Pengurus Denmark, Kasper Hjulmand tidak mampu menahan air matanya ketika beliau berkongsi tentang perasaannya terhadap situasi Christian Eriksen yang tumbang semasa aksi bertemu Finland.
Hjulmand melalui sesi sidang media yang sangat beremosi dan menyentuh hati selepas tamat aksi kekalahan 1-0 skuadnya di tangan Finland awal pagi tadi.
Joel Pohjanpalo berjaya menjaringkan satu-satunya gol dalam perlawanan tersebut, namun aksi saingan kumpulan B itu terpaksa dihentikan seketika dek kerana bintang Inter Milan, Eriksen tumbang di penghujung aksi babak pertama permainan.
🚨 Denmark coach Kasper Hjulmand: “Kjaer was very, very touched. They are [Kjaer and Eriksen] very good friends. He wanted to try continue playing, but it was impossible. Feelings overwhelmed him. It is totally understandable.” pic.twitter.com/wWweSvdCbU
— Milan Eye (@MilanEye) June 12, 2021
Insiden tersebut mencetuskan panik dan kebimbangan semua pihak yang risau melihat Eriksen tiba-tiba tumbang seperti itu.
Bercakap selepas tamat perlawanan, Hjulmand menitiskan air matanya sambil menekankan tentang pentingnya keluarga dan kawan-kawan.
Denmark coach Kasper Hjulmand (in tears at the post-match news conference): "It was a really tough evening, on which we've all been reminded what the most important things in life are. It's meaningful relationships. It's those people who are close to us. It's family & friends."
— John Bennett (@JohnBennettBBC) June 12, 2021
“Ia merupakan petang yang sukar, yang mana ia membuatkan kita semua teringat tentang satu hal yang paling penting dalam kehidupan kita.”
Jelas pengurus berusia 49 tahun itu yang memuji anak-anak buahnya walau Denmark tewas dalam perlawanan tersebut.
“Ia satu perhubungan yang sangat bermakna. Untuk semua orang yang rapat dengan kami. Mereka adalah keluarga dan kawan-kawan kami.”
“Untuk semuanya, semua, semuanya, doa saya hanya untuk Eriksen dan keluarganya.”
“Pujian saja tidak cukup untuk menghargai kesemua pemain saya.”
“Pertama sekali, ia merupakan waktu yang sangat beremosi, malam yang sangat sukar. Kita semua kena ingat hal yang terpenting dalam kehidupan kita, apa yang penting adalah, perhubungan yang bernilai, orang-orang yang rapat dengan kita, keluarga kita dan kawan-kawan kita.”
Boss Kasper Hjulmand delivers a rousing speech for the whole Danish team.
Denmark vs Finland is back underway on beIN SPORTS MAX 3. #beINEURO2020 #EURO2020 #DENFIN
Watch Now – https://t.co/RRmQgctETJ pic.twitter.com/xvm1gruMzt
— beIN SPORTS (@beINSPORTS_EN) June 12, 2021
“Kita ada sekumpulan pemain yang sangat saya banggakan. Saya sangat berbangga dengan mereka yang saling menjaga antara satu sama lain. Dia salah seorang kawan terdekat saya, saya terharu melihat semua pemain bersepakat dalam bilik persalinan selagi mereka tak dapat berita yang Eriksen sudah sedar dan OK.”
“Kami ada dua pilihan, sama ada bermain perlawanan itu esok pada 12pm atau semua orang setuju untuk main hari ini. Kamu tak boleh bermain dalam keadaan macam itu. Kami cuba untuk menang. Tapi saya kagum mereka masih boleh keluar dan turun menghabiskan aksi babak kedua permainan.”
“Jujurnya, ada antara pemain yang bermain itu sudah betul-betul terkesan. Emosi terkesan dan penat melayan emosi.”
Selain skuad Denmark yang risau tentang keadaan Eriksen, boleh dikatakan seluruh dunia juga merisaukan hal yang sama dan turut mendoakan kesihatannya.
Denmark manager Kasper Hjulmand delivered a rallying speech to his players ahead of the game restartinghttps://t.co/I7vqWOrE5C
— Mirror Football (@MirrorFootball) June 12, 2021
Rakan sepasukan beliau bersama Inter Milan, Romelu Lukaku sendiri mendedikasikan jaringan beliau untuk Eriksen dan mendoakan kesihatan bekas pemain midfield Tottenham Hotspur itu.
Ketika Lukaku yang sedang beraksi bersama Belgium mendengar berita tersebut dan selepas menjaringkan gol, beliau terus meluru ke arah kamera dan menjerit:
“Chris, I Love you.”
Beliau jelas mendedikasikan gol tersebut dan memberi gambaran yang hati dan fikirannya hanya untuk rakan sepasukannya itu.
Ketika temu bual selepas tamat perlawanan, Lukaku mendedahkan yang beliau mendedikasikan jaringan dan persembahan beliau dalam perlawanan ini untuk Christian Eriksen.
#Den coach Kasper Hjulmand: ‘I can’t praise my players enough’ | By @jonawils https://t.co/t9ykbG9qVO #Euro2020
— Guardian sport (@guardian_sport) June 12, 2021
“Saya gembira dengan kemenangan ini, tapi bagi saya perlawanan ini sukar kerana fikiran saya hanya fikirkan rakan sepasukan saya, Christian Eriksen, saya harap dia kembali sembuh dan saya dedikasikan persembahan ini untuk dia.”
Ketika ditanya apa impak persembahan beliau sebaik mendengar berita tersebut, Lukaku menjawab:
“Saya saya menangis teruk, kerana saya takut, jelas sekali kerana bimbang, kami banyak lalui detik hebat bersama dalam tempoh setahun setengah ini, saya lebih banyak menghabiskan masa bersama dia berbanding keluarga saya, doa saya untuk dia, kekasih dia, dua anak dia dan keluarga dia.”
"I cried a lot because I was scared."
Romelu Lukaku dedicated Belgium's win to Inter Milan team-mate Christian Eriksen ❤️#bbceuro2020
— BBC Sport (@BBCSport) June 12, 2021
Eriksen yang masih lagi berada di hospital ketika ini, dilaporkan sudah berada dalam keadaan yang stabil.