Penyokong Pasukan Kalah Koyak, Bawa Senjata Serang Pemain Di Dalam Padang

Insiden keganasan tercetus mencemari bola sepak Turki apabi penyokong Trabzonspor menceroboh padang dan menyerang pemain Fenerbahce selepas perlawanan Super Lig pada hujung minggu lalu.

Fenerbahce menang perlawanan yang diselimuti suasana tegang itu dengan jaringan 3-2, apabila gol kemenangan Michy Batshuayi memastikan tiga mata milik Fenerbahce pada minit akhir perlawanan.

Sebelum itu bekas pemain tengah Manchester United, Fred menjaringkan dua gol untuk Feberbahce.

Dalam keadaan di mana atmosfera perlawanan sememangnya sudah tegang, kemuncaknya berlaku selepas tamat perlawanan apabila penyokong Trabzonspor mulai menceroboh padang dan menyerbu ke arah pemain Fenerbahce.

Pemain yang masih berada di dalam padang tidak mempunyai pilihan lain selain mempertahankan diri.

Ketika kejadian, pemain Fenerbahce sedang meraikan kemenangan di tengah padang sebelum keadaan menjadi tidak terkawal.

Insiden bermula dengan tindakan seorang penyokong yang berjaya meloloskan diri daripada kawalan pegawai keselamatan stadium.

Bekas bintang QPR, Bright Osayi-Samuel ketika kejadian jelas melawan dengan menghujankan penumbuk secara bertalu-talu kepada penyerang sebelum rakan sepasukan dan pegawai perlawanan lain tiba untuk membantu.

Dan pada ketika itu semakin ramai penyokong Tranbzonspor menyerbu ke arah padang membuatkan keadaan menjadi semakin tidak terkawal.

Turut tular di media sosial sekumpulan penyokong dilihat menyerbu ke arah bekas pemain Chelsea dan Crystal Palace, Batshuayi.

Penyerang Belgium itu turut terpaksa mempertahankan diri dengan sepakan ke belakang yang mengena salah seorang penyokong sebelum yang lain melarikan diri.

Situasi mungkin menjadi semakin parah apabila rakaman imej turut mendapati penyerang turut membawa senjata objek tajam.

Pemain-pemain Fenerbahce kemudian terpaksa dilindungi oleh pasukan keselamatan sebelum diiring ke bilik persalinan.

Ketua Jurulatih Fenerbahce, Ismail Kartal mengutuk kejadian tersebut kerana pemain-pemainnya tidak melakukan provokasi sebelum kejadian.

Pengurus Trabzonspor turut berkongsi pendapat rakan sejawatnya itu.

BACA:Β  Dibenci Di Turki, Mengapa Perpindahan Bayindir Ke Man Utd Dirai Penuh Gembira Oleh Penyokong Feberbahce?