Peminat Terhibur Melihat Aksi Santai Mike Dean Hadap Amukan Pep

Ia merupakan lapan hari yang sungguh memenatkan untuk kem Manchester City, terutama para pemain selepas mengharungi jadual yang sangat padat.

Sabtu minggu lalu, anak-anak buah Pep Guardiola berkunjung ke Stamford Bridge untuk beraksi bertemu pencabar utama kejuaraan liga musim ini, Chelsea.

Mereka telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan, dan mencatatkan kemenangan 1-0 untuk membawa pulang tiga mata penuh.

Tiga hari selepas itu, skuad Manchester City terbang ke Perancis untuk beraksi bertemu Paris Saint Germain dalam aksi saingan Champions League di Parc des Princes.

Walau beraksi cemerlang, namun Juara bertahan saingan Premier League itu gagal untuk menandingi kehandalan PSG dengan mereka tewas 2-0 dalam perlawanan tersebut.

Kemudian, pada hujung minggu ini, skuad kendalian Pep Guardiola itu berkunjung ke Anfield untuk beraksi bertemu Liverpool dalam saingan Premier League.

Manchester City berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sangat cemerlang, seterusnya mengikat Liverpool 2-2 untuk membawa pulang satu mata.

Tiga perlawanan yang sangat sukar dalam tempoh lapan hari, ia jelas merupakan tugas yang sangat berat untuk Pep Guardiola dengan anak-anak buahnya.

Menang satu, kalah satu dan seri satu sudah boleh dianggap pencapaian yang sangat membanggakan untuk skuad Manchester City dengan jadual padat yang mereka lalui.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu sepatutnya mampu untuk setidak-tidaknya mencatatkan keputusan seri di Paris.

Mereka juga sepatutnya boleh mencatatkan kemenangan ketika beraksi di Anfield malam semalam, dan membawa pulang tiga mata berharga.

Manchester City mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan di Anfield, dan andai bukan kerana kehandalan Mo Salah, pasukan pelawat tentunya akan pulang sebagai pemenang.

The Citizens tidak bernasib baik untuk mencatatkan kemenangan, dan mereka sepatutnya mempunyai kelebihan bermain dengan kelebihan seorang pemain.

Ia kerana Liverpool sepatutnya bermain dengan 10 orang pemain sahaja pada aksi babak kedua permainan, beberapa minit sebelum The Reds menjaringkan gol kedua mereka.

James Milner yang bermain di posisi right back menggantikan Trent Alexander Arnold yang kini sedang dibelenggu masalah kecederaan, telah dilayangkan kad kuning kerana menarik Phil Foden.

Pada aksi babak kedua, ketika masih memegang kad kuning, beliau telah melakukan kekasaran ke atas Bernardo Silva, dan berpotensi untuk dilayangkan kad kuning kedua.

Anehnya, pengadil perlawanan, Paul Tierney menganggap ia hanya kekasaran biasa sahaja, dan tidak perlu mengeluarkan sebarang kad amaran kepada James Milner.

Hal itu telah menyebabkan Pep Guardiola mengamuk di tepi padang kerana tidak boleh menerima keputusan mengarut dari pengadil perlawanan.

Melihat reaksi pengurus dari Sepanyol itu mengamuk jelas sekali boleh difahami dan beliau benar-benar melepaskan kemarahannya kepada pembantu pengadil di luar padang.

Mike Dean bertugas sebagai pengadil keempat dalam perlawanan tersebut, dengan beliau merupakan individu paling hampir dengan Pep Guardiola yang sedang mengamuk di tepi padang.

Reaksi tenang dan santai Mike Dean di tepi padang sambil sekadar melihat saja Pep Guardiola mengamuk teruk mencuri perhatian peminat di media sosial.

Ramai yang terhibur dan merasakan ia hal yang sangat lucu untuk melihat reaksi santai Mike Dean ketika berdepan dengan Pep yang sedang mengamuk.

Pep Guardiola bahkan turut dilayangkan dengan layangan kad kuning kerana bersikap terlalu aggressive dalam membantah keputusan pengadil perlawanan.

Satu hal yang pasti, keputusan-keputusan dari pengadil perlawanan dalam saingan Premier League sememangnya sering menimbulkan persoalan, namun mereka tidak pernah mengakui hal itu, apa lagi mahu mengubahnya.

Selepas tamat perlawanan, Pep Guardiola telah ditanya tentang keputusan pengadil tidak mahu melayangkan kad merah pada Milner.

Bekas pengurus Barcelona dan Bayern Munich itu tenang menjawab:

“Ia sepatutnya kad kuning.”

Jelas Pep.

“Ia sangat jelas. Ia Anfield, Old Trafford. Dalam situasi kami, pemain Manchester City boleh dilayangkan kad merah. Ia sangat jelas. Ia sepatutnya kad kuning kedua.”

Sumber: GMS

BACA:  Van Gaal: Saya Mahu Manchester United Bermain Seperti Pasukan Pep Guardiola