Bintang Middlesbrough Didakwa Oleh FA Kerana Muat Naik Ketika Zaman Kanak-kanaknya

Pemain pertahanan Middlesbrough, Marc Bola telah didakwa oleh Persatuan Bola Sepak England, atas kesalahan muat naiknya di laman twitter ketika berusia 14 tahun.

Yang mana kesalahan tersebut dilakukan sekitar 10 tahun yang lalu dan baru sekarang beliau berdepan dengan siasatan dan bakal dihukum atas kesalahan tersebut.

Bola telah dituduh dengan tuduhan kesilapan keterlaluan di media sosial dan muat naik yang dimaksudkan telah dimuat naik pada tahun 2012 yang lalu.

Lebih tepat lagi, kesilapan itu dilakukan ketika beliau masih remaja dan tentu saja tidak mustahil untuk seorang remaja yang belum baligh melakukan kesilapan sedemikian.

Marc Bola merupakan pemain left back yang kini sudah berusia 23 tahun, dengan beliau pada musim ini sudah membuat lima penampilan dalam saingan Championship.

Muat naiknya yang disiasat oleh pihak FA itu dikatakan membawa ke arah seksual oriantasi dan kerana itulah beliau didakwa.

Satu kenyataan dari FA telah menyatakan bahawa:

“Pemain Middlesbrough FC Marc Bola telah didakwa atas kesalahan melanggar peraturan FA (E3) berkait muat naik media sosial pada 14 April, 2012.”

“Muat naik tersebut didapati menghina/atau kasar atau/ tidak sopan/ tidak wajar dan menjadikan permainan itu bercanggah dan bertentangan dengan peraturan FA E3.1.”

“Siasatan lanjut mendapati muat naik tersebut agak keterlaluan yang mana ia dikenal pasti sebagai melanggar peraturan FA E3.2, yang mana ia termasuk dalam kategori seksual oriantasi.”

“Pemain pertahanan itu diberi masa sehingga 20 September 2021 untuk menjawab segala pertuduhan ke atasnya.”

Melihat kepada insiden ini, para peminat di media sosial meluahkan rasa tidak puas hati masing-masing dan menganggap FA agak keterlaluan.

“Dia disiasat atas kesalahan yang dia lakukan waktu dia baru berusia 14 tahun? Mengapa perlu siasat kisah silam dia?”

“Kenapa sejarah dia seorang sahaja yang diungkit? Kenapa tak semak muat naik lama semua pemain bawah FA?”

“Ketika umur 14 tahun dia bukan bawah jagaan FA, kenapa sekarang baru FA nak cari? Hukum dia atas muat naik 10 tahun dulu? Kelakar, FA dah gila.”

“Saya rasa FA sangat keterlaluan, kenapa perlu dakwa seorang pemain atas muat naik yang dah 10 tahun berlalu?”

Begitulah komen-komen dari para peminat yang merasakan FA agak keterlaluan kerana membuat dakwaan kepada Marc Bola atas kesalahan yang dilakukan ketika beliau masih remaja.

Bola memulakan kariernya sebagai pemain bola sepak bersama akademi Arsenal, namun beliau tidak pernah membuat sebarang penampilan bersama The Gunners.

Beliau kemudiannya telah dipinjamkan ke Notts County dan Bristol Rovers sebelum menandatangani perjanjian bersama Blackpool pada tahun 2018 selepas dilepaskan oleh Arsenal.

Selepas satu musim di saingan League One, Marc Bola telah ditandatangani oleh Middlesbrough dan kini beraksi dalam saingan Championship.

Musim lalu, beliau berjaya untuk diserap masuk ke dalam skuad utama di Riverside Stadium dan telah diturunkan sebagai kesebelasan utama dalam semua perlawanan skuad kendalian Neil Warnock.

Sebenarnya sebelum ini ada pemain yang dihukum atas kesalahan muat naik lamanya, dengan bintang West Ham, Jarrod Bowen pernah didakwa kerana muat naiknya ketika beliau masih berusia 15 tahun, yang mana ia mengandungi unsur perkauman.

Pemain berusia 24 tahun itu meminta maaf atas muat naik tersebut, namun beliau tetap diberi amaran keras oleh pihak FA.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Penyokong England Diharamkan Untuk Menyanyi Atau Chanting Ketika Menonton Di Bar