Declan Rice Laung Amaran Arsenal Akan Tapau EPL Dan UCL

Pemain baharu Arsenal, Declan Rice sudah melaungkan amaran bahawa dia datang ke Arsenal untuk menjulang trofi EPL dan UCL.

Kehadiran Declan Rice ke Arsenal bukannya satu bulan madu semata mata dalam kariernya. Namun dia mahu memahatkan namanya sebagai salah seorang legenda yang membantu kelab menjulang EPL dan UCL.

Musim lalu Arsenal terlepas EPL kepada Man City selepas 248 hari berada di puncak EPL.

Lantas bekas pemain West Ham itu menegaskan bahawa, peminat Arsenal sudah boleh bersedia untuk menikmati kejayaan lebih bersar selepas ini.

Kali terakhir Arsenal menjuarai EPL adalah pada 2003/04 ketika era Arsene Wenger dengan skuad Invincibles mereka yang bersejarah.

Declan Rice kini menjadi pemain Inggeris termahal di dalam sejarah dengan rekod perpindahan £105 juta mengatasi rekod Jack Grealish sebelum ini.

Declan Rice setuju dengan kontrak jangka panjang sehingga 2028 di Arsenal. Pemain itu sebelum ini memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak dengan West Ham.

Pemain tengah antarabangsa England itu menjadi sasaran utama Mikel Arteta sejak awal jendela perpindahan dibuka lagi.

West Ham menjadikan rundingan dengan Arsenal rumit kerana berkeras meminta lebih £100 juta untuk pemain tengah tersebut. Dan akhirnya Arsenal dan West Ham mencapai kata sepakat dengan harga £105 juta bagi harga perpindahan Declan Rice.

Menjadikan dia pemain Inggeris termahal di dalam sejarah.

Mikel Arteta mengagumi kualiti permainan dan kematangan pemain tersebut. Di mana dia juga merupakan kapten West Ham sebelum ini. Yang membantu kelab itu menjuarai Liga Persidangan Eropah / UECL pada musim lalu.

Rice dianggap pemain yang boleh menjadi calon kapten pasukan kebangsaan England di masa akan datang.

Sebaik sahaja menyertai Arsenal, Declan Rice sudah meletakkan matlamatnya yang tinggi bersama The Gunners. Sasarannya adalah untuk memenangi EPL dan UCL bersama sama dengan The Gunners.

Menurut Rice tiada gunanya dia berada di Arsenal jika dia tidak yakin untuk mencapai cita cita besar untuk memenangi UCL dan EPL di Arsenal.

Rice yakin dengan projek yang ada di Arsenal serta kualiti skuad yang ada.

Declan Rice berkata: “Cita cita saya sekarang adalah memenangi trofi sekali lagi bersama Arsenal. Inilah masanya untuk mengambil satu langkag lebih besar dan memenangi Liga Perdana Inggeris, memenangi Liga Juara Juara Eropah.”

“Saya tidak akan berada di sini, jika saya tidak percayakannya.”

Declan Rice benar benar percaya dengan kelab Arsenal dan pengurusnya. Dia juga gembira kerana setiap orang bekerja keras dan berusaha untuk mencapai matlamat pada landasan yang betul.

Arsenal bersaing kembali dalam UCL buat pertama kali bermula musim ini selepas kali terakhir beraksi di pentas tertinggi eropah itu pada 2017.

Arsenal turut menjadi pasukan yang bersaing dengan Man City dalam kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Dengan membawa masuk pemain seperti Declan Rice, Kai Havertz serta Jurrien Timber, The Gunners menambah kekuatan ke dalam skuad mereka yang sedia ada.

Adakah Rice akan berjaya menjulang UCL dan EPL bersama Arsenal?

Peminat peminat Arsenal kagum dengan mentaliti kemenangan yang ada pada diri Declan Rice. Mentaliti itu yang membantu dia mengetuai West Ham menjulang UECL pada musim lalu.

Arsenal memiliki pemain yang sarat dengan kualiti lebih baik. Dan mereka sedia untuk kembali bersaing dalam kejuaraan EPL serta bersaing dalam UCL.

Ianya musim yang mengujakan sekali lagi buat peminat Arsenal.

BACA:  Mengapa Arsenal Masih Belum Umum Ketibaan Declan Rice?