β€˜Flying Kiss’ Varane Buat Penyokong The Hatters Lebih Terluka

Raphael Varane membuatkan luka yang dialami penyokong Luton bertambah perit apabila sengaja melayangkan ciuman kepada mereka ketika menuju terowong pemain selepas kemenangan 2-1 di Kenilsworth Road pada malam tadi.

Rasmus Hojlund menjaringkan dua gol di dalam tempoh 7 minit pertama perlawanan untuk memberikan pendahuluan selesa kepada skuad kendalian Erik ten Hag dalam perlawanan ini.

Luton berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi tandukan Carlton Morris pada minit ke-14 perlawanan, namun The Hatters bergelut mencari gol penyamaan selepas itu untuk memberikan kemenangan kepada United.

Varane adalah antara pemain pertahanan United yang bekerja keras menyerap asakan Luton yang berusaha memburu gol penyamaan sepanjang perlawanan.

@dailymailsport Luton Fans were fuming after Varane blew a kiss at them after their loss to Manchester United πŸ‘€πŸ˜˜ #dailymailsport #dailymail #news #sports #football #soccer #premierleague #manunited ♬ original sound – Daily Mail Sport

Tindakan Varane menggunakan pengalamannya melakukan hadangan pada minit ke-31 perlawanan bejaya mengagalkan The Hatters menyamakan kedudukan selepas kesilapan dilakukan Harry Maguire.

Menyertai United pada 2021, ia mungkin indikasi jelas mengapa United perlu memanjangkan kontrak Varane untuk kekal di Old Trafford melangkaui musim ini.

Dan apabila perlawanan tamat, Varane melayangkan ciuman kepada penyokong Luton ketika berjalan menuju ke terowong pemain. Tindakan tersebut jelas tidak disenangi oleh penyokong tuan rumah.

Ia diikuti oleh reaksi marah dan ada antara mereka memukul bahagian bumbung terowong diikuti oleh kata-kata makian terhadap pemain pertahanan itu.

Reaksi daripada Varane itu sebenarnya adalah tindak balas terhadap tindakan penyokong The Hatters yang mencemuh pemain United selepas tamat perlawanan.

Turut menjadi mangsa dan sasaran penyokong pasukan pelawat adalah kapten pasukan, Bruno Fernandes.

Tindakan daripada Varane itu dianggap kurang bijak kerana ia mampu membuatkan keadaan semakin tidak terkawal.

Kemenangan ke atas Luton pada tengah malam tadi (waktu Malaysia) membenarkan Manchester United mengurangkan jarak mata dengan pasukan kedudukan keempat, dalam misi memburu tempat ke Champions League pada musim hadapan.

BACA:Β  Peminat Teruja Melihat Cristiano Ronaldo Kembali Ceria Selepas Tamat Aksi Kemenangan Bertemu West Ham