Mourinho Sudah ‘Maafkan’ Perbuatan Kurang Ajar Pembantu Sarri

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho berkata beliau sudah memaafkan jurulatih Chelsea, Marco Ianni berikutan pergelutan yang tercetus sebaik sahaja Chelsea berjaya menyamakan kedudukan pada minit-minit terakhir perlawanan.

Dalam aksi Liga Perdana Inggeris itu, Manchester United hampir membawa pulang 3 mata berharga dan memberi Chelsea merasai kekalahan pertama jika tidak kerana jaringan pemain antarabangsa England, Ross Barkley pada lewat permainan sekaligus menambah lagi tekanan buat Mourinho.

Perbuatan pembantu Sarri menyebabkan Mourinho naik angin

Namun apa yang mencetuskan kekecohan yang hampir membawa kepada pergaduhan di kawasan bangku simpanan berpunca daripada tindakan pembantu Maurizio Sarri iaitu Marco Ianni yang menyambut jaringan Barkley di hadapan bangku simpanan Manchester United.

Tindakan Ianni tidak berapa disenangi Mourinho dan pengurus berasal dari Portugal itu dengan penuh perasaan marah bangun dari tempat duduknya untuk mengejar Ianni yang masuk ke terowong stadium.

Mujurlah pegawai keselamatan stadium sempat memegang Mourinho dari menyerang Ianni yang mana boleh menyebabkan Mourinho dikenakan tindakan yang keras dari FA. Aksi Mourinho itu persis aksi Khabib selepas menewaskan McGregor.

Ketika bercakap kepada wartawan sejurus tamat perlawanan, Mourinho berkata beliau sudah melupakan insiden tersebut selepas permohonan maaf dari Sarri dan Ianni sendiri.

Natang ni

“Oh come on. Saya boleh beritahu kamu hampir 97 minit permainan, perlawanan berlangsung dengan cukup baik tetapi anda [pihak media] hanya mahu fokus terhadap insiden itu sahaja.”

“Saya tidak menerima layanan penuh hormat dari penyokong Chelsea tadi, tetapi itu bukan tanggungjawab saya. Apa yang saya telah lakukan hari ini adalah tindakan yang akan saya lakukan jika saya masih berada di Porto, Real Madrid atau Inter Milan.”

“Reaksi dari penyokong tuan rumah bukan di bawah kawalan saya. Saya tidak marah. Mengenai insiden yang melibatkan pembantu Sarri, Sarri merupakan individu pertama yang datang kepada saya dan memberitahu yang beliau akan menyelesaikan isu ini.”

“Pembantu Sarri juga sudah datang berjumpa saya dan meminta maaf. Saya beritahu dia supaya melupakan sahaja apa yang berlaku tadi. Saya juga sudah banyak melakukan kesilapan sepanjang karier saya.”

Jaringan minit terakhir Barkley berjaya menyelamatkan rekod tanpa kalah Chelsea musim ini

“Itu bukan reaksi saya. Ia reaksi pembantu Sarri. Tindakan beliau sangat kurang ajar tetapi Sarri sudah menyelesaikan isu ini. Kedua-dua mereka sudah meminta maaf dan saya menerimanya. Bagi saya, cerita ini habis di sini sahaja.”

Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri mengakui tindakan pembantu beliau ketika menyambut jaringan penyamaan Barkley tidak dapat diterima dan tidak akan berulang lagi.

“Sejujurnya, saya tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya tetapi saya sudah bercakap dengan Mourinho. Saya juga sudah bercakap dengan staff saya kerana saya rasa kami berada di pihak yang salah.”

https://twitter.com/byabuhk/status/1053639279510020097

BACA:  Pogba Gesa Mouriho Guna Taktik Yang Lebih Menyerang