Van Gaal: Saya Mahu Manchester United Bermain Seperti Pasukan Pep Guardiola

Bekas pengurus Manchester United, Louis Van Gaal mendedahkan beliau sebenarnya mahu pasukan United yang dilatihnya pada masa lepas bermain seperti Manchester City di bawah kendalian Pep Guardiola.

Van Gaal dilantik menjadi pengurus Manchester United sejurus Piala Dunia 2014 berakhir dimana beliau berjaya membawa Belanda meraih tempat ke-3.

Impian setiap peminat Setan Merah adalah untuk melihat pasukan mereka bermain seperti pasukan Pep Guardiola, bukan hanya LVG.

Pengurus berasal dari Belanda itu dipecat pada tahun 2016 selepas dua musim memegang jawatan tersebut kerana gagal membawa lebih banyak kejayaan kepada kelab walaupun berbelanja besar.

Walaupun dipecat, Van Gaal sempat membantu Red Devils memenangi Piala FA pada musim terakhirnya di Old Trafford.

Van Gaal sering menerima kritikan dari peminat United kerana corak permainan yang cuba diterapkan beliau dalam pasukan Manchester United. Banyak pihak melabel corak permainan United di bawah Van Gaal sebagai membosankan kerana bertukar hantaran tanpa mampu menembusi barisan pertahanan lawan.

Kemuncaknya adalah ketika Manchester United hanya mampu meraih 4 kemenangan dari 16 perlawanan yang diharungi mereka. Van Gaal akhirnya dipecat pada Mei 2016 atas alasan tidak mencapai sasaran yand ditetapkan pihak kelab.

Piala FA tidak cukup bagus buat kelab sehebat Manchester United

Walaubagaimanapun, bekas pengurus Barcelona itu menegaskan beliau mempunyai asas yang kukuh untuk meraih kejayaan di Old Trafford.

Beliau juga mendakwa beliau sebenarnya mahu pasukan Manchester United yang dilatihnya ketika itu bermain seperti Manchester City pada ketika ini.

“Bagi saya, Pep Guardiola adalah pengurus terbaik di Liga Perdana Inggeris ketika ini. Guardiola berjaya menjadikan pasukan Manchester City bertindak seperti sebuah mesin.” Ujar Van Gaal ketika bercakap kepada majalah dari Jerman, SportBild.

“Beliau berjaya mempamerkan bolasepak yang dikehendaki saya ketika menguruskan Manchester United. Tetapi sudah tentu beliau memiliki pemain yang lebih bagus daripada saya. Saya mungkin memerlukan masa yang lebih lama untuk mencapai apa yang telah dilakukan Guardiola. Malangnya, jodoh saya di Manchester United tidak lama.”

Van Gaal juga menepis dakwaan pihak media yang melaporkan beliau menyimpan perasaan dendam terhadap pengganti beliau di Old Trafford, Jose Mourinho. Beliau juga tidak terkejut mengapa pengurus terbaik dunia mengidam untuk mengisi kerusi panas di Manchester United.

No hard feelings from LVG towards JM. Comolot sekali

“Saya tidak kecewa dengan Jose Mourinho. Setiap jurulatih mahu melatih pasukan Manchester United. Ia merupakan salah sebuah kelab terbesar di dunia.”

“Saya juga rasa Jose mahu melatih Manchester United seperti jurulatih lain, walaupun beliau mendapat peluang tersebut dengan membawa Chelsea menduduki tangga ke-13. Manchester United saya mengakhiri musim di tangga ke-4, tetapi masih dipecat ! Tetapi saya tidak akan salahkan Mourinho.”

“Apa yang saya rasa tidak betul adalah apabila CEO [Ed Woodward] berkata kepada media yang pihak kelab gembira dengan pencapaian anda. Selepas itu saya berjaya memenangi Piala FA dan masih lagi dipecat. Jadi jangan percaya dengan apa yang ditulis pihak media.”

BACA:  Mourinho Sudah 'Maafkan' Perbuatan Kurang Ajar Pembantu Sarri