Mike Dean Jaringkan Gol Kemenangan Ala Nistelrooy Di Kemuncak Kariernya

Legenda Premier League, Mike Dean berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk pasukannya ketika beliau beraksi bersama sekumpulan pengadil dalam satu perlawanan sesama mereka.

Pengadil yang kini berusia 53 tahun itu sememangnya terkenal dengan sikapnya yang aneh dam lucu di atas padang, ketika mengadili sesebuah perlawanan.

Beliau baru-baru ini turun bermain bersama rakan pengadil yang lain, dengan Mike Dean berjaya menjaringkan gol yang cukup cantik dan menakjubkan.

Mike Dean meraikan gol jaringannya itu seolah-olah beliau baru sahaja menjaringkan gol kemenangan yang membantu skuadnya untuk memenangi gelaran Champions League.

Beliau bersama Anthony Taylor dan Martin Atkinson berlari sambil berpesta meraikan gol jaringannya yang cukup cantik dan luar biasa dasyat itu.

Selepas menerima hantaran through ball yang menakjubkan dari Paul Tierney, legenda Premier League itu melepaskan rembatan padu ala Ruud Van Nistelrooy dengan menggunakan kaki kanannya.

Bola rembatan beliau masuk menerjah jaring gawang gol lawan, dan gol itu juga merupakan gol kemenangan untuk pasukan beliau.

Beliau berada di kedudukan yang tepat untuk menerima bola, sebelum melepaskan rembatan padu tersebut dan ia membuktikan yang Mike Dean sebenarnya mempunyai bakat hebat dalam mencuri ayam.

Sebaik menjaringkan gol kemenangan, beliau meraikan gol tersebut dengan keraian yang cukup ikonik bersama rakan sepasukannya yang lain.

Ia bukanlah kali pertama Mike Dean meraikan gol di hadapan kamera dengan cara seperti itu, kembali pada tahun 2015 yang lalu, beliau turut melakukan hal yang hampir sama.

Beliau ketika itu mengadili aksi perlawanan yang menemukan Tottenham Hotspur dan Aston Villa dalam saingan Piala FA.

Apa yang menariknya, Mike Dean pada ketika itu meraikan gol jaringan Spurs dengan beliau turut sama berlari sambil mendepakan tangan seolah-olah beliau yang menjaringkan gol tersebut.

Selepas pemain midfield Belgium, Mousa Dembele meledak gol dengan perlawanan hanya berbaki tiga minit sahaja lagi di White Hart Lane, Dean turut sama menikmati gol tersebut dan meraikannya tanpa rasa bersalah.

Mujur saja beliau tidak berlari ke arah para pemain Tottenham Hotspur dan saling berpelukan bersama mereka, dengan beliau hanya berlari masuk ke kotak penalti, dan patah balik ke garis tengah padang.

Namun apa yang menariknya, dari mula gol dijaringkan beliau tenang menunjukkan reaksi seperti itu, dan ketika beliau berlari untuk kembali ke tengah padang, Mike Dean masih dalam mood untuk meraikan gol tersebut.

Dua tahun selepas itu, Dean yang ketika itu sudah mengadili lebih dari 500 perlawanan dalam saingan bola sepak Inggeris, tampil mendedahkan alasan mengapa beliau meraikan gol tersebut.

Beliau meraikan gol tersebut kerana rasa bangga advantage yang beliau berikan berjaya untuk menghasilkan gol kepada Tottenham Hotspur.

Pemain pertahanan Aston Villa, Ciaran Clark menarik Dembele dari belakang, namun pemain kebangsaan Belgium itu dibenarkan untuk meneruskan permainan.

Beliau kemudiannya berjaya menewaskan pemain pertahanan lawan, seterusnya membawa bola masuk ke kotak penalti dan melepaskan rembatan untuk menjaringkan gol.

Kerana itulah Mike Dean merasa beliau sudah menjalankan tugasnya dengan sangat baik, dan menjadi punca mengapa terhasilnya gol tersebut.

Beliau mendedahkan hal tersebut ketika ditemu bual oleh BBC Sport dengan menyatakan:

“Saya tidak mahu katakan yang saya meraikan gol, tapi saya sebenarnya meraikan advantage yang saya beri.”

“Seperti yang kamu boleh lihat, saya mungkin agak terbawa-bawa dengan hal itu. Ia sepatutnya foul dan saya meneruskan permainan, saya tak sepatutnya angkat tangan waktu itu, tapi saya rasa ia sesuatu yang bagus.”

Pengadil yang dilahirkan pada 2 Jun 1968 itu jelas sekali antara pengadil paling terkenal dalam sejarah saingan Premier League, kerana sikap aneh beliau di atas padang.

Beliau telah mengadili 695 perlawanan dan pernah melayangkan 2292 kad kuning serta 142 kad merah.

Terlalu banyak aksi lucu Mike Dean sepanjang kariernya sebagai pengadil dalam saingan Premier League, antaranya, terkejut dengan rambut Fellaini, melakukan spanking ke atas punggung pemain dan macam-macam aksi lucu di atas padang.

Video di atas merupakan antara rangkuman aksi aneh dan lucu Mike Dean sepanjang menjadi pengurus dalam saingan liga bola sepak Inggeris.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Lima Pemain Manchester United Yang Paling Berprestasi Musim Ini