasa hormat serta sayangnya beliau kepada negara.
Melihat bagaimana beliau menyanyikan lagu kebangsaan dan aksi hebatnya di atas padang, tidak peliklah mengapa beliau menjadi antara pemain kesayangan peminat.
Singapore's newly-naturalised player, Song Ui-Yong is spotted singing the national anthem.
After Sumareh's controversial pull out from HM squad for AFF, eyes should be on De Paula tomorrow on whether he's deserving of the nationality, and actually playing for the flag pic.twitter.com/zZ1NY35NT7
— Fatih (@mfatih_aziz) December 5, 2021
Singapura catat kemenangan selesa menewaskan Myanmar
Aksi pertama Singapura di kejohanan AFF Suzuki Cup kali ini adalah bertemu dengan Myanmar dengan mereka memanfaatkan sepenuhnya kesempatan beraksi di halaman sendiri.
Singapura berjaya mencatatkan kemenangan 3-0 menewaskan Myanmar dalam perlawanan pertama mereka yang dilangsungkan di Stadium Nasional Singapura kemarin.
Pemain veteran negara dan juga merupakan bintang Selangor, Safuwan Baharudin berjaya mencipta nama sebagai pemain pertama yang menjaringkan gol dalam kejohanan ini.
Beliau menanduk padu bola sepakan penjuru dari Shahdan Sulaiman untuk membantu Singapura mendahului perlawanan 1-0 pada minit ke-34 permainan.
Anak-anak buah Tatsuma Toshida itu kemudiannya berjaya meledak gol kedua mereka dalam perlawanan ini menerusi Ikhsan Fandi.
⚽️🎦 De un ataque del rival a un contragolpe que lo arranca Song Ui-Young, luego se la sirve a Faris Ramli y este se la pasa a Ikhsan, que todo lo hace fácil. 2-0pic.twitter.com/LWrYZe9grj
— Singapur 🇸🇬🌎 (🏠) (@TeamSinga) December 6, 2021
Penyerang muda sensasi Singapura yang juga merupakan anak kepada legenda negara itu melepaskan rembatan padu menggunakan kaki kanan beliau untuk gol kedua skuadnya dalam perlawanan ini.
Ikhsan Fandi sekali lagi menjadi masalah besar untuk barisan pertahanan Myanmar, selepas beliau cemerlang menanduk masuk bola hantaran dari Shahdan Sulaiman.
Shahdan Sulaiman mengambil sepakan percuma dan bola sepakan beliau berjaya menemui kepala Ikhsan Fandi yang melonjak tinggi untuk menanduk padu bola menerjah jaring gawang gol Myanmar.
Ikhsan Fandi tidak dinafikan memiliki ketajaman yang sungguh menakjubkan dengan ramai yang menganggap beliau sebenarnya jelmaan Erling Haaland Asia.
Memiliki fizikal yang kekar dan ketinggian yang sempurna menjadikan pemain penyerang berusia 22 tahun itu sebagai antara pemain paling digeruni oleh pemain pertahanan lawan.
Debut in #AFFSuzukiCup2020
Keisuke Honda 🇰🇭
Billy Ketkeophomphone 🇱🇦
Song Ui-young 🇸🇬
Thanawat Suengchitthawon 🇹🇭 pic.twitter.com/QrBQ8DXrkC— Asian Football (@AsianFootballs) December 7, 2021
Beliau jelas bakal menjadi pemain tumpuan di kejohanan ini dan dijangka akan terus menjadi mesin peledak gol untuk Singapura dalam aksi perlawanan selepas ini.
Beliau bahkan sudah berjaya mencipta hat-trick dalam perlawanan ini, namun sayangnya gol ketiga jaringannya itu telah dibatalkan oleh pengadil perlawanan.
Gol ketiga beliau dan keempat untuk Singapura itu dibatalkan oleh pengadil perlawanan kerana beliau dikesan berada dalam kedudukan offside.
Perlawanan tamat dengan keputusan 3-0 memihak kepada Singapura, seterusnya memberi mereka permulaan yang baik untuk terus mengharungi kempen AFF kali ini di halaman sendiri.
Permulaan yg baik buat Singapura selepas gol pertama Safuwan Baharudin menentang Myanmar.#PialaAFFSuzuki2020 pic.twitter.com/nVx8esnIN8
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 5, 2021
Jelas sekali Singapura bakal menjadi antara pasukan kegemaran untuk muncul sebagai Juara pada tahun ini, dengan aksi hebat serta aura bermain di halaman sendiri menjadi kelebihan untuk mereka.
Sumber: Fatih