Penyokong England Diharamkan Untuk Menyanyi Atau Chanting Ketika Menonton Di Bar

Para penyokong England yang mahu menonton aksi bertemu Croatia di bar atau di mana saja nanti, tidak dibenarkan sama sekali untuk menyanyi atau chanting.

Mereka boleh minum, makan atau berborak sampai pagi, tapi tidak dibenarkan untuk menyanyi atau chanting seperti yang sering dilakukan sebelum ini.

England akan memulakan aksi Euro 2020 mereka dalam kumpulan D bertemu Croatia di Wembley, dan para penyokong seluruh negara tentunya bakal mencari jalan untuk menonton perlawanan tersebut.

Tidak kira berkumpul di bar, kedai mamak, dataran terbuka, rumah kawan, atau apa saja platform yang ada, mereka tentunya mahu bersama-sama memberi sokongan kepada skuad England.

Namun mengikut garis panduan penjarakkan sosial dan peraturan khas yang ditetapkan berkait undang-undang penyakit berjangkit, ia bakal memberi suasana yang berbeza kepada para penonton.

Pihak kerajaan telah menetapkan peraturan yang lebih ketat ekoran dari penularan wabak C0V-19 dan mengelakkan timbulnya kluster terbaru.

Selain dari menjaga jarak satu sama lain, menjaga jarak meja, para peminat juga diharamkan sama sekali untuk menyanyi dan chanting ketika menonton perlawanan.

Pihak bar akan menyediakan bunyi latar belakang dengan para peminat tak boleh menyanyi, chanting atau menjerit secara berlebihan bagi mengelakkan penularan wabak.

Peraturan sama ditetapkan di seluruh negara tidak kira di mana tempat mereka menonton perlawanan tersebut dan tidak kira seberapa bersemangatnya peminat untuk meraikan Euro kali ini.

Semuanya dilakukan demi untuk memastikan wabak tersebut tidak terus menular dan para penonton boleh menonton bola dengan lebih selamat.

Pakar undang-undang, Graeme Cushion, yang juga merupakan pakar dalam perlesenan pub, telah mendedahkan bahawa:

“Saya rasa semangat patriotik kita sangat tinggi, terutama jika England berjaya melakukan yang terbaik dalam pertandingan ini, mereka akan dapat sokongan yang lebih.”

“Peraturan perniagaan terbaru menetapkan untuk peminat duduk dan menonton perlawanan, mereka tidak dibenarkan untuk berdiri dan menyanyi.”

“Dan untuk indoors, sebaik kamu berdiri, kamu harus memakai topeng muka, yang mana kamu tak akan dibenarkan untuk menyanyi.”

Sayang sekali, ia bermaksud peminat tak boleh menyanyi lagu “It’s Coming Home’ atau ‘God Save the Queen” ketika menonton perlawanan Euro tahun ini.

Walau bagaimanapun, berita baik untuk penyokong England, Wembley akan dibenarkan untuk menampung penonton 50% lebih ramai dari kapasiti peringkat kumpulan, untuk peringkat kalah mati nanti.

Menurut The Telegraph, rundingan berkait hal tersebut sedang berjalan ketika ini, dengan Perdana Menteri, Boris Johnson akan membuat keputusan pada 21 Jun nanti.

Setakat ini, pihak kerajaan mahu membenarkan 40,000 penonton untuk menonton aksi peringkat kalah mati, dan jika masuk ke peringkat separuh akhir dan akhir, akan lebih ramai penonton yang akan dibenarkan masuk.

Untuk aksi England bertemu Croatia nanti, 22,500 penonton yang sudah menerima vaksin atau yang sudah melakukan ujian saringan berjangka hayat selama 48 sahaja yang akan dibenarkan untuk masuk menonton perlawanan tersebut.

BACA:  Declan Rice Terpaksa Digugurkan Dari Skuad England