Peminat Terhibur Melihat Aksi ‘No-Look Yellow Card’ Mike Dean

Nama Mike Dean sudah tidak asing lagi untuk para peminat dunia bola sepak, terutama untuk mereka yang menggemari saingan Premier League.

Ketika melihat nama Mike Dean dipilih sebagai pengadil perlawanan, para peminat sudah bersedia untuk menyaksikan apa lagi aksi kelakar atau aneh yang mahu beliau lakukan.

Beliau ada ketika berjaya menonjol melebihi kesemua pemain di atas padang atas aksi-aksi kelakar dan aneh yang beliau lakukan.

Bahkan peminat juga tidak akan terkejut andai melihat Mike Dean tiba-tiba turut serta meraikan gol bersama para pemain jika beliau mahu melakukan hal itu.

Ketika aksi Liverpool bertemu Newcastle awal pagi tadi, Mike Dean sekali lagi mencuri perhatian peminat, selepas melakukan aksi no-look yellow card ketika melayangkan kad amaran kepada Ryan Fraser.

Liverpool ketika itu mahu melakukan serangan pantas menerusi larian dari Alex Oxlade-Chamberlain dengan Ryan Fraser cuba mengejarnya dari belakang.

Fraser kemudiannya membentes kaki Chamberlain hingga menyebabkan bintang Liverpool itu tersembam mencium tanah, dengan Mike Dean berada betul-betul di belakang mereka.

Pengadil yang senantiasa menghibur para peminat itu segera membunyikan wisel sambil menunjuk ke arah tempat di mana Chamberlain di jatuhkan dan beliau segera mengeluarkan kad kuning dari dalam poketnya.

Selepas menulis nama Fraser pada kad kuning tersebut, beliau segera mengangkat kad itu sambil wajahnya dipalingkan ke arah lain.

Beliau langsung tidak melihat ke mana arah kad itu di halakan namun tangannya sudah di udara sambil wajahnya berpaling melihat belakang.

Para peminat benar-benar terhibur dengan aksi lucu dari Mike Dean itu dan ramai yang menganggap aksi beliau itu antara detik terhebat dalam perlawanan ini selain dari gol Thunderbolt Trent Alexander Arnold.

Mike Dean awalnya turut dikecam kerana membenarkan gol jaringan Diogo Jota pada aksi babak pertama permainan.

Para peminat merasakan gol itu tak sepatutnya dibenarkan kerana dua pemain Newcastle terbaring selepas berlanggar sesama sendiri.

Ketika Jota menerima bola dan menjaringkan gol, Hayden masih terbaring di hadapan gol, namun Mike Dean tidak memberhentikan permainan.

Walau bagaimanapun Mike Dean ada alasan beliau yang tersendiri tentang mengapa beliau tidak memberhentikan perlawanan ketika Hayden rebah dan jentera serangan Liverpool sedang menyerang.

Ia kerana Hayden sebenarnya hanya berlanggar sesama sendiri dan kecederaan beliau juga tidak teruk kerana beliau segera bangun sebaik gol Jota dibenarkan.

Jadi Mike Dean tidak sepatutnya dipersalahkan untuk hal itu dan beliau sebenarnya sudah membuat keputusan yang tepat.

Mike Dean pernah raikan gol bersama pemain ketika mengadili perlawanan

Jangan terkejut tentang sikap-sikap aneh Mike Dean sepanjang kariernya sebagai pengadil, dengan beliau pada tahun 2015 yang lalu pernah meraikan gol bersama para pemain.

Beliau ketika itu mengadili aksi perlawanan yang menemukan Tottenham Hotspur dan Aston Villa dalam saingan Piala FA.

Apa yang menariknya, Mike Dean pada ketika itu meraikan gol jaringan Spurs dengan beliau turut sama berlari sambil mendepakan tangan seolah-olah beliau yang menjaringkan gol tersebut.

Selepas pemain midfield Belgium, Mousa Dembele meledak gol dengan perlawanan hanya berbaki tiga minit sahaja lagi di White Hart Lane, Dean turut sama menikmati gol tersebut dan meraikannya tanpa rasa bersalah.

Mujur saja beliau tidak berlari ke arah para pemain Tottenham Hotspur dan saling berpelukan bersama mereka, dengan beliau hanya berlari masuk ke kotak penalti, dan patah balik ke garis tengah padang.

Namun apa yang menariknya, dari mula gol dijaringkan beliau tenang menunjukkan reaksi seperti itu, dan ketika beliau berlari untuk kembali ke tengah padang, Mike Dean masih dalam mood untuk meraikan gol tersebut.

Dua tahun selepas itu, Dean yang ketika itu sudah mengadili lebih dari 500 perlawanan dalam saingan bola sepak Inggeris, tampil mendedahkan alasan mengapa beliau meraikan gol tersebut.

Beliau meraikan gol tersebut kerana rasa bangga advantage yang beliau berikan berjaya untuk menghasilkan gol kepada Tottenham Hotspur.

Pemain pertahanan Aston Villa, Ciaran Clark menarik Dembele dari belakang, namun pemain kebangsaan Belgium itu dibenarkan untuk meneruskan permainan.

Beliau kemudiannya berjaya menewaskan pemain pertahanan lawan, seterusnya membawa bola masuk ke kotak penalti dan melepaskan rembatan untuk menjaringkan gol.

Kerana itulah Mike Dean merasa beliau sudah menjalankan tugasnya dengan sangat baik, dan menjadi punca mengapa terhasilnya gol tersebut.

Beliau mendedahkan hal tersebut ketika ditemu bual oleh BBC Sport dengan menyatakan:

“Saya tidak mahu katakan yang saya meraikan gol, tapi saya sebenarnya meraikan advantage yang saya beri.”

“Seperti yang kamu boleh lihat, saya mungkin agak terbawa-bawa dengan hal itu. Ia sepatutnya foul dan saya meneruskan permainan, saya tak sepatutnya angkat tangan waktu itu, tapi saya rasa ia sesuatu yang bagus.”

Pengadil yang dilahirkan pada 2 Jun 1968 itu jelas sekali antara pengadil paling terkenal dalam sejarah saingan Premier League, kerana sikap aneh beliau di atas padang.

Terlalu banyak aksi lucu Mike Dean sepanjang kariernya sebagai pengadil dalam saingan Premier League, antaranya, terkejut dengan rambut Fellaini, melakukan spanking ke atas punggung pemain dan macam-macam aksi lucu di atas padang.

Video di atas merupakan antara rangkuman aksi aneh dan lucu Mike Dean sepanjang menjadi pengurus dalam saingan liga bola sepak Inggeris.

Sumber: Twitter

BACA:  Mike Dean Jaringkan Gol Kemenangan Ala Nistelrooy Di Kemuncak Kariernya