Premier League 2019/20 Season Finale: Leicester City 0-2 Manchester United

Pasukan paling agung dalam peradaban bola sepak dunia, Manchester United akhirnya berjaya mendapat slot dan kembali ke kejohanan paling agung di Eropah, Champions League untuk musim hadapan.

Kemenangan dua gol tanpa balas menentang pencabar terdekat, Leicester City menjadikan pertemuan dua pasukan ini menjadi tumpuan utama di hari terakhir Premier League musim 2019/20.

Setan Merah hanya perlukan seri untuk mara ke Champions League dan menang akan memastikan tempat ketiga milik mereka.

Manakala The Foxes memerlukan kemenangan untuk ke Champions League namun tampak tempang tanpa James Maddison dan Caglar Soyuncu.

Sejak bersambung kembali liga, Leicester sangat kurang konsisten dan menyengat menyebabkan mereka keciciran mata dan akhirnya terlepas peluang ke Champions League.

Perlawanan separuh masa pertama berlangsung agak hambar dan Leicester City tampak keinginan mereka untuk menang dan Setan Merah huru-hara seperti biasa.

Tiada gol terhasil pada separuh masa pertama dan ada yang membuat ramalan bahaya Manchester United akan menang dan akan mendapat sepakan penalti serta Leicester mendapat kad merah.

Dan ternyata tekaan ini tepat dan itulah terjadi di separuh masa kedua.

Anthony Martial telah dijatuh dan disandwich oleh dua pemain pertahanan Leicester City dan tanpa rujukan Video Assistant Referee(VAR) pun jelas kelihatan itu satu penalti.

Tiada isu pun dengan penalti yang dieprolehi Manchester United kecuali kau hati busuk.

Bruno Fernandes tanpa segan silu mengambil dan menyempurnakan sepakan penalti dengan satu henjutan sebelum menghantar bola ke gawang mudah menewaskan Kasper Schmeichel.

Impak terus diberikan Bruno Fernandes sejak menjadi Setan Merah dengan penglibatan yang menghasilkan 15 gol dalam 14 perlawanan. 8 gol dan 7 assist. Berapa penalti?

Penalti ke-14 buat Manchester United musim ini sekaligus memecahkan rekod yang sebelum ini dikongsi oleh Crystal Palace dan Leicester City.

Pada minit ke-90 menyaksikan satu lagi ramalan menjadi benar apabila Johnny Evans dilayangkan kad merah kerana terjahan keras ke atas kaki Scott McTominay.

Leicester City tidak berputus asa dan cuba mencari gol namun tidak berhasil dan ketika perlawanan hampir tamat Jesse Lingard yang tidak berfungsi selepas menggantikan Mason Greenwood menjaringkan gol kedua.

Kasper Schmeichel mahu membuat tendangan selepas menerima hantaran kebelakang, melihat Lingard datang bertandang, Kasper Schmeichel cuba menggelecek namun tidak lepas.

Lingard berjaya merampas bola dari kaki Kasper Schmeichel dan terus meletakkan bola ke gawang yang terhidang dan terbuka untuk dibolosi.

Kemenangan ini mengekalkan Manchester United ditangga ketiga merampas nombor keramat Chelsea dan menghantara Leicester ke Europa League.

Pemain penyerang Leicester City Jamie Vardy sah bergelar penjaring terbanyak Premier League bagi musim 2019/20 dengan 23 gol.

Pierre Emerick Aubameyang gagal untuk mengejar Vardy pada hari terakhir dengan 22 gol. Vardy menjadi pemain paling tua memenangi Premier League Golden Boot.

Kesebelasan Utama Leicester City 0-2 Manchester United

LEICESTER CITY (3-5-2): Schmeichel 5.5; Justin 7, Morgan 6, Evans 5.5; Albrighton 6.5 (Gray 71mins 6), Tielemans 6 (Barnes 71mins 6), Ndidi 7.5, Choudhury 6 (Praet 71mins 6), Thomas 7; Iheanacho 6 (Perez 57mins 6), Vardy 6.5.

Not used: Ward, M James, Mendy, Bennett

MANCHESTER UNITED (4-2-3-1): De Gea 6; Wan-Bissaka 6, Maguire 5.5, Lindelof 6, Williams 6; Matic 5.5, Pogba 6; Greenwood 6 (Lingard 76mins 6), Fernandes 6.5 (McTominay 85mins 6), Rashford 6.5 (Fosu-Mensah 90mins 6); Martial 8 (Ighalo 90mins 6).

Not used: Bailly, Mata, Fred, D James, Romero.

BACA:  Gerrard Mahu United Tersingkir Dari Liga Juara-Juara Eropah, Tapi Akui Keputusan Pengadil Adalah Tepat