EPL: Arsenal Semakin Gayat Di Persada Liga Selepas Thriller 7 Gol Tewaskan Luton

Tandukan minit akhir Declan Rice menjadi gol kemenangan untuk Arsenal dalam perlawanan yang dibanjiri sehingga 7 jaringan penuh mendebarkan untuk menewaskan Luton 4-3 dalam aksi Premier League pada awal pagi tadi.

Perlawanan berlangsung dengan sengit menyaksikan pasukan tuan rumah bangkit dua kali dalam perlawanan ini, dan berjaya mendahului apabila Elijah Adebayo dan Ross Barkley masing-masing menjaringkan satu gol dalam tempoh lapan minit pada babak kedua – di mana penjaga gol David Raya menjadi tumpuan utama kerana kesilapan yang dilakukannya.

d

Walaubagaimanapun The Hatters dinafikan mata berharga apabila Rice berjaya menanduk masuk hantaran Martin Odegaard, hanya 23 saat sebelum pengadil meniupkan wisel penamat.

Sebelum itu tandukan Gabriel Osho daripada sepakan sudut Alfie Doughty berjaya menyamakan kedudukan buat Luton pada babak pertama perlawanan untuk memadam gol minit ke-25 Gabriel Martinelli.

Dan ketika Gabriel Jesus seakan-akan berjaya memastikan dominasi milik Arsenal dengan jaringan kedua untuk pasukan pelawat kembali mendahului, Arsenal yang dianggap memiliki jentera pertahanan terbaik di Premier League tiba-tiba menjadi sebaliknya.

Ia bermula dengan kejayaan Adebayo melonjak lebih tinggi mengatasi Raya untuk menyempurnakan sepakan sudut yang diperilehi sebelum Luton menghasilkan satu gerakan untuk membenarkan Barkley merembat leret dengan kaki kiri yang berjaya melolosi penjaga gol itu sekali lagi.

Momentum perlawanan kembali menjadi milik skuad kendalian Arteta apabila Kai Havertz berjaya meyempurnakan hantaran cantik Jesus untuk gol penyamaan.

Luton seakan-akan berjaya memastikan Arsenal pulang hanya dengan satu mata sebelum gol minit akhir penuh dramatik Rice.

Kekalahan itu bermakna Luton kini berada di kedudukan ke-17, dua mata daripada zon penyingkiran. Arsenal pula terus mengukuhkan tempat di kedudukan teratas dengan kelebihan lima mata ke atas Liverpool di kedudukan kedua.

Namun defisit tersebut mungkin akan berubah sekiranya Liverpool berjaya menewaskan Sheffield United pada awal pagi esok.

BACA:  FA Cup: Arsenal Lembik Dikerjakan Oleh Nottingham Forest