Pendapatan Yang Diperoleh Khabib Dari 12 Perlawanan Terakhirnya

Nama Khabib Nurmagomedov sudah tidak asing lagi dengan sukan UFC. Beliau merupakan petarung UFC yang paling power ketika ini.

Khabib kini sedang mempersiapkan  diri untuk pertarungan yang seterusnya berhadapan dengan Tony Ferguson bulan hadapan.

Perlawanan mereka berdua sebelum ini sudah banyak kali gagal dan pada tahun ini awalnya juga hampir menemui kegagalan.

Penularan virus Covid-19 merencatkan pertemuan dua pertarung hebat ini. Tetapi perlawanan mereka akan tetap diteruskan secara tertutup.

Sebelum ini kita asyik cerita pendapatan McGregor dan Mayweather. Kalau pasal bola sepak asyik cerita gaji Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Tapi kali ni kita tengok pula berapa sebenarnya Khabib ni dah buat duit daripada UFC.

Ramai yang menyangka pendapatan Khabib ketika menentang McGregor adalah yang tertinggi dalam kariernya.

Namun, menurut satu laporan dari MMA Daily, sebenarnya angka itu tidak mampu untuk menandingi pendapatan Khabib ketika menentang Dustin Poirier.

MMA Daily juga mendedahkan bahawa dua perlawanan terakhir pertarung dari Dagestan itu adalah yang tertinggi antara 10 lagi perlawanan beliau sebelum itu.

MMA Daily turut mendedahkan data bahawa Khabib Nurmagomedov setakat ini sudah mendapat $8,680,000 dari 12 perlawanan terakhir beliau.

Kalau kita tukarkan kepada nilai ringgit, Khabib sudah mendapatkan RM35.5 juta dari 12 perlawanan terakhirnya.

Dua PPV terakhir beliau adalah penyumbang utama kepada angka yang telah berjaya beliau peroleh itu.

Khabib menerima $6 juta daripada PPV berhadapan dengan Dustin Poirier, dan $2 juta lagi ketika berhadapan dengan Conor McGregor.

Ketika perlawanan menentang McGregor, Khabib menerima $2 juta berserta bonus $40,000. Namun McGregor menerima pendapatan lebih dari itu.

Walau bagaimanapun bayaran itu ditahan dan kemudian dipotong $500 ribu kerana insiden serangan beliau ke atas kem McGregor selepas tamat perlawanan.

Jadi, Khabib hanya mendapat sekitar $1.54 juta daripada pertarungan itu.

Akibat daripada pergaduhan itu juga, Khabib digantung daripada beberapa pertarungan. Ini bermakna beliau tidak terlibat dalam beberapa pertarungan yang beliau boleh terlibat.

Kepulangan semula Khabib Nurmagomedov ke dalam lapangan UFC telah disambut gembira oleh peminat UFC.

Beliau menewaskan Duston Poirier untuk merampas tali pinggang kejuaraan dalam UFC 242.

Khabib mendapat $6 juta, dengan insentif khas $50,000 yang digelar Performance of the Night. Lumayan bukan?

Ianya memecahkan rekod yang beliau dapat ketika berhadapan dengan Conor McGregor.

Ramai yang mahukan Khabib rematch dengan Conor McGregor. Kerana ia akan mampu memberikan pulangan wang lebih banyak selepas ini.

Namun Khabib buat masa ini tidak mahu menjadikan wang sebagai faktor utama untuk menentukan pertarungan.

Sebaliknya beliau mahukan pertarungan itu dapat kepada orang yang selayaknya.

Maksud Khabib adalah mereka yang sudah menunggu giliran untuk merebut tali pinggang kejuaraan itu.

Khabib mendakwa, beliau hanya akan bertarung semula dengan McGregor jika fighter Irish itu benar-benar layak untuk menjadi pencabar kejuaraan.

Dan jika waktunya tiba dan tali pinggang itu masih di tangan beliau, maka ianya adalah dialu alukan.

Sebagai tambahan, Khabib Nurmagomedov dan ayahnya sudah membina gym serba lengkap di Rusia, untuk kegunaan masyarakat setempat bagi berlatih seni mempertahankan diri.

Gym itu turut dilengkapi dengan ruang solat bagi kegunaan mereka yang beragama Islam.

BACA:  Khabib Mengajar Dunia Bagaimana Menyebut Namanya Dengan Betul