Declan Rice Terpaksa Digugurkan Dari Skuad England

Pemain midfield West Ham, Declan Rice telah digugurkan dari skuad England untuk aksi kelayakan Piala Dunia, atas masalah kesihatan.

Gareth Southgate terpaksa mengetepikan Rice untuk dua aksi kelayakan Piala Dunia selepas ini kerana bintang West Ham itu dibelenggu masalah kesihatan.

Bintang berusia 22 tahun itu merupakan pemain terbaru dari skuad Gareth Southgate yang tidak boleh diturunkan ketika aksi bertemu Albania dan San Marino.

Pemain midfield Southampton, James Ward-Prowse dan bintang Manchester United Marcus Rashford telah kembali melapor diri ke kelab masing-masing.

“Declan Rice telah digugurkan dari skuad England.”

Tulis kenyataan rasmi dari Persatuan Bola Sepak Indonesia pada petang Rabu lalu.

“Beliau tidak dapat menyertai sesi latihan kerana masalah kesihatan sejak melaporkan diri ke St. George’s Park, pemain midfield itu telah kembali sertai skuad West Ham United dan tidak akan ambil bahagian dalam mana-mana dua aksi kelayakan Piala Dunia selepas ini.”

“Tiada perancangan untuk menambah pemain baru ke dalam skuad pada ketika ini. Mason Mount dan Luke Shaw masih bersama skuad dan akan terus dipantau atas masalah sakit gigi (Mount) dan gegaran otak (Shaw).”

Declan Rice telah menikmati karier yang sungguh luar biasa menakjubkan bersama West Ham pada musim ini, dengan beliau cemerlang memimpin The Hammers untuk berada di kedudukan ketiga dalam carta liga.

Lebih menakjubkan lagi, beliau turut berjaya membantu West Ham mencipta sejarah menewaskan Liverpool 3-2 dalam aksi saingan Premier League minggu lalu.

Ia merupakan rekod yang sungguh menakjubkan selepas West Ham bukan hanya berjaya menewaskan Liverpool, mereka bahkan turut berjaya mengakhiri rekod 26 perlawanan tanpa kalah The Reds dalam semua pertandingan.

Pemain berusia 22 tahun itu turut berjaya menjaringkan 2 gol dari empat penampilan dalam saingan Europa League pada musim ini.

Beliau juga merupakan nadi penting untuk skuad England, dengan Declan Rice telah diturunkan untuk beraksi dalam semua perlawanan bersama The Three Liones ketika aksi Euro pada musim panas lalu.

Walau England tewas di tangan Itali dalam aksi perlawanan akhir, namun aksi Declan Rice sepanjang kejohanan tetap mendapat pujian yang menggunung dari para peminat.

Southgate mungkin sudah kehilangan tiga pemain utamanya, namun setakat ini, pemain midfield berbakat Arsenal, Emile Smith Rowe berjaya mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

Beliau telah dipanggil untuk sertai skuad senior dari skuad bawah 21 tahun dan kemampuan serta bakat yang dimiliki oleh bintang muda Gunners itu tidak boleh diragukan.

Pemain muda itu setakat ini sudah berjaya menjaringkan empat gol dan turut mencatatkan dua assists untuk skuad kendalian Mikel Arteta sepanjang musim ini.

Walau usianya masih muda, namun tidak dinafikan lagi yang Smith Rowe sememangnya seorang pemain berbakat, dan antara yang paling berprestasi dalam dunia bola sepak hari ini.

Beliau antara nadi penting yang membantu Arsenal untuk naik ke kedudukan kelima dalam carta liga pada ketika ini, selepas mereka pada awal musim lalu hanya berada di kedudukan ke-20.

Tidak hairanlah mengapa Smith Rowe boleh jadi pemain yang paling disayangi pada ketika ini, kerana sumbangan beliau di atas padang jelas sekali sungguh menakjubkan.

Beliau kini berpotensi untuk membuktikan kemampuan beliau dipentas bola sepak antarabangsa pula, dengan Smith Rowe berkemungkinan akan diturunkan dalam dua aksi kelayakan Piala Dunia selepas ini.

Mampukah Smith Rowe untuk kekalkan tahap persembahan mantap beliau bersama Arsenal untuk beraksi bersama England? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: talkSPORT

BACA:  Mengapa Arsenal Masih Belum Umum Ketibaan Declan Rice?