Perlawanan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 zon Amerika Selatan diantara Brazil dan Argentina telah dihentikan oleh selepas 7 minit perlawanan berlangsung oleh pihak polis dan pihak berkuasa kesihatan.
Sebelum perlawanan telah dikhabarkan bahawa pihak polis Brazil telah diarahkan untuk mengusir empat pemain Argentina yang tiba bersama pasukan kebangsaan Argentina.
Kesemua pemain tersebut adalah pemain yang beraksi di Premier League iaitu Emiliano Buendia, Emiliano Martinez, Giovani Lo Celso dan Cristian Romero.
🚨⚽️ | NEW: Footage shows Brazilian officials entering the pitch during the Brazil vs Argentina game to allegedly detain 4 Argentinian players who had entered the country from England pic.twitter.com/3X0PkNghmN
— Football For All (@FootballlForAll) September 5, 2021
Berdasarkan peraturan semasa di Brazil Emiliano Buendia, Emiliano Martinez, Giovani Lo Celso dan Cristian Romero sepatutnya menjalan kuarantin selama 14 hari selepas tiba di Brazil.
Kegagalan empat pemain ini mematuhi peraturan ini akan menyebabkan perlawanan dihentikan walaupun CONMEBOL telah mendakwa akan memberikan tiga mata kepada Argentina.
Emiliano Martinez, Giovani Lo Celso dan Cristian Romero telah bermula dari kesebelasan utama dan hasilnya perlawanan telah dihentikan selepas 7 minit permainan oleh pihak polis dan pihak kesihatan.
BREAKING: Brazil vs Argentina has been suspended as the Brazilian Health Authorities have stormed onto the pitch to deport Emiliano Martinez, Giovani Lo Celso and Cristian Romero.#avfc #thfc pic.twitter.com/g9tGmV1pNt
— Sam Street (@samstreetwrites) September 5, 2021
Pihak berkuasa kesihatan Brazil dengan bantuan polis telah masuk ke padang untuk menghentikan perlawanan kelayakan Piala Dunia antara Brazil dan Argentina.
Kegagalan Emiliano Buendia, Emiliano Martinez, Giovani Lo Celso dan Cristian Romero untuk patuh kepada peraturan untuk kuarantin menyebabkan perlawanan dihentikan dan mereka akan diusir keluar dari Brazil.
The Brazilian Federal Police have arrived on the pitch and are trying to get the 4 Argentinian players off the pitch who (according to reports) lied about sticking to the COVID protocols.
The Argentina team has now walked off. pic.twitter.com/gFwgg27hTs
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) September 5, 2021
Kelab Premier League telah sedaya upaya untuk menghalang pemain mereka dari menyertai tiga perlawanan kelayakan Piala Dunia di Amerika Selatan ketika rehat perlawanan antarabangsa.
Negara yang di benua Amerika Selatan merupakan negara yang berada dalam senarai merah di UK dan mereka yang pergi ke Amerika Selatan diwajibkan kuarantin selama 10 hari selepas kembali ke UK.
❗The game between Argentina and Brazil is suspended, the Argentinian players are back in the locker.
How it started…#BRAARGpic.twitter.com/EgA1RkOEnY
— B/R Goal (@br_goal) September 5, 2021
Ini bermakna para pemain akan terlepas sesi latihan, perlawanan liga, Champions League dan juga Europa League sekembalinya mereka ke UK.
Namun sudah pasti para pemain tidak akan melepaskan peluang beraksi bersama negara masing-masing kerana berkemungkinan mereka tidak akan mendapat tempat dalam pasukan jika layan ke Piala Dunia.