Membenarkan atlet transgender angkat berat Laurel Hubbard untuk menyertai acara tersebut dalam kategori wanita adalah sama seperti membiarkan atlet menggunakan dadah terlarang dan mungkin akan menjadi satu kayu ukur yang bahaya untuk kejohanan di masa akan datang, ujar jurulatih angkat berat wanita Samoa kepada Reuters.
Hubbard yang merupakan atlet New Zealand dan sebelum ini pernah bertanding dalam kategori lelaki sebelum mengubah jantina pada 2013, dikatakan bakal menjadiatlet transgender yang pertama untuk muncul di Olimpik selepas perubahan peraturan kelayakan.
Tuaopepe Jerry Wallwork, jurulatih juara Suka Komanwel dari Samoa, Feagaiga Stowers agak gusar dengan kehadiran Hubbard dalam kategori super-heavyweight di Tokyo dan mungkin boleh menghalang negara kecil tersebut untuk memenangi pingat Olimpik kedua mereka.
“Perempuan perlu dapat petandingan yang adil kerana saya rasa ini hampir sama dengan seperti kes seseorang yang mengamibil dadah, ambil bahan terlarang dan menjadikan pertandingan agak tidak adil,” katanya kepada Reuters di pejabatnya di Apia.
“Ini adalah satu isu dan isu yang sangat sensitif perlu diperhalusi.
“Saya rasa semua wanita patut bersuara dan tengok isu ini..dan bawa kes ini ke IOC(Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa) dan cuba untuk ubah kembali.
Jawatankuasa Olimpik New Zealand setakat ini masih belum memilih atlet angkat beratnya tetapi mengatakan bahawa Hubbard layak untuk bertanding di Tokyo dan mengikut undang-undang Kesatuan Angkat Berat Antarabangsa.
Jurucakap Hubbard, ketika dihubungi, enggan untuk memberikan sebarang komen.
Hubbard layak untuk bertanding dalam Olimpik sejak 2015 selepas IOC mengeluarkan satu garis panduan membenarkan transgender untuk bertanding dalam acara wanita dengan syarat tahap testosteron mereka adalah di bawah 10 nanomole per liter dalam tempoh sekurang-kurangnya 12 bulan sebelum pertandingan pertama mereka, dan tahap itu sepatutnya kekal di bawah tahap yang dibenarkan ketika mereka bertanding.
Sesetengah saintis mengatakan bahawa garis panduan tersebut tidak membantu sangat dalam mengurangkan kelebihan mereka yang telah melalui fasa akil baligh sebagai lelaki, termasuklah kepadatan tulang dan otot.
Pihak penyokong transgender pula memberi hujah bahawa proses penukaran jantina telah mengurangkan kelebihan dengan banyak dan perbezaan fizikal seseorang atlet itu sendiri pun sebenarnya menunjukkan tidak pernah ada pertandingan yang adil.
Wallwork ternyata sangat tidak berpuas hati dengan penyertaan Hubbard dalam Sukan Komanwel 2018 di Australia, di mana dia adalah calon juara sebelum mengalami kecederaan yang disangka telah mengakhiri kariernya.
Hubbard pula berkata Sukan Komanwel adalah “model untuk apa yang sukan boleh dan patut buat.”
Dalam acara Sukan Pasifik di Samoa pada tahun 2019, Hubbard menjadi punca kemarahan ramai di negara penganjur tersebut apabila dia telah naik ke podium sebanyak dua kali, mengatasi wirawati Samoa, Stowers.
Wallwork menyatakan dia bukan nak buat Hubbard sakit hati, tetapi sekadar mahu mengutarakan ketidakadilan dalam garis panduan IOC.
Dia juga risau tentang kesinambungan daripada pemilihan Hubbard dalam Olimpik nanti.
“Kerisauan utama saya adalah sukan yang bersentuh seperti tinju, seperti gusti..apa akan jadi kalau seseorang ditumbuk dan terbunuh?” Soalnya.
“Terdapat perbezaan yang besar dari segi kekuatan dan perbezaan jisim tulang dan otot, ya, itulah yang menjadi kebimbangan utama.”
Sebelum ini, pihak IOC menyatakan pendirian mereka untuk bersifat inklusif tanpa mengira indentiti jantina, karakter seksual dan pada masa yang sama mereka kemaskini garis panduan mereka.
Bagi Wallwork pula, jawapan kepada persoalan ini mudah sahaja – berikan atlet transgender ini kategori mereka sendiri untuk bertanding.
“Sebagai seorang jurulatih, awak tahulah…seseorang yang sudah mengangkat berat sebagai seorang lelaki bertahun-tahun sebelum ini, kekuatan itu masih ada, otot tu.
“Apa-apa yang awak tukar pun, benda tu masih di situ dan akan menjadi tidak adil buat para wanita.”
Wallwork juga mengatakan bahawa dia tidaklah sampai tidak membenarkan pengangkat berat untuk berlatih di gym miliknya, tetapi dia tidak akan melatih atlet transgender yang bertanding dalam kategori wanita.
“Saya tidak akan melatih mereka melainkan mereka bertanding dalam acara lelaki, ataupun melainkan IOC buka satu kategori baharu buat mereka,” tambahnya lagi.
Sebelum ini Wallwork pernah melatih Ele Opeloge dan muncul sebagai satu-satunya atlet Samoa yang pernah mememangi medal Olimpik di mana dia muncul pemenang pingat perak dalam acara tersebut di Beijing pada tahun 2008.
Tuduhan menggunakan bahan terlarang telah menyebabkan kehilangan pingat tersebut, sebelum dikembalikan lapan tahun kemudian selepas sampelnya dianalisis semula.
Untuk acara pada tahun ini, Wallwork berharap Stowers yang berusia 20 tahun akan mampu memenangi pingat sekaligus menggembirakan seluruh negara kerdil tersebut.
“Kita dah banyak susah dah dah di dunia ini, kita nak dah ada lagi yang tambah kepada kesusahan itu,” katanya.
Berita : TorontoSUn